Kawasaki VNII - Vulcan 250V









Tunggangan santai dan juga kembara jarak jauh kian mendapat tempat di hati peminat motosikal di negara ini. Samada untuk kegunaan hujung minggu atau sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja, genre motosikal kruiser boleh memenuhi kehendak sebegini. Salah satu siri motosikal kruiser yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran motosikal ialah siri Vulcan yang dikeluarkan Kawasaki. Mula diperkenalkan sejak tahun 1984 lagi, Vulcan terkenal dengan motosikal berenjin dwi-selinder konfigurasi V, bersesaran 125cc sehinggalah ke model sebesar 2000cc.






Meneruskan legasi Vulcan terkini ialah Vulcan 250 dengan gaya dan penampilan tersendiri. Model ini ditawarkan Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan dikuasai enjin dwi-selinder V bersesaran 249cc.



VNII di perkarangan New World Hotel, Genting Highlands

Enjin sejukan cecair ini mempunyai bilah penyejuk menyerupai enjin sejukan udara, dan mampu menjana 31 kuasa kuda (hp) dengan tork sebanyak 22.2 N-m pada 9,500 pusingan enjin se minit. Enjin kompak ini menggunapakai profil aci sesondol yang direka khusus untuk memaksimakan kesan tenaga inertia rodaputar untuk meningkatkan kuasa enjin pada rpm rendah. Nisbah mampatan yang tinggi iaitu sebanyak 12.0:1 juga meningkatkan lagi kuasa enjin pada julat operasi enjin yang rendah. Jaket cecair penyejuk yang mengelilingi enjin ini juga bertindak sebagai peredam bunyi untuk menghasilkan operasi enjin yang lebih senyap, dan sistem penyejukan cecair membolehkan penetapan suhu enjin yang lebih sekata, sekali gus mengelakkan kehilangan kuasa yang dialami enjin sejukan udara apabila suhu enjin melebihi suhu operasi optimum.









Ini juga menghasilkan enjin yang lebih lasak dan tahan lama. Bilah penyejuk pada blok enjin dan kekotak gear nya dihiasi krom kilat bermutu tinggi yang menyumbang kepada karektor kruiser motosikal ini.

Hantaran kuasa diagihkan melalui pilihan enam gear untuk disesuaikan dengan kehendak kuasa pada satu satu masa. Dihubungkan kepada enjin melalui sistem klac basah dengan plet berbilang, penukaran gear didapati lancar dan tepat, dan mudah di neutralkan apabila sampai ke persimpangan berlampu isyarat. Ini mampu dicapai dengan mudah melalui bantuan sistem Carian Neutral Positive (Positive Neutral Finder). Penukaran gear juga didapati lancar sewaktu tunggang-uji di laluan Ulu Yam - Awana - Genting Highlands, dengan nisbah gear yang agak tepat bagi kelancaran hantaran kuasa yang diperlukan sewaktu pendakian curam. Laluan sebegini amat sesuai bagi ujian nisbah gear, kerana nisbah perbezaan gear yang terlalu jauh antara satu sama lain akan menyebabkan ngauman enjin yang terlampau apabila rpm enjin meningkat terlalu tinggi bagi memenuhi permintaan kuasa yang tidak dapat disambut baik oleh gear berikutnya. Julat gear VN II ini didapati agak tepat untuk hantaran kuasa yang sekata dan lancar, dengan tork yang mencukupi untuk memacu jentera 171kg ini bagi menghasilkan tunggangan yang mengujakan sewaktu mendaki pusat peranginan tanah tinggi tersebut.

Kerangka VN II ini adalah dari jenis tiub berbentuk dwi-dukungan, dengan lengan ayun belakang yang di dokong suspensi konvensional seperti kebanyakan motosikal kruiser. Bahagian hadapan jentera ini di ampu suspensi cabang teleskopik 41mm, dan dipasang roda aloi aluminium yang menarik. Konfigurasi kerangka dan suspensi ini menghasilkan sebuah jentera yang stabil dan mudah dikawal, dengan meklumbalas roda yang baik. Kawalan kelajuan diyakinkan oleh brek cakera dwi-angkup Tokico di hadapan. Cakera bertebuk ini dibuat sedemikian bagi penyesaran haba yang lebih baik dan juga menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan jentera. Roda belakang dibekalkan brek jenis gelendung untuk melengkapkan sistem pemberhentian jentera ini, yang di dapati menyakinkan tanpa mengalami kepanasan sewaktu menuruni laluan Genting dan juga Bukit Tinggi, sebelum menempuh selekoh curam selepas Genting Sempah sebelum pulang ke ibukota. Tayar hadapan yang bersaiz 120/80-17 dengan gabungan tayar belakang 160/80-15 didapati selesa untuk menangani laluan berliku, malah mampu mengujakan mereka yang gemar menyeret pemijak kaki.

