Harley-Davidson Pulau Pinang dibuka untuk warga utara


Harley-Davidson Pulau Pinang kini bersedia untuk memberikan khidmat kepada para peminat dan penunggang Harley-Davidson di Malaysia lengkap dengan ruang penyelenggaraan dan produk terkini jenama tersebut.

Pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu telah mengumumkan pelancaran wakil pengedar rasmi mereka di Pulau Pinang pada hari ini iaitu Harley-Davidson® Pulau Pinang. Harley-Davidson Pulau Pinang akan memperkukuhkan lagi komitmen jenama berkenaan dalam memperluaskan lagi kehadiran mereka dan memperkasakan lagi jaringan pengedarannya dalam pasaran yang sedang membangun ini bersama dengan Harley-Davidson Melaka dan Harley-Davidson Petaling Jaya.
GB Motorcycles Sdn. Bhd. yang merupakan satu kerjasama antara Goh Brothers Group (kumpulan peruncit automotif) dan Kheoh Hock Seng (pakar motosikal premium di Pulau Pinang) telah dilantik sebagai pengendali baharu Harley-Davidson di Pulau Pinang . Encik Goh Kian Sin, dan Encik Kheoh Hock Seng, Pengarah-Pengarah syarikat, bersama dengan Encik Koh Jyh Woei, Pengurus Rantau di Harley-Davidson Asia Emerging Market, dan para pemilik dan penunggang dari seluruh negara,  telah menghadiri majlis pelancaran ini.
Encik Johan Kleinstuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market berkata, "Dengan komitmen kukuh terhadap pasaran Malaysia sejak 2008, Harley-Davidson telah menumpukan sepenuh perhatian dalam membangunkan komuniti yang boleh dipercayai buat para peminat motosikal tempatan serta membangunkan sebuah jaringan pengedaran yang kukuh di seluruh negara. Bagi kami, wakil pengedar rasmi kami adalah amat penting kerana mereka adalah teras dalam menawarkan keseluruhan pengalaman permotosikalan Harley-Davidson premium sebenar buat para pengguna."
"GB Motorcycles Sdn. Bhd. berbangga menjadi salah sebuah rakan kerjasama Harley-Davidson yang dipercayai di Malaysia. Harley-Davidson Pulau Pinang akan menawarkan keseluruhan rangkaian motosikal Harley-Davidson, alat ganti tulen untuk pengubahsuaian motosikal, pakaian berjenama dan kelengkapan menunggang, serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Kami tidak sabar untuk menyediakan buat para pengguna dan peminat tempatan dengan akses yang lebih hebat bagi menikmati pengalaman pembelian Harley-Davidson yang ikonik, dan membangunkan komuniti permotosikalan yang aktif di utara Semenanjung Malaysia", ujar Pengarah GB Motorcycles dan Didi Resources (pengedar tunggal dan pengimport Harley-Davidson di Malaysia),Encik Goh Kian Sin.
Bersempena dengan majlis pelancaran ini, wakil pengedar rasmi berkenaan dengan bangganya telah menyerahkan unit pertama di Malaysia bagi model MY19 Tri Glide Ultra kepada pemiliknya di Pulau Pinang, berharga RM291,200 (harga asas tidak termasuk insurans dan pendaftaran).
Harley-Davidson Pulau Pinang terletak di alamat 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600, Pulau Pinang, Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih Ianjut, sila hubungi talian +604-506 2200, atau layari www.harleypenang.com








Hafidz Musa abadikan motosikal dalam media campuran

Minat dengan motosikal semenjak datuknya memberikan sebuah Honda C70 untuk berulang alik ke sekolah, seorang pemuda dari Sungkai, Perak yang bernama Hafidz Musa, kemudiannya meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.

Penjurusan karya  dalam mixed media atau yang juga dikenali sebagai media campuran merupakan salah satu cabang seni, namun kerap juga dijuruskan dalam seni visual. Ia nya terdiri daripada karya seni  yang menggunakan lebih dari satu media dalam pembuatannya. Mixed-media dalam seni visual ini lah yang diceburi anak muda ini yang telah membeli sebuah skuter V125cc, yang digunakan nya untuk ke kelas ketika itu.
Ada perbezaan penting di antara " mixed - media" karya seni dan "seni multimedia ". Campuran media daam media campuran merujuk pada sebuah karya seni visual yang menggabungkan berbagai media seni rupa tradisional yang berbeza. Contoh nya, sebuah karya di atas kanvas yang menggabungkan cat, pewarna , dan kolaj mampu disebut  sebagai "media campuran" namun ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah karya "seni multimedia." Seni multimedia lazimnya mencakupi penggunaan media yang lebih luas daripada media campuran, menggabungkan seni visual dengan unsur-unsur non-visual (seperti rakaman suara , misalnya) atau dengan unsur-unsur seni lainnya (seperti sastra , drama, tari , grafis gerak , musik, atau interaktivitas). 
Namun apa yang menarik, minatnya ini juga rata rata menyerlahkan minat beliau yang mendalam iaitu motosikal. Setelah sekian lama menggunakan skuter yang disebutkan awal tadi yang juga digunakan ketika memikat gadis pilihannya yang kini isteri beliau, ianya tidak lagi sesuai untuk kegunaan nya selepas tamat pengajian, Hafidz kemudian nya membeli sebuah Naza GTR 150cc yang digunakannya selama empat tahun. Beliau kemudiannya membeli sebuah Aprilia Shiver, namun jarang berpeluang untuk menyertai aktiviti kelab oleh kerana kesibukan kerja. 

Hafidz amat berminat dengan motosikal buatan Amerika, Eropah dan juga British, yang banyak menampilkan pembuatan motosikal yang cantik dan berseni dalam gaya tersendiri. Hasil kerja anak tempatan ini telah mendapat perhatian beberapa media tempatan dan juga luar negara seperti majalah Tankmoto di Amerika Syarikat. Malah beliau juga telah dijemput untuk mengirimkan beberapa karyanya ke luar negara bagi dipamerkan dalam beberapa acara di sana. 

Hasil karya anak muda ini pernah diberi penghormatan untk dipamerkan di Galeri Lembaga Penggalakan Seni Visual Negara yang terletak bersebelahan Balai Seni Visual Negara, di Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya.