MotoGP 2018 bermula dengan sesi ujian pertama

Berikutan #FinalShowdown dramatik pada hari Ahad lepas yang menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda Team) meraih Kejuaraan Dunia Keenam, aksi MotoGP bermula semula pada hari Selasa pada pukul 10:00 pagi (GMT +1) untuk ujian pertama untuk musim 2018 selama dua hari.

Pasukan MotoGP Movistar Yamaha berjaya melengkapkan hari pertama Ujian Rasmi MotoGP Valencia di Litar Ricardo Tormo, menguji pelbagai casis motosikal dan pilihan tetapan set-up. Maverick Viñales dan Valentino Rossi mempunyai perasaan positif selepas kemajuan yang mereka buat semalam dan masing masing telah menetapkan masa pertama dan keempat terpantas.
Viñales memulakan latihan satu setengah jam setelah pintu padok dibuka, bermula dengan jentera yang digunakannya semasa perlumbaan hujung minggu Valencia dan juga dengan jentera berpelindung atau fairing aero baharu. Dia segera mencapai kelajuan yang baik ketika dia dalam latihan dan selepas melengkapkan enam pusingan, dia telah mencatat masa kedua terpantas dengan 1'31.306s dan kemudian memberi tumpuan kepada senarai ujian yang perlu dilaluinya.
Anak muda itu meneruskan ujian sepanjang petang dengan jentera 2016, dan menyudahkan 80 pusingan secara keseluruhan, lebih daripada peserta lain yang menyertai ujian semalam. Hasil usahanya nyata berbaloi dan pada jam terakhir ujian, pelimba Sepanyol itu menetapkan masa terpantas hari itu dengan 1'30.189s, dan memegang kedudukan teratas sebanyak 0.200 saat apabila sesi semalam berakhir.

Rossi telah pit MotoGP Movistar Yamaha hanya beberapa minit sebelum rakan sepasukannya dan membuat perbandingan antara casis 2016, 2017 dan 2018. Dia merancang untuk memasang enjin 2018 secara menyeluruh, tetapi setelah dua jam memulakan sesi, satu kemalangan pada selekoh ke sepuluh menghentikan latihannya. Nasib baik juara Dunia sembilan kali tidak tercedera dan mampu meneruskan jadual ujiannya pada waktu petang.
Kembali ke litar, jelas bahawa insiden itu tidak menjejaskannya dan Rossi mula mencatat masa yang baik dengan menetapkan 1'30.519s pada pusingan 49. Doktor nyata berpuashati dengan jentera 2016 dan mengakhiri latihan semalam dengan 63 pusingan dan berada di tempat keempat dalam kedudukan carta, 0.330s di belakang rakan sepasukannya.

MisterTyre lancar program latihan sambil kerja untuk pelajar TOC


MisterTyre Malaysia Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Internship dengan
Kolej Automotif TOC untuk membangunkan Profesional Penjagaan Kereta Malaysia untuk
Ekonomi Digital. Program Internship atau Latihan sambil kerja ini akan menyediakan pelajar TOC dengan pengalaman praktikal dan pendedahan mengenai ekonomi digital untuk perkhidmatan automotif dan e-dagang.

MisterTyre merupakan aplikasi mudah alih yang pertama di dunia untuk menawarkan 28 jenama tayar global, khidmat penggiliran dan penjajaran roda hadapan, perkhidmatan menukar minyak enjin dan bateri melalui penghantaran mudah alih. Penjagaan profesional kereta MisterTyre yang terlatih
juga melakukan pemeriksaan 12-perkara percuma untuk pelanggan untuk memastikan setiap aspek utama kereta mereka dipantau. Khidmat mereka disediakan setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam untuk disesuaikan dengan jadual sibuk pemilik kereta.

Penjimatan kos yang besar dalam ekonomi digital melalui rantaian bekalan "Langsung dari pengeluar" disampaikan kepada pengguna melalui Komitmen "Jamninan Harga Terbaik" MisterTyre .
TOC Automotive College merupakan perintis dalam pendidikan automotif profesional di Malaysia
Malaysia. Ia telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa di Malaysia
pendidikan dan industri kemahiran.

Program Internship latihan sambil kerja ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran yang berharga dari juruteknik MisterTyre yang berkemahiran tinggi dalam konteks persekitaran e-dagang digital. Model perniagaan MisterTyre merupakan peralihan dari model "kedai" tradisional untuk perkhidmatan automotif. Ia adalah aplikasi pertama di dunia untuk perkhidmatan selepas jualan automotif yang menawarkan tayar baharu, ppenggiliran dan penjajaran roda depan, minyak enjin dan bateri. Model perniagaan yag mengenepikan "orang tengah" dari rantaian bekalan itu membolehkan MisterTyre menawarkan tawaran yang luar biasa tanpa caj untuk perkhidmatan mudah alih sambil memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan serta keputusan yang bermaklumat
mengenai pembaikan semula automotif mereka.
Perjanjian Internship ditandatangani oleh Pengarah eksekutif & Pengasas MisterTyre En Dennis Melka dan  Ketua Pegawai Eksekutif TOC Automotive Kolej Pn Adelaine LK Foo. Perjanjian Perkongsian Internship ini ditandatangani pada 14 November 2017 di Kolej Automotif TOC yang berpusat di Petaling Jaya. Program latihan sambil kerja ini akan bermula pada Januari 2018 dan selepas itu pelatih cemerlang boleh ditawarkan penempatan sepenuh masa di MisterTyre.

Harapan Adib luluh

Harapan Mohd Adib Rosley untuk  meraih kemenangan pertama buat pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang dalam saingan musim pertama CP150 berakhir setelah terpaksa menarik diri dari beraksi pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Dataran Bandar Penawar, Johor, 18 dan 19 November ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu dilihat berada pada prestasi terbaik untuk mendapatkan kemenangan pertama bagi pasukannya apabila muncul antara pelumba terpantas sepanjang beberapa pusingan lepas namun terpaksa berehat untuk tempoh panjang setelah mengalami retak tapak kaki akibat terjatuh ketika sesi kelayakan pada pusingan lepas di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Selangor itu yakin tanggungjawab itu mampu digalas rakan sepasukannya, Mohd Izzat Zaidi dan Mohamad Azhar Abdul Jalil berdasarkan kepantasan jentera dan prestasi semasa mereka yang sentiasa menempatkan diri ke sesi Superpole.

“Saya sangat kecewa apabila terpaksa menarik diri pada pusingan terakhir ini kerana gagal mencapai misi memenangi perlumbaan untuk pasukan. Saya meminta maaf kepada pemilik pasukan, YY Pang kerana kami bertiga masih gagal untuk meraih gelaran juara setakat ini.
“Saya yakin Izzat dan Azhar akan melaksanakan misi kami pada pusingan terakhir nanti. Walaupun cedera, saya akan memberikan sokongan kepada mereka dan seluruh pasukan. Saya harap Tengku Amirul Haffiruddin, Mohd Fareez Afeez and Mohd Idil Fitri Mahadi juga mampu meraih kemenangan dalam kategori CP115,” jelas Adib.


Adib merupakan pelumba terbaik pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang ketika ini apabila berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan 67 mata termasuk dua naib juara yang diraih pada pusingan kedua di Johor dan pusingan lapan di Jempol, Negeri Sembilan manakala Azhar di kedudukan keenam, 10 mata di belakang Adib. Izzat berada di kedudukan ke-11 dengan 41 mata manakala gelaran juara keseluruhan telah sah menjadi milik Kasma Daniel Kasmayuddin dengan 125 mata.