Beberapa aksesori juga turut ditawarkan bagi mereka yang ingin menambah sentuhan peribadi kepada jentera ini. Penampan angin hadapan yang dipasang kepada jentera pandu-uji ini menambahkan lagi penampilan kruiser nya dan membantu menyesarkan angin ke belakang sewaktu penunggangan laju dan juga pabila hujan. Keselesaan pembonceng juga mampu ditingkatkan dengan penambahan penyandar belakang yang digabungkan dengan tapak pengikat barangan. Bar pelindung enjin juga boleh ditambah bagi menyerlahkan lagi keterampilan VN II anda.




Pelana dwi-aras nya adalah setinggi 690mm, dengan posisi duduk yang agak menegak dan membolehkan penunggangan seharian tanpa perlu banyak hentian rehat. Maklumat kelajuan penunggangan boleh di dapati dari meter analog yang terletak di atas tangki bahanapi. Lampu isyarat dan juga lampu amaran ditempatkan di antara meter kelajuan dan penutup tangki bahanapi berkunci. Tangki bahanapi ini dikawal tompol pilihan aliran bahanapi yang terletak di sebelah kiri, dengan suis utama juga berada di sisi yang sama. Hendal melintang nya cukup lebar untuk kawalan jentera yang mudah, dengan letakduduk suis kawalan yang mudah dicapai. Lampu utama nya menggunakan mentol kuartz halogen dengan kuasa suluhan 60W yang selesa untuk penunggangan malam hari yang selamat. Ekzos berbentuk menirus berhias krom kilat melengkapkan lagi penampilan jentera santai ini, dengan pemasangan sendeng ke atas.
Secara keseluruhan, VN II ini mampu memenuhi kehendak penunggangan yang selesa dan menyeronokkan, bagi kegunaan harian ataupun untuk bersantai malam minggu, mahupun bagi konvoi jarak jauh. Ia mampu memberikan satu gaya hidup yang tersendiri bagi pemiliknya, disamping menjanjikan sebuah jentera yang selesa dan tahan lasak. Penggunaan bahanapi di anggar menimatkan dengan satu tangki penuh mampu membawa penunggangnya melebihi 200km. Bagi mereka yang inginkan penampilan tersendiri dengan sebuah jentera 250cc, ini merupakan satu lagi keluaran yang perlu dipertimbangkan. Namun bagi peminat jentera kruiser, tentuya ia merupakan sebuah jentera yang diidamkam, apalagi bila ianya merupakan sebuah jentera permulaan yang amat mudah dikendalikan bagi mereka yang kurang berpengalaman dan baru dengan dunia motosikal.






l































Spesifikasi VN II
Panjang Keseluruhan 2 355 mm (92.72 in.)
Berat Keseluruhan 775 mm (30.51 in.)
Tinggi Keseluruhan 1,075 mm (42.32 in.)
Tapak 1,620 mm (63.78 in.)
Kelegaan bumi 150 mm (5.91 in.)
Tinggi pelana 690 mm (27.17 in.)
Berat kering 171 kg (377 Ib)
Berat kasar 187 kg (412 Ib)
Kapasiti tangki bahanapi 13.0 L (3.4 US gal)
Radius pusingan minima 3.0 m (9.8 ft)
Enjin 4-lejang, dwi-selinder V90°, DOHC, 4 injap se selinder Sejukan cecair
Gerek dan lejang 62.0 x 41.4 mm (2.44 x 1.63 in.)
Sesaran 249 cm3 (15.2 cu in.)
Nisbah mampatan 12.0 : 1
Kuasa maksima 30.8hp / 23 kW(31.3 PS) @12 500 rpm
Tork maksima 22.2 N-m (2.3 kgf-m, 16.4 ft-lb) @9 500 rpm
Jenis klac cakera basah berbilang
Transmisi: 6-kelajuan, berpanca
Nisbah Gear: Pertama 2.857 (40/14)
Kedua 1.842 (35/19)
Ketiga 1.409 (31/22)
Keempat 1.160 (29/25)
Kelima 1.038 (27/26)
Keenam 0.928 (26/28)
Sistem hantaran akhir: Pacuan rantai
Kerangka Tiub, dwi-dukungan
Saiz Rim: Depan 17 x3.OO
Belakang 15 x4.00
Tayar Depan: Tanpa-tiub 120/80-17 M/C 61S
Tayar Belakang: Tanpa-tiub 160/80-15 M/C74S
Suspensi Depan: Cabang Teleskopik
Pergerakan roda: 150 mm (5.91 in)
Suspensi Belakang: Lengan-ayun
Pergerakan roda: 96mm (3.78 in)
Jenis brek: Depan Cakera
Belakang Gelendung
RM25,989 untuk motosikal standard
RM26,989 dengan aksesori lengkap




VN250 - A Smooth operator
The Vulcan name has been used by Kawasaki to denote their "custom" or "cruiser" type motorcycles since 1984, using mostly V-twin powered motorcycles ranging from 125cc to 2000cc.
The latest offering Kawasaki is the VN II ; a cruiser bike with attitude and style. The VN II has a 249cc V-twin, liquid cooled engine. The compact V-twin design has special cam profiles which is combined with the flywheel effect to boost low end torque. The 12.0:1 high compression engine generate up to 30.8 horsepower, and delivers 22.2 N-m of torque at 9,500 rpm, enabling smooth low and mid range power delivery. Finning on the cylinders helps provide an air-cooled image, but the water jacket of the liquid cooling system results in even running temperatures, eliminating “power fade” on hot days, longer engine life, and also insulate engine noise for quieter running. It has a 6 speed gearbox with a well-dispersed ratios to provide ample power for changing riding needs. A gear for every situation gives better acceleration, and allows engine’s full potential to be utilised. The traditional "test-track" of Ulu Yam, Awana, Genting Higlands and Bukit Tinggi was negotiated with comfort and exciting speed. Gear change is smooth throughout, and its Positive Neutral Finder helps invaluably for shifting into neutral at light stops.
This locally assembled bike is a low rider, with a fairly long wheelbase. It appears to be a great learner's bike, as it is easy to handle, very forgiving, nimble and a joy to ride. With a 249cc displacement, is of no wonder to be concerned with the engine size on the highway, but the smooth 6-speed gearbox really helps with highway cruising and has no problem accelerating above 100-110 km/h, even with a pillion. The wind tends to move it around a bit due to its cruiser appearance, and it is something which is not unexpected.
Speeds are being kept checked adequately from its front dual-piston caliper which offer good braking and brake feeling, producing quick, sure stops. The disc is drilled to provide excellent heat transfer for better cooling and reduced unsprung weight. The brake lever is adjustable in four stages, to operate the dual-caliper Tokico brakes. The rear end gets a 160mm drum type brake.
The narrow 120/80-17 front tyre with a big beefy 160/80-15 rear tyre complement the VN2 II traditional cruiser styling. Large 41 mm diameter front fork tubes are for precise handling, and provides good road feedback for feel and control. The cast alloy spoke wheels augurs well with the bike's looks, and is signatured with the polished chrome, taper-type exhaust. The seat is comfortable, with a stepped cut for comfort and character. A relaxed laid-back riding posture allows all-day riding for long journeys. Optional backrest for your pillion is available as an accessory, so is the front windsheild to keeps the bugs at bay.
Typical cruiser forward control handlebars complement its overall character, as well as for ease of handling. The meter is centrally located on the fuel tank, providing information at a glance, and the fuel tank cap is flush-mounted, blending in to the meter cluster. Switches on the handlebars are logically located to be within easy reach for better control and safety,
Riding it around town definitely gets plenty of headturns especially from curious onlookers. If you like the cruiser style, and are after a tough, reliable motorcycle that looks great and performs well, then this is a definite contender. Overall, this is a great bike. This is a 250cc motorcycle that looks more like a 600. This may work great if you need to work within a 250cc engine size restriction, be it due to your official JPJ licensing, or your "ministry of home-affairs".
Penulis bersama dua buah VNII yang ditunggang-uji pihak media ke Melaka

GENERAL INFORMATION
General Specifications VN250V (VN II)
Dimensions and Weight
Overall Length 2 355 mm (92.72 in.)
Overall Width 775 mm (30.51 in.)
Overall Height 1,075 mm (42.32 in.)
Wheelbase 1,620 mm (63.78 in.)
Road Clearance 150 mm (5.91 in.)
Seat Height 690 mm (27.17 in.)
Dry Weight (Mass) 171 kg (377 Ib)
Curb Weight (Mass) 187 kg (412 Ib)
Fuel Tank Capacity 13.0 L (3.4 US gal)

