Showing posts with label jkjr. Show all posts
Showing posts with label jkjr. Show all posts

MCAS menang Anugerah International Road Federation (IRF)


 Projek kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk memasang dan mengujikeberkesanan Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS atau MIROS Motorcycle Collision Alert System (MCAS) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai pemenang bagi kategori Teknologi, Peralatan & Pembuatan untuk Anugerah Pencapaian Keselamatan Jalan Raya Global 2023 (GRAA 2023) anjuran International Road Federation (IRF). 

Projek pemasangan rintis ini berjaya membuktikan keberkesanan dan kebolehupayaan sistem MCAS dalam persekitaran sebenar, sekaligus menunjukkan potensi sebagai satu penyelesaian berimpak tinggi untuk keselamatan penunggang motosikal.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Binti Ishak, “Pembangunan sistem MCAS merupakan
satu pencapaian signifikan bagi MIROS dalam usaha kami untuk meningkatkan keselamatan
jalan raya di negara kita. Kerjasama antara MIROS dan PLUS melalui projek pemasangan
rintis MCAS ini merupakan satu penanda aras penting keberhasilan yang mampu dicapai
melalui kerjasama strategik dan penglibatan semua pemegang taruh. Berdasarkan penemuan
dan pembuktian impak MCAS terhadap keselamatan penunggang motosikal, kami berharap
sistem MCAS ini dapat diperkembangkan ke peringkat industri dan pasaran dengan
ketersediaan dan akses yang meluas kepada semua penunggang motosikal.”
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Binti Nik Jaffar berkata,
“Sebagai pengendali lebuh raya utama di Malaysia, PLUS sentiasa memberi penekanan yang
penting dalam meningkatkan tahap keselamatan lebuh raya selaras dengan aspirasi PLUS
ke arah lebuh raya pintar, lestari dan selamat. Berdasarkan statistik kemalangan PLUS pada
tahun 2023, penunggang motosikal menyumbang sebanyak 72% daripada jumlah
keseluruhan kemalangan maut di lebuh raya. Jalinan strategik antara PLUS dan MIROS
dalam membangunkan Projek MCAS merupakan kolaborasi inovatif dan berimpak tinggi yang
bertujuan membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal di lebuh raya.
PLUS terus komited memperkukuhkan kerjasama dengan MIROS serta agensi-agensi lain
dengan memberi fokus terhadap teknologi dan inovasi keselamatan lebuh raya.”
Dibangunkan oleh MIROS pada tahun 2021 dan pelaksanaan kajian seterusnya dengan
kerjasama PLUS pada tahun 2022, sistem MCAS menggunakan teknologi Light Detection &
Ranging (LiDAR) untuk mengesan kenderaan atau halangan di arah hadapan dan memberi
amaran visual dan audio kepada penunggang motosikal untuk mengelak perlanggaran
dengan selamat. Sejumlah 35 unit sistem MCAS telah dipasang secara ubah suai (retrofit)
pada motosikal peserta, melibatkan 18 model motosikal pelbagai jenama dan kapasiti enjin
(100 – 600 cc) yang didaftarkan dari tahun 2007 hingga 2021.

 Sepanjang tempoh kutipan data, sistem MCAS telah diaktifkan sekurang-kurangnya sejauh
125,960 km dan selama 2,850 jam di jalan raya sebenar, dengan 75% kadar fungsian purata
telah direkodkan. Berdasarkan data sejarah perlanggaran yang melibatkan peserta kajian,
MCAS telah membantu mengurangkan sehingga 89% dari jumlah perlanggaran di jalan raya
sepanjang tempoh kajian. Selain itu, peserta kajian melaporkan sekurang-kurangnya 1,013
kejadian hampir berlanggar (near-crash) di mana MCAS telah membantu mereka mengelak
perlanggaran dengan kenderaan lain.
Kejayaan usahasama antara MIROS dan PLUS ini diharap akan menginspirasikan lebih
banyak inisiatif keselamatan jalan raya yang berimpak tinggi pada masa hadapan. Komitmen
berterusan daripada semua pemegang taruh terhadap kecemerlangan dan kolaborasi
strategik akan terus menjadi asas kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan dan
meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Penanda jalan plastik mampu selamat nyawa penunggang

Pakar keselamatan kenderaan Eropah DEKRA sedang menguji penanda jalan plastik baharu di Jerman yang mampu meminimumkan risiko kecederaan bagi penunggang motosikal dalam kemalangan. Sebilangan besar penanda jalan kini dibuat dari keluli dan boleh jadi berbahaya bagi penunggang motosikal. Dan itulah sebabnya DEKRA sedang menguji pelbagai penyelesaian plastik.

Untuk menunjukkan perbezaannya - DEKRA telah mengeluarkan video ini, yang menunjukkan perbezaan yang luar biasa antara keluli dan plastik sekiranya berlaku kemalangan.

Seperti yang anda lihat, ujian kecelakaan yang dilakukan oleh DEKRA pada penanda-penanda jalan plastik baharu menghasilkan beberapa keputusan yang mengagumkan. Kesan penunggang motosikal terhadap tiang keluli kemungkinan besar akan membawa akibat yang membawa maut, tetapi perlanggaran dengan tiang plastik mungkin akan hanya menyebabkan kecederaan ringan kerana tiang tersebut hanya pecah.




Beberapa penanda jalan baharu telah dipasang di sekitar Baden-Württemberg di Jerman dan akan secara beransur-ansur menggantikan pemasangan logam lama. Tambahan pula, kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Persekutuan, untuk penggunaan tanda-tanda jalan plastik baru di seluruh Jerman, sedang ditunggu. Melihat kepada video ini, sukar bagi mana negar termasuklah Malaysia untuk mengabaikan kelebihannya.

Perodua saran utamakan keselamatan kepada semua


Perodua telah menganjurkan program keselamatan jalan raya selama sebulan untuk 8,000 kakitangannya. Inisiatif selama sebulan ini adalah sebagai peringatan kepada para pengguna jalan raya mengenai peraturan asas serta tip keselamatan berguna yang mampu menjimatkan masa dan wang ketika dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga tersayang. Hampir 7,000 dari pekerja mereka telah pulang ke kampung halaman masing-masing di musim perayaan ini.

"Perjalanan pulang semasa musim perayaan adalah lebih mencabar kerana terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. Pada ketika itu, adalah penting untuk kita terus bertenang, berwaspada dan berhemah ketika memandu," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.


Program keselamatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua yang dilancarkan pada Oktober 2017, sebuah projek selama 5 tahun bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan peraturan asas jalanraya bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Intipati utama program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan telefon mudah alih ketika memandu.

"Kami percaya pendidikan harus bermula daripada rumah dan oleh sebab itu Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua lebih menumpukan kepada mendidik masyarakat kita tentang pentingnya peralatan keselamatan di kenderaan mereka serta memupuk amalan memandu secara selamat dan berhemah.

"Kami percaya melalui contoh yang diteladani dan kami berharap semua pemandu Malaysia juga dapat menerima dan menyambutbaik seruan kami dalam menjadikan Malaysia jalan raya paling selamat di rantau ini," kata Datuk (Dr) Aminar.


 Program keselamatan dalaman Perodua bermula sebulan yang lalu dengan penganjuran kursus selama dua hari oleh Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia pada 15hb dan 16hb Mei. Sebanyak 69 pekerja telah didedahkan dengan pelbagai topik keselamatan termasuk punca utama kemalangan dan prosedur pra-pemeriksaan kenderaan yang betul.

Selain itu, dalam memastikan motosikal milik kakitangan berada dalam keadaan baik sebelum cuti Raya, pemeriksaan percuma telah dilakukan pada 6hb Jun. Sebanyak 47 buah motosikal telah diperiksa yang mana pemilik akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan sekiranya ada dan diminta untuk memperbaikinya dengan kadar segera.

Perodua juga turut menjalankan perkhidmatan 50-titik pemeriksaan kereta secara percuma melalui Tweckbot Pre-Raya. Melalui aktiviti ini, Perodua berjaya memeriksa 380 kenderaan Perodua secara keseluruhan di dua lokasi iaitu di Tesco Kota Bharu di stesen Petronas di Kota Kinabalu dari 12-14 Mei.