Performance
Minimum Turning Radius 3.0 m (9.8 ft)

Engine
Type 4-stroke, 90° V-2 cylinder, DOHC, 4 valves per cylinder
Cooling System Liquid-cooled
Bore and Stroke 62.0 x 41.4 mm (2.44 x 1.63 in.)
Displacement 249 cm3 (15.2 cu in.)
Compression Ratio 12.0 : 1
Maximum Horsepower 30.8hp or 23 kW(31.3 PS) @12 500 rpm
Maximum Torque 22.2 N-rn (2.3 kgf-m, 16.4 ft-lb) @9 500 rpm
Fuel System Carburetors, Keihin CVKR 32 x 2
Starting System Electric starter
Ignition System Timing Battery and coil (transistorized)
Advance System Electronically advanced (digital)
Ignition Timing °/rpm BTDC 15°/1 300 ~ BTDC 35°/5 000
Spark plugs NGK CR9E or ND U27ESR-N
Valve timing:
Inlet:
Open BTDC 32.5°
Close ABDC 67.5
Duration 280°
Exhaust:
Open BBDC 66°
Close ATDC 26°
Duration 272°
Cylinder Numbering Method Front to rear, 1-2
Firing Order 1-2
Lubrication System Forced lubrication (wet sump)

Engine Oil: API SE, SF or SG
Grade API SH, SJ or SL with JASO MA
Viscosity SAE10W-40
Capacity 2.1 L (2.2 US qt)

Drive Train
Primary Reduction System:
Type Gear drive
Reduction Ratio 3.440 (86/25)
Clutch Type Wet multi disc
Transmission:
Type 6-speed, constant mesh, return shift
Gear Ratios:
1st 2.857 (40/14)
2nd 1.842 (35/19)
3rd 1.409 (31/22)
4th 1.160 (29/25)
5th 1.038 (27/26)
6th 0.928 (26/28)
Final Drive System:
Type Chain drive
Reduction Ratio 2.933 (44/15)
Overall Drive Ratio 9.369 @ top gear

Frame
Type Tubular, double cradle
Caster 35°
Trail 154 mm (6.06 in.)
Rim Size:
Front 17 x3.OO
Rear 15 x4.00
Front Tire:
Type Tubeless
Size 120/80-17 M/C 61S
Rear Tire:
Type Tubeless
Size 160/80-15 M/C74S
Front Suspension:
Type Telescopic fork
Wheel Travel 150 mm (5.91 in.)
Rear Suspension:
Type Swingarm
Wheel Travel 96mm (3.78 in)

Brake Type:
Front Single disc brake
Rear Drum brake
Electrical System
Battery 12 V 6 Ah
Headlight:
Type Semi-sealed beam
Bulb 12 V 60/55 W (quartz-halogen)
Tail/Brake Light 12 V 5/21 W
Alternator:
Type Three-phase AC
Rated Output 16 A/14 V @ 12 000 r/min (rpm)
RM25,989 standard bike base price
RM26,989 fully accessorised
Specifications are subject to change without notice.

79 comments:

Anonymous said...

aku sudah jatuh cintaa....dengan vulcan ini. aku rasa sesuai untuk yang budget ciput macam aku ni..

Anonymous said...

sebijik macam jaguh....cuma enjin ja yg lain....disk depan terbalik....hurmmmm.....bagi aku la better amek vulcan 800 classic baru mariiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Motor ni tak ada meter penunjuk minyak petrol. Saya tak selesa la nak bawa moto ni kalau jalan jauh pasal tak tau minyak cukup lg ke tak. Dan lg susah nak budget moto ni camana pgunaan minyak dia.

Anonymous said...

Harga yg ditawarkan tu trlalu mahal sebenarnya, untuk sebuah motosikal yang mempunyai body SAMA seperti Modenas Jaguh atau Kawasaki ELiminator 125. Sila park side by side dgn Jaguh dan ukur kalau tak percaya. Jika dijual dlm lingkungan 15k lebih sesuai, lagipun ini CKD, sedangkan Ninja250 pun boleh dijual lebih murah iaitu sekitar 20k. Harap Kawasaki dapat revise harga kerana harga ini hanya dapat attract riders baru, rider lama lebih rasa berbaloi beli cruiser big cc 2nd hand tahun lewat 90an atau awal 2000an yg lebih murah.

Dragonnette said...