Tweckbot akan berada di Petronas Sungai Buloh PLUS R&R pada 23 dan 24 Jun untuk pemeriksaan Pasca-Raya dengan menawarkan sebanyak 20% diskaun bagi alat ganti dan aksesori kepada semua kenderaan yang diperiksa yang kembali ke pusat servis sah Perodua di seluruh negara.

"Kepada pelanggan yang dihargai, sila selenggara kenderaan Perodua anda di pusat servis sah Perodua.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat bercuti dan semoga perjalanan andakata Datuk (Dr) Aminar.


Yamaha Balik Kampung Kali Ke-20 dianjurkan

Hong Leong Yamaha Motor telah menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Kempen keselamatan jalanraya "Yamaha Balik Kampung" selama 20 tahun. Acara tahun ini telah diadakan di  di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan dengan tema  yang membawa tema "20 Tahun Bersama Menjana Keselamatan Jalan Raya". Ia merupakan kerjasama di antara Hong Leong Yamaha Motor, Malaysia Motorcycle & Scooter Dealer Association (MMSDA), serta JPJ, JKJR, MIROS, PLUS, PDRM, P&O Insurance, AEON Credit, KHI Helmet dan FKR.
Menteri Pengangkutan Malaysia YB Anthony Loke Siew Fook,
Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia yang baharu iaitu YB Anthony Loke Siew Fook, yang telah merasmikan acara tersebut. Dalam teks ucapannya, Menteri Pengangkutan turut menekankan aspek pembudayaan keselamatan jalanraya di kalangan semua pengguna jalanraya Malaysia dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan. Pendidikan awal tentang keselamatan jalan raya iaitu di sekolah turut akan diberikan perhatian khusus.
Pengarah Urusan Yamaha Motor Dato Jim Khor
Seperti lazimnya pihak Hong Leong Yamaha Motor telah menyediakan aktiviti pemeriksaan 7-perkara pada motosikal tidak mengira jenama, dan juga disokong oleh program penukaran topi keledar secara percuma oleh KHI Helmets, pemeriksaan palam pencucuh oleh NGK dan juga pemeriksaan tayar oleh FKR, di samping gerai gerai pameran yang lain.

 


Teks ucapan Menteri Pengangkutan dilampirkan di bawah ini untuk bacaan anda:

Yang Dihormati Encik Wee Hong, Chairman of Malaysia Motorcycle & Scooter Dealers Association (MMSDA)
Yang Berbahagia Dato Jim Khor, Managing Director, Hong Leong Yamaha Motor
Yang Berbahagia Dato’ Rosli bin Isa, KP JKJR.

Dato’-Dato’, penganjur majlis, rakan-rakan strategik keselamatan jalan raya daripada pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan, para media dan hadirin yang dihormati sekalian.

Terima kasih Pengacara Majlis
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada hadirin sekelian kerana pada pagi ini, kita dapat  bersama bagi menjayakan program “ 20 th YAMAHA BALIK KAMPUNG ROAD SAFETY CAMPAIGN ”.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd selaku penganjur dan lain-lain agensi yang turut sama membantu menjayakan program kali ini. Saya yakin tanpa kerjasama erat semua pihak, program ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan-tuan, puan-puan,
Negara kita kini semakin megah berdiri untuk menjadi ke arah negara maju, dengan ekonomi semakin berkembang pesat dan pelbagai bentuk pembangunan diusahakan seluruh pelusuk negara. Selaras dengan ini, tidak dapat kita nafikan, populasi juga kian bertambah, begitu juga bilangan kenderaan berdaftar yang berada di atas jalan raya.