Tangkap cinta lah dengan motor ni. Salihin bg komen best giler!!. Nak jual lah motor yang ada. Biar cc rendah, tapi maintainance tak memeningkan kepala. Here I come Vulcan VNII...hujung tahun, pasti confirm aku sambar ini motor. Terus masuk garage bikin american chopper. Nanti boleh join Bike Fest.

Anonymous said...

ada sape2 dah beli vn2? ak da bezakan ngan jaguh & vn2, vn2 besar skit dari jaguh je. ak nk cari 2nd nye, tp ssh nk cari.

Anonymous said...

Hello bros...Vn2 ni memang superb...I dah pi konvoi a few times ikut cruiser/superbike lagi besar 900 cc ke atas,takde hal nak follow setakat 130-140Kmh for 2-3 hours.

Saya nak upgrade VN2 saya..kalu ada sesiapa interested to buy motor saya (May 2010) model,pls email me shanks_tioman@hotmail.com.

Ada full accessores,regular maintained and peak performance.

Anonymous said...

Saya ade VN II mmg sedap pakai utk konvoy tapi jarak dekat saje la kalau pergi jauh moto ni tak sesuai sebab minyak moto ni 20 ringgit dah full kalau selalu gasak 130-140kph minyak cepat habis dan moto ni radiator kena jaga moto ni cepat overheat tu main problem yang lain2 takde la semua ok

Anonymous said...

Salam, aku dah pakai VN2 ni dalam 6 bulan... so far power dan handling tak ada masalah.. fuel pulak 100 km untuk RM8. Masalahnya nak cari part untuk modified ekzos kat Sarawak. Ada kengkawan kat luar sana yang dah tukar ekzos vn2 minta share pengalaman sebab bunyi ekzos asal ni lemah gemalai ...tak syokkk... (mswsibu@hotmail.com)

Airul Nizam said...

Sy baru beli vn2 ni... Ada mana mana grup x sy boleh join.. Sy dok area kemuning.... Airulnizam@yahoo.com

Anonymous said...

betul ke ni org cakap cam jaguh jek...? Airul, best ke dr segi performance and credibility...padan ke dgn harga nyer...? saya tgh buat selection sama ada scooter sym250 or vulcan ni...penin pakcik.

Anonymous said...

sy dh bli dh vn2 nihh...steady habiss..tp, mnyak die nihh problem ckit..full tank bleh habis around 100km je jln..tp,yg lain smua tiptop psl bike nii..

Anonymous said...

Aku dah terbeli VN II... nice baru pakai tak sampai 2 bulan. Problem aku kerap mati enjin masa jalan jemmm. maklumlah ambik bini kerja di KL. Serius takat jalan jauh memang enjoy. superb wa cakap lu. habis 28k pun tak pa. janji sedap bawak bila jalan tak jem.

Emir said...

I have one. It’s comfortable, but don’t have enough power. It’s bulky in the traffic jam. Maximum speed around 150 km/h, the gears seem not well distributed, I miss having 7th gear. Maintenance is deadly expensive, better you make a list of critical replacement parts and order from the Internet as precaution. Welly charged RM210 to change the head-bulb which was blown in their shop (costs about $US15 online, good brand), plus RM350 for a battery (costs $US60-$US100 online, good brand). Every time I do service with them is a big bill RMX00, ridiculous price for the oil filter and synthetic oil. I recommend you find a friend mechanic or do it yourself after getting the parts on-line.

Airul Nizam said...

Untuk learner..its very good bike sbb dia baru dn x byk masalah pd enjin dan body..sy dh bawa 20k km dlm kurang setahun... X de masalah langsung..cuma tayar kn order awal sbb rim 15 hanya cruiser yg pakai (peminat cruiser x byk sgt di malaysia) ttp sy masih blh dpt tayar ganti yg baru pd harga rendah di taman sentosa klang pd harga RM550je dr Heng Motor..

maintenance yg lain x de lg..alhamulilah... Minyak jimat..walau x de meter minyak sy hanya reset milleage ke 0 lps isi full tank (bila nk dekat 250km tu maka isilh cepat) dlm $20 blh lari 250km dlm kelajuan 110-120kmH..so jimat bbanding scooter yg mahal maintenance serta minyak. Cuma jika nk main highway 120 ke 130 minyak blh tahan dlm 130-150km je. Sy selalu bawa dr shah alam ke keratong 2 pahang pergi balik...sgt stable dn selesa sbb kusyen dia empuk juga...
4 bintang dr 5 bintang...

Anonymous said...

Mak oi Airul..tayar 550? Telan air liur aku..ingat baru nk ushar..antara VNII dgn Naza Cruise mana yg lbh baik?