Apabila situasi ini berlaku, kita seharusnya lebih memikirkan konsep keselamatan di mana-mana sahaja, dan yang paling utama yang ingin kita tujui kali ini adalah pembudayaan keselamatan jalan raya. Ia merupakan satu aspek penting bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara berada pada tahap yang selesa. Jika dilihat hari ini, pelbagai berita kemalangan dipaparkan di dada-dada akhbar, di kaca televisyen, selain di radio. Terlalu ramai yang cedera parah, hilang anggota badan, dan ramai juga yang kehilangan nyawa. Mungkin mereka ini orang yang kita kenal, saudara mara, rakan taulan dan ada yang berlaku dalam keluarga sendiri.

Pelbagai Kempen Keselamatan Jalan Raya telah dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan tetapi sikap dan mentaliti pengguna jalan raya masih berada di tahap yang rendah. Kerjasama orang ramai atau pun pengguna jalan raya perlu bermula dengan mendidik dan mendisiplinkan ahli keluarga terdekat supaya memberi perhatian dan mematuhi peraturan jalan raya.

Tuan-tuan, puan-puan,
Nyawa itu sungguh berharga dan tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Kita tidak mahu nyawa kita ini hilang dengan sia-sia di dalam kemalangan jalan raya. Kita hendaklah mensasarkan jumlah kematian sifar di jalan raya. Kedengaran agak mustahil untuk dilaksanakan namun kita hendaklah sentiasa percaya yang suatu hari nanti kita akan dapat mencapai sasaran tersebut.

Majoriti yang maut di jalan raya adalah dari kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. Berdasarkan perangkaan kes kematian yang dikeluarkan oleh PDRM, pada 2017 ialah sebanyak 6740 kes kematian dicatatkan yang mana melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal ialah 4348 kes kematian.


Ada juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pelaburan terhadap tahap keselamatan jalan raya hanya menelan lebih banyak kos atau keuntungan. Tetapi hakikatnya, pelaburan terhadap keselamatan jalan raya ini lebih membawa kepada keuntungan daripada kerugian. Bayangkan jika tidak ramai orang yang terlibat dengan kemalangan jalan raya, sudah tentu tiada banyak kenderaan untuk dibaiki, tiada tuntutan kemalangan dan sudah tentu perkara-perkara tersebut akan mengurangkan penggunaan wang untuk menanggung kos-kos kemalangan tersebut.


Bagi pemandu yang memandu dalam tempoh masa yang lama serta berjarak jauh, risiko untuk mengantuk dan kepenatan amat tinggi, mengakibatkan hilang tumpuan ketika memandu. Kebanyakan kemalangan juga berlaku pada lewat tengah malam dan awal pagi, ketika badan kita sepatutnya dalam keadaan rehat sepenuhnya. Atas inisiatif pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ini, kita amat menyokong penuh usaha memberikan kesedaran berterusan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan jalan raya atau lebuh raya ini, terutamanya mereka yang ingin balik ke kampung masing-masing.

Tuan-tuan, puan-puan,
Sehubungan ini, marilah kita semua pastikan tahap keselamatan adalah paling diutamakan. Baik dari segi fizikal tubuh badan kita, perlu cergas dan kuat untuk berada di jalan raya. Periksa tali pinggang keledar dan pakai bagi yang berkenderaan besar. Begitu juga dengan penunggang dan pembonceng motosikal, pastikan pakai topi keledar yang ada piawaian keselamatan seperti SIRIM, pakai dan klik dengan betul. Periksa juga keadaan kenderaan anda, terutamanya motosikal agar dapat berfungsi sempurna selain boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Gaya memandu dan menunggang juga perlu diberi tumpuan utama. Elakkan memotong dengan melulu, kepada yang bermotosikal, jangan mencelah-celah kenderaan, jangan menunggang secara berbahaya serta melebihi had laju, dan jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Akibat kecuaian sesaat, hari raya mungkin bertukar menjadi tragedi hitam yang sukar dilupakan sepanjang hayat.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan sekalung tahniah kepada semua yang terlibat pada hari ini serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam menjayakan program pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

YB LOKE SIEW FOOK

Laluan di bulatan

Jika anda memandu kereta biru, yang manakah laluan pilihan anda, A atau B?

Lesen motosikal Malaysia terlalu mudah diperolehi?

Topik ini sering menjadi bualan saban tahun apabila statistik kemalangan jalanraya dianalisa. Statistik mengenai kemalangan motosikal di UK pada 2016 menunjukkan bahawa:
    Penunggang motosikal adalah 57 kali lebih mungkin dibunuh daripada penghuni kereta setiap batu perjalanan.
    Penunggang motosikal menyumbang 19% daripada jumlah kematian jalan raya walaupun mereka merupakan hanya 1% dari jumlah pengguna jalan raya.
    319 penunggang motosikal terbunuh, dan 5,553 cedera parah.
    35% daripada mereka yang terbunuh atau cedera parah dalam kemalangan melibatkan motosikal berusia antara 16-24 tahun.
    Penunggang moped dan skuter berjumlah sekitar 1 dalam 6 korban motosikal.

Di Malaysia pula, sejak tahun 2007 hingga 2016, jumlah yang maut dalam kemalangan jalanraya berjumlah 73,954 orang dan 40,609 (63%) adalah yang melibatkan motosikal. Di Indonesia pula, dalam tahun 2016 terdapat sejumlah 184,022 kemalangan dilaporkan, dan 74% daripada jumlah ini melibatkan motosikal. Thailand merekodkan 32,057 kemalangan motosikal tahun lepas, dan di Filipina pula, sebanyak 210,540 kemalangan telah dicatat tahun lepas hanya di bandaraya Metro Manila sahaja! Vietnam pula telah merekodkan peningkatan peratusan kemalangan melibatkan motosikal, dari 37% dalam tahun 2007 hingga 51% pada tahun lepas.

Undang undang jalanraya Malaysia banyak diasaskan kepada undang undang United Kingdom, dan begitu jugalah Akta Pengangkutan Jalan kita, yang merupakan olahan dari Road Transport Act yang diwarisi sejak zaman British.  Mendapatkan lesen motosikal di United Kingdom adalah proses yang agak rumit dan memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil sebelum seseorang penunggang itu layak untuk menunggang motosikal yang lebih besar dan lebih berkuasa.

Secara ringkasnya ia adalah proses berperingkat yang bergantung kepada umur dan pengalaman menunggang yang bermula dengan tahap Moped AM (kurang daripada 50cc) untuk 16 tahun ke atas, kemudian ke tahap A1 Motosikal Ringan (120cc hingga 125cc, kurang dari 14.8 hp) untuk 17 tahun ke atas, dan kemudiannya tahap A2 Motosikal (kurang dari 395cc dan antara 26.8 dan 46.9 hp) bagi mereka yang berumur sekurang kurangnya 19 tahun ke atas.

Lesen untuk motosikal lebih besar memerlukan Lesen Kategori A Motosikal, yang mempunyai kategori berasingan untuk penunggang berusia 21 hingga 23 tahun dan untuk penunggang 24 atau lebih tua. Ia melibatan tahap ujian dan keperluan pelesenan lebih kompleks bagi mereka yang berumur 21 - 23 tahun ke atas, atau menjalani ujian untuk lesen kategori A hanya selepas berumur 24 tahun ke atas. Dokumen berkaitan proses perlesenan di UK ada dipaparkan di bawah.




Walaupun program pelesenan berperingkat ini diamalkan di UK, kelihatannya seperti penunggang yang lebih muda lebih mudah terdedah kepada kemalangan. namun begitu kesahihan hampir semua statistik ini bergantung kepada beberapa faktor, an ada beberapa daripadanya tidak termasuk di sini. Contohnya, apakah peratusan penunggang yang membentuk pendakap umur 16-24 tahun, dan bagaimanakah kadar kemalangan mereka berbanding dalam jarak perjalanan?

Apa pendapat anda tentang pelesenan berperingkat ini? Adakah ia lebih selamat? Mungkin ramai penunggang yang berpengalaman akan menyokong sekatan pelesenan, tetapi wajarkah program sedemikian dilaksanakan kepada penunggang Malaysia?





Apa itu ujian obliks FIM bagi helmet perlumbaan?