KERETA SEWA ZAILIN MELAKA/NS said...

Ada tak sesapa nak tolak VNII thn 2009 @ 2010? PM aku..mmg tgh cari ni..

Unknown said...

saya nak jual kawasaki VNII 250 sy urgent ..012 3120087 SANI..motor ada jatuh sikit sy nak tolak 19000 @ 18500 ...sy dr seremban

Anonymous said...

mcm mana nak tahu tahun motor dibuat b'dasrkan no.enjin dan no. chasis?

Anonymous said...

hello.I have no idea about this bike history.what I want is reasonable price ,durability,look cool,and low maintenance.that's the most important to know your needs and budget.Anyway wish to test ride and feel how good it behave.

Anonymous said...

VNII ni okey ke maintenance dia.

Kawa said...

I nak modify VN11 macam American Chopper, tukar handle dan ekzos pipe. Tapi tak tahu workshop mana yang boleh buat modify. Boleh sesiapa share dengan saya dekat mana saya boleh modify. I duk dekat kajang. Tq.

YSL said...

Baru beli satu 2nd hand, siok riding, nak cari accessories tapi susah nak dapat sapa tau mana boleh dapat accessories untok VN II ni?

Anonymous said...

assalamualaikum dan good day.
saya pengguna VN2, saya modifikasi motor vn2, anda boleh melawat blog saya zyke78.blogspot.com
anda boleh mendapatkan kan aksesori dari hungryghost inc. custom di puchong saujana..atau picit 0123569062 joe

Unknown said...

helloo Thanks for sharing the info..

aku dah amik satu. satu kelebihan yang dah aku temui hari pertama aku bawak moto nie lepas kuar dari kedai ialah system break yang hebat. Ada mamat indon main masuk ke lane aku..aku sentap break ...perghh benti serta merta dan stabil..aku kagum sangat sampai aku lupa nak MAKI INDON tu..

mmg best kawalan hebat..aku mencilok celah2 keta tade masalah..dan kalau slow dan terlupa nak tuka gear rendah pun kau tak tersemput2..perah jeee minyak dia pecut terus..

Zyke tima kasih share link ..mmg best

Kawa said...

Hello Zyke, thanks for sharing the info to modify. Dear Bros out there, I just would like to share here something about the VN2. Actually its a very good & cheaper cruiser compared to other big cc one. But, of course the maintenance will high as this is Japan specs. All depends on your vendor. If they are genuine to you, then you can negotiate the price. But, I would encourage you all to deal direct with Kawasaki Shah Alam if its still under warranty. Initially, mine got some problem with fuel tank, carburator & engine vibration. All have been changed with no cost after usage of 10 months. Hope new riders / those bought new unit with warranty knows your rights. Now, I am waiting to modify handle & ekzoz. Regards.

Logistic Advisor said...

Bro-bro semua. Mula2 abg nak ambil naked tak kira apa2 model. Abg dah terpengaruh dgn bro2 punya statement..Smlm abg dah try Vulcan VN2 ni dgn motor2 naked yang lain..Keselesaan terserlah..Confirm abg akan ambil VN2 ni dlm masa terdekat..Kita tubuhkan kelab utk VN2 ni..amacam..semua setuju tak?? Abg Burn..

Unknown said...

baru je servis yg pertama. Oil Filter RM70.. minyak engine brand Agip(import) fully syntetic 2 liter (1L RM60.00 x 2)..(ada brand yang tempatan punya dalam RM40/L).. semua baru RM190. Pasang windshield Givi RM422. Order saddle bag kulit dari ebay tak sampai RM300. Bli kat sini semua atas RM500.

Teraju said...

Sesuai tak kalau perempuan ride motor ni. Atau any suggestion ? Saya baru beginner.

Unknown said...

mmg sesuai bagi beginner especially wanita. Tak berat sangat. Handling mmg mantap. Kat youtube awek jepun nie belasah round jepun http://www.youtube.com/watch?v=MZFjjfEkTTw relek abiss..

PersonaMedia©reative™ Manjung said...

http://www.youtube.com/watch?v=OuKAPnw3n1I

Aku nak buat Facebook supaya semua org boleh share gambar VNII masing2..

Anonymous said...

Saya bercadang untuk membeli VNII ni untuk commute dari KL-Seremban. Sesuai atau tidak untuk perempuan? Saya menggunakan Jaguh 13 tahun dahulu tetapi sekarang sudah rosak dan tidak ada kedai yang sanggup membaiki.

PersonaMedia©reative™ Manjung said...

Ok dah bina..

Sila la ke page ni k..

https://www.facebook.com/pages/Kawasaki-VNII/620820784624160

PersonaMedia©reative™ Manjung said...

untuk perempuan xda masalah..senang nak control..xberat sgt

Paul Bahri said...

Saya baru ambik VNII semalam. tak sempat nak betul2 enjoy...sebelum ni pakai versys, tapi dah penat sebab tinggi sangat especially bila jam kat KL, kaki hampir nak cramp..perjalanan dari kedai motor di Sri Muda shah alam ke rumah cuma dalam 25KM saja...tapi saya perasan temperature indicator dia menyala waktu dalam 19KM...waktu tu jam sikit depan kilang gula CSR shah alam...berdebar juga...kemudian saya berhenti kejap lepas tu jalan semula dan dah takde apa2 sebab tak jam lagi dah..nak tanya bro2 yg dah lama pakai VNII ni..normal ke indicator to menyala bila sangkut kat jamm..

Anonymous said...

Dah chk paras coolant? Kadg2 dia susut sendiri tanpa sbb...knapa tah.. Beli yg dah siap cmpur air yg dlm botol tu lbih selamat..

https://www.facebook.com/pages/Kawasaki-VNII/620820784624160

Paul Bahri said...

Terima kasih...nanti saya tengok..

Unknown said...

vnII mmg kalau jem..enjin dia panas ...tapi selalunya kalau bro perasan bila jem tak bergerak dan enjin panas..selalunya kita boleh dengar kipas radiator pusing..so check tgk..lagi betul juga tgk radiator coolant..pakai yang mahal skeet...sayang moto beb ..hehe

Paul Bahri said...

T.kasih John Labu. Agaknya berapa ramai dlm group ni yang pakai VNII ye....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Paul..ada satu blog lagi yg ramai peminat vii borak dan blogger dia mmg active sila ke http://1.bp.blogspot.com/-3b5W9uD9lv4/ULt70rOFGTI/AAAAAAAAAMc/EDIzmYe0jg0/s1600/IMG_3351+%5B50%25%5D.JPG

Maaf tuan rumah klau saya paste link..

Anonymous said...

Salam...saya nk share pengalaman ms mula2 pakai vnII...sama mcm Paul Bahri..jln x smpai 20km temperature indicator menyala dan mmg saya rs panas kt enjin..kipas x pusing..berenti skjp..pastu trus blk umah..then saya trus call Kawasaki S.Alam bgtau problem...esoknya diorg dtg bwk van Kawasaki angkut motor blk utk repair..rupanya kipas x pusing sbb kabel longgar...service after sales Kawasaki yg tip top mmg dipuji..skrg dh 1 thn lbh pakai vn II mmg xde problem...yeah...pjg plak cite ni..hehe

f@r@h@n@ said...

Dpt bln 3 2013 ... utk wanita ketinggian 156 cm sgt sesuai ... kaki pon sampai ;)

Anonymous said...

Salam semua...dapat yg second hand, owner baru pakai 7 bulan dgn milage 3,000 km. Harap ianya berbaloi

faz said...

Saya dh pakai vn11 lebih setahun. Tak ada masaalah . Klu nk buat club vn11 saya amat setuju. - saya di Jb. - Fazeli

faz said...

Klu berminat nk buat club emel saya fazelijohari@gmail.com

Anonymous said...

sy tgh cari jugak VN II ni. Kalau ada member yg nak jual dan sesuai dgn harga. Bg tau ye.

Unknown said...

salam semua...ada group x utk motor kawasaki vnii??
sy ada tanya sorg owner vnii ni kt sentul...dia x recommned utk motor ni sbb maintainence tinggi...apa pendapat anda smua?? saya masih dlm dilema utk memilikinya...
plss help...

Unknown said...

maintenance tinggi?? biasa lah kalau motosikal berkuasa 250 ke atas..tapi setakat ini tak mahal lah.. service pun bawah 200... kalau rosak pun spare part tak ler susah nak cari atau lama nak tunggu. Spare part kalau nak dibandingkan dengan lain2 brand Honda, Yamaha atau seangkatan dengannya lebih kurang jerr.. yang kene jaga moto nie ..jgn lupa isi minyak. pastikan minyak selalu penuh atau lebih dari separuh..kalau tak nanti fuel pump boleh rosak.