Program Homologasi Perlumbaan FIM untuk helmet kini mempunyai kaedah ujian ciri-ciri terbaru dan menetapkan lebih banyak keperluan inovatif yang harus dipenuhi, selain pematuhan dengan piawaian antarabangsa. Homologasi ini akan menjadi prasyarat mandatori untuk bertanding dalam acara FIM, bermula dengan perlumbaan di litar pada tahun 2019.


FIM juga berharap bahawa protokol ujian baharu ini akan menjadi inspirasi untuk disiplin selain daripada kegunaan dalam litar, dan menyusun piawaian antarabangsa untuk ujian helmet di jalan raya.

Ini termasuklah ujian kesan obliks atau serong dilakukan untuk menilai sifat geseran permukaan topi keledar yang boleh mengakibatkan kecederaan pecutan putaran. Ujian impak obliks untuk topi keledar motosikal meniru impak ketika jatuh dari motosikal ke permukaan jalan atau pun cermin hadapan kereta.

Sudut kepala yang disasarkan jatuh secara menegak untuk memberi kesan kepada permukaan keras atau permukaan yang boleh berubah bentuk. Titik sentuhan impak pada topi keledar, dan halaju menegak dan mendatar, boleh diubah, manakala pecutan linear dan kesan putaran pada kepala diukur.

Untuk pemahaman lanjut, saksikan video di atas yang dikeluarkan oleh Program Penilaian dan Penarafan Topi Keledar atau SHARP yang mengawal selia pengeluaran helmet di UK.

Perodua lancar kempen keselamatan 5-tahun

Perodua telah melancarkan satu kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan menggalakkan tingkah laku pemandu untuk mematuhi undang-undang lalu lintas asas serta mengamalkan tabiat pemanduan yang baik. Kempen ini akan berlangsung selama lima tahun di seluruh negara.

Tumpuan awal program ini adalah pada empat tabiat pemanduan yang baik, iaitu memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu, penggunaan lampu isyarat tunjuk arah dan penggunaan kerusi kanak-kanak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan itu termasuk mempamerkan bahan promosi di kedai-kedai jualan dan servis Perodua di seluruh negara. Mesej keselamatan disasarkan untuk menjangkau 1 juta pelanggan dalam tempoh setahun dari program ini.

"Kami percaya bahawa sasaran 1 juta ini dapat dicapai dengan jumlah 1.2 juta pelanggan yang menjunjungi pusat jualan dan perkhidmatan kami setiap tahun, dan kami akan mengambil kesempatan ini untuk mendidik kebiasaan memandu positif menerusi sentuhan ini," kata Aminar .

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Tempat Duduk Kanak Kanak Perodua telah dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato 'Ab Aziz Kaprawi pada satu majlis di Perodua Sentral, Petaling Jaya di sini pada 30 Oktober lepas.

Mulai sekarang hingga Tahun Baru Cina 2018, tempat duduk kanak kanak ditawarkan pada harga pengenalan RM660 untuk Bayi dan RM780 untuk Kanak Kanak. Selepas tempoh promosi, Tempat Duduk Bayi akan berharga RM790 dan yang Kanak Kanak pada RM980.

"Kami percaya bahawa produk yang kami tawarkan bersaing dengan jenama lain, apatah lagi ia nya datang dengan pengiktirafan kami," kata Datuk (Dr) Aminar.

Tempat duduk bayi itu direka untuk bayi yang seberat sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu. Sementara itu, kerusi kanak kanak adalah untuk kanak-kanak seberat 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

Satu lagi inisiatif keselamatan Perodua ialah pemeriksaan kenderaan Tweckbot. Perodua menjadi salah satu pembuat kereta pertama di Malaysia untuk memiliki kempen keselamatan berasaskan media sosial apabila Tweckbot dilancarkan pada tahun 2011.


Menawarkan pemeriksaan kenderaan 50-perkara percuma untuk semua kenderaan Perodua setiap tempoh perayaan, Tweckbot telah memeriksa kira-kira 5,000 kenderaan sejak penubuhannya, mewakili usaha Perodua untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian kenderaannya.

"Sebagai sebahagian daripada Program Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun, Perodua berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk membuat jalan raya lebih selamat. "

"Kami adalah penyokong kuat usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan mahu memainkan peranan kami," kata Aminar.