Unknown said...

pastikan ada membership dgn mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan tarik moto ..contoh seperti moto aid atau simpan no. tepon welley moto. sebab aku cerita pasal fuel pump tu pasal aku dah kene hehehe.. sib baik welleys ada... upah tarik 100 inggit jerr..sib baik aku nyerr moto ada warranty ..bila siap aku cuma baya rm100 jer, upah tarik tuu. Kalau masuk ahli Motoaid setahun naya RM96 .. soo at least korang ada backup kalo moto rosak kat mana2 tak risau sangat..

Otai Melaka said...

Saya baru beli VN11 ni model 2010. Dah custom skit tukar mudguard dan legrest vulcan 800 dan eksos twin. Mmg puas hati dengan motor ni. Ni nak tanya klu nak tukar headlight besar skit, nak pakai headlight motor apa yang boleh?





Anonymous said...

salam semua....saya pendatang baru group ni...just nak bg tau, saya baru beli motor kawasaki vn11 250 iaitu pada mac 2014. low milleage sekitar 700km. Guna pegi kedai, surau, bawak anak jalan, tusyen macam tu je. Saya cadang nak jual motor ni sebab tak selalu pakai...outstation selalu. PM atau call me 0192797606..Lokasi Kuantan.

Anonymous said...

As salam dan selamat malam semua. Dengar kata model vn11 ni tidak dijual lagi oleh kawasaki malaysia. Akan timbul masalah spare part ke nanti?

Anonymous said...

Salam ada jaguh rosak nak jual saya nak beli.
0132283158

Anonymous said...

salam.. sape ada pengalaman overhaul vn2 ni.. berapa kosnya?

Anonymous said...

Mana boleh dapat backrest untuk VNII 250 dan berapa harganya? tq.

Unknown said...

ori mahal sgt above RM2500

kat ebay bawah RM1000 campur tolak cukai kastam..

link ebay http://www.ebay.com/itm/Backrest-Sissy-Bar-for-Kawasaki-Eliminator-BN125-01-09-VN250-02-07-03-04-G-gtFr-/161367396281?pt=Motorcycles_Parts_Accessories&hash=item25923f0fb9&vxp=mtr

Salihin Rahim said...

Vulcan 650 S di bawah rm30k.....

Unknown said...

Assalamualaikum cik salihin....Disember 2015...masih lagi bersama VN 11 atau dah tukar?

Unknown said...

Assalamualaikum cik salihin....Disember 2015...masih lagi bersama VN 11 atau dah tukar?

Son Of Sp33d said...

Contact: 0126901241

Anonymous said...

betul ke 6 speed?

JR Vitug said...

I am glad to read this post, its an interesting one. SlingshotHelmets

Unknown said...

2019 masih lagi bersama VN ii😁

Salihin Rahim said...

Tahniah!

Unknown said...

Ok... Itu senang.... Isi penoh pertama kali... Set odo meter kosong... Set kok petrol ke on... Jln sampai rizap... BCa odo dan ingat.. Lain hari dah tahu dan bole agak...

Unknown said...

Hi
Kawan2 i rasa nak beli motor Vulcan second hand 250cc ada kawan2 boleh bagi cadangan

Unknown said...

Bagi*

Unknown said...

i want to know...size sprocket front and rear....original

Wan said...

Saya tengah mencari Vulcan VN250, harga bawah RM10,000.
Sesiapa nak jual motor boleh PM saya 012-9464210.

Unknown said...

2013 rm13k.. Meter 9500km.. Ok ke

azniazzai said...

Salam..kenapa vn11 saya masuk gear enjin mati..clutch ok..tanya pomen cakap coil rosak .betol ke..saya dh pakai vn11 5thn..sblm ni xde masalah..tiba² je kena mcmni

Unknown said...

Saya perlu overhaul vulcan 250 saya. mekanik kata spare part tak boleh dapat jadi motor saya akan jadi bahan antik. bolehkah sesiapa bantu saya un tuk dapatkan kedai yang ada spare part sepenuhnya. Nomor telefon saya 01133041881 G.S.T. Araasu. Terima kasih


Anonymous said...

Saya nk jual kawasaki vulcan vn11 250cc..ada masalah fuel pump..rm15k..bole nego

Anonymous said...

Berminat..cl 0136126890

Anonymous said...

Motor tahun 1998..keadaan 8/10

Anonymous said...

Berminat cl saya 0136126890..keadaan motor 8/10

Anonymous said...

hai..saya nk jual vnII 250..rm15.000..ada masalah fuel pump..berminat contact 0133293508..

Anonymous said...

hi saya nak jual vnll 250 condition masih 9/10 dan acesseri tambahan banyak