Usah risau lagi jika tayar Goodyear baharu anda rosak atau koyak


Selepas anda menukar tayar baharu, tentunya anda akan risau atau kecewa jika tayar tersebut rosak walaupun hanya baru saja dibeli, kan? Usah anda risau lagi. Di bengkel tersebut, Goodyear turut menyampaikan taklimat mengenai jaminan tanpa risau 'Goodyear Worry Free Assurance' yang ditawarkan mereka untuk barisan tayar Goodyear terpilih.

Goodyear Malaysia serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) telah menganjurkan bengkel keselamatan jalan raya bersama untuk menangani kebimbangan ini, dalam usaha mereka untuk memberikan petua dan panduan kepada orang ramai mengenai bagaimana menangani bahaya jalan raya yang mungkin dengan lebih baik.






Bertempat di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur, "Bengkel Keselamatan Jalan Raya Bersama Goodyear Malaysia" telah diadakan pada 22 OGOS 2017 lepas. Bengkel ini turut dihadiri YBhg. Dato' KP Jkjr bersama pegawai dan kakitangan JKJR Putrajaya yang turut sama mengadakan taklimat KJR, pameran KJR dan permainan Interaktif Kuiz KJR.

Memandu kereta merupakan salah satu mod pengangkutan utama bagi rakyat Malaysia. Perangkaan terkini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di jalan raya berbanding di tempat lain. Malangnya, kadar kemalangan jalan raya Malaysia juga semakin meningkat saban tahun, dan hakikat ini membuatkan kepentingan untuk meningkatkan pengetahuan setiap pemandu di Malaysia mengenai aspek aspek keselamatan jalan dan potensi risiko yang dihadapi setiap pemandu saban hari.

Keselamatan jalan raya merangkumi pelbagai aspek, dari pemandu iu sendiri hinggalah keadaan kenderaan, penyelenggaraan, komponen kereta, serta keadaan jalan dan persekitaran sekitar. Kenderaan yang tidak berkeadaan baik dan dikendalikan di jalan yang buruk boleh meningkatkan potensi bahaya jalan raya. Ramai orang menyedari tentang pentingnya keselamatan jalan raya, namun ada yang tidak tahu atau bersedia untuk menangani masalah dan kesukaran yang bakal dihadapi.
Jaminan Goodyear WFA yang diperkenalkan mereka merangkumi kerosakan bahaya jalan yang boleh diperbaiki seperti tusukan, terpotong/luka, bonjolan atau kesan semasa pemanduan biasa di jalan raya yang elok.

Goodyear WFA ini berkuatkuasa selama 6 bulan dari tarikh pembelian. Kerosakan tayar disebabkan oleh perlanggaran kenderaan, vandalisme, penyalahgunaan atau pengendalian yang tidak betul sengaja, kebakaran dan kecurian tidak akan dilindungi di bawah Goodyear WFA.

Anda harus mengemukakan resit asal tayar yang dibeli, kad Goodyear Worry Free Assurance dan tayar yang rosak yang memerlukan penggantian. Jika anda kehilangan mana-mana item ini, tayar anda tidak akan diganti. Tayar Goodyear yang dilindungi dibawah Goodyear Worry Free Assurance ini adalah Goodyear EAGLE F1 Asymmetric 3, Goodyear EAGLE F1 Asymmetric 2, Goodyear EAGLE F1 Directional 5, Goodyear EAGLE EfficientGrip, Goodyear EfficientGrip SUV, Goodyear Assurance TripleMax, Goodyear Optilife, Goodyear Wrangler TripleMax dan Goodyear Tayar Run-On-Flat.
Tuntutan hanya boleh dilakukan sekiranya kerosakan berlaku apabila kedalaman tayar melebihi 6.7mm dan dalam masa 6 bulan dari tarikh pembelian. Anda boleh pergi ke mana-mana Goodyear Autocare atau Servitekar outlet yang diberi kuasa dan mengemukakan dokumen-dokumen penuh untuk membuat tuntutan Goodyear Worry Free Assurance tersebut.