Pemenang Peraduan BHPetrol diumum

 Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengumumkan pemenang peraduan promosi 'BHPetrol Touch' n Go Reload dan Win' di The Royale Chulan The Curve, Selangor semalam.

Promosi yang berlangsung dari 30hb Ogos hingga 30hb September 2017 di stesen perkhidmatan BHPetrol dengan kemudahan isian semula Touch 'n Go. sejumlah 44 pemenang dengan 10 pemenang membawa pulang hadiah utama hadiah termasuk petrol percuma untuk bekalan satu tahun bernilai RM3,600, kad Touch 'n Go bernilai tambah nilai RM1000, serta jam tangan pintar SmartTAG dan Touch' n Go'TimeTraveller. Sementara itu, 34 pemenang lain turut menikmati hadiah ganjaran yang terdiri daripada jam tangan pintar Touch 'n Go' TimeTraveller'.

'TimeTraveller’ adalah jam tangan dengan fungsi kad pra-bayar pertama di Malaysia yang mempunyai ciri Touch ‘n Go dengan kemudahan reload dan pembayaran. 

Dalam tempoh promosi, setiap kad Touch 'n Go dimuat semula dengan nilai minima RM50 yang menerima e-baucar BHPetrol RM3 percuma untuk setiap transaksi. E-baucer boleh ditebus dengan pembelian minimum RM20  petrol Infiniti dan pelanggan secara automatik berhak untuk menyertai peraduan.

'Inilah kali pertama kami mengadakan promosi bersama Touch' n Go dan sambutan yang diterima sangat baik. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baru serta pelanggan setia kami untuk menambah nilai dan mengisi minyad di BHPetrol. Kami harap hadiah-hadiah itu akan berguna kepada pemenang dalam keperluan perjalanan harian mereka," kata Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol, Encik Baba Tan.

Hadiah juga disampaikan oleh Ketua Unit Perniagaan Reload Touch 'n Go, Norafinas Raja Din dan Ketua Korporat & Strategik Perkongsian Touch 'n Go Sdn Bhd Cik Jenelle Koh.

Jazeman naik podium dalam penampilan sulung di Asia Le Mans

Pemandu perlumbaan terkemuka Malaysia Jazeman Jaafar, telah mempamerkan persembahan hebat untuk tamat di tempat ketiga pada perlumbaan Siri Le Mans hujung minggu lepas di Fuji, Jepun.

Jazeman dijemput untuk memandu dengan David Cheng di dalam kereta nombor 7  Jackie Chan DC Racing x Jota Sport Oreca 05 Nissan LMP2. Ia merupakan kali pertama beliau memandu kereta perlumbaan kategori ini dan pengalaman pertamanya di litar Fuji. Dengan hanya sesi latihan untuk mengenalo litar dan membiasakan dirinya dengan kereta tersebut, Jazeman membuktikan bakat dan profesionalismenya dengan mempamerkan pemanduan hebat.
Hujung minggu tersebut bermula dengan dua sesi latihan untuk Jazeman. Pelumba muda Malaysia  ini berkongsi masa memandu dengan rakan sepasukannya. Sesi kelayakan seterusnya dalam cuaca sejuk menyukarkan mereka untuk memanaskan tayar. Ia merupakan satu usaha sukar untuk meningkatkan rentak dalam sesi sesingkat 15 minit itu. Jazeman terus mendesak dan berjaya mencatat masa ketiga terpantas dalam penyertaan pertamanya dalam Siri ini.

Perlumbaan empat jam tersebut bermula dengan David mengetuai kereta #7 tersebut dan dia bertukar tukr kedudukan dalam kumpulan depan sebaik bendera hijau dikiabarkan. David susut beberapa tempat pada jam pertama dalam perlumbaan yang sengit tersebut. Dia meneruskan pemanduan untuk sesi kedua sebelum menyerahkan tugasan seterusnya kepada Jazeman. Jazeman kemudiannya merekodkan bebrapa pusingan pantas dengan tayar baharu dan memanjat semula kedudukan, dan selepas menyudahi dua sesi pemanduan dan memandu sebanyak masa maksimum yang dibenarkan bagi pemandu kategori Emas, dia memasuki pit dalam kedudukan tempat ketiga untuk pertukaran pemandu terakhir, dan David membawa pulang kereta #7 tersebut ke bendera penamat dalam kedudukan ketiga yang sama.
"Saya menikmati hujung minggu yang hebat dengan David Cheung dan Jackie Chan DC Racing. Seluruh pasukan sangat berkerjasama dan menjadikannya sangat mudah untuk saya selesa dengan kereta secepatnya. Saya sangat suka berkongsi kereta #7 dengan David dan membantu mendapatkan podium. Saya berasa sangat gembira untuk berlumba lagi, dan ia nya satu perasaan yang hebat untuk berada di litar, terutamanya dengan kereta LMP2 yang hebat," ulas jazeman selepas perumbaan tersebut.

"Perancangan kini ialah untuk meneruskan penyertaan  dengan pasukan Jackie Chan DC Racing untuk baki kejohanan itu, jadi ia nya berita baik untuk saya dan saya sudah bersedia untuk ke pusingan seterusnya di Thailand awal tahun depan.

Siri Le Mans Asia merupakan siri perlumbaan ketahanan untuk kereta prototaip dan kelas GT di Asia. Siri ini menawarkan satu satunya laluan langsung ke Kejohanan Dunia untuk kereta Prototaip dan kereta perlumbaan GT bagi menyertai perlumbaan ketahanan yang paling penting di dunia iaitu perlumbaan 24 Jam Le Mans.

Lamborghini perkenal Urus, SUV terpantas dunia

Lamborghini telah mengumumkan pengenalan model SUV mereka iaitu Lamborghini Urus  pada 4 Disember 2017 yang disasarkan untuk pasaran dalam tahun 2018. Nama itu berasal dari Urus, nenek moyang lembu domestik moden, juga dikenali sebagai aurochs.

Kereta konsep telah diumumkan pada Pameran Auto Beijing 2012 pada 23 April 2012. [3]. Kereta konsep juga ditunjukkan di Pebble Beach pada tahun 2012.
Konsep UV ini telah diperkenalkan di acara Pebble Beach Concours d'Elegance dalam tahun 2012.

Lamborghini Urus tidak akan menggunakan mesin V10 atau V12 seperi lazimnya untuk kereta Lamborghini. Sebaliknya, Lamborghini telah membangunkan sebuah enjin 4.0 L dwi-turbo V8 yang baharu. Lamborghini mendakwa enjin ini digunakan semata-mata oleh Lamborghini, sekaligus menyingkirkan tohmahan bahawa ia hanyalah versi tala-semula enjin Audi 4.0L V8 yang digunakan di beberapa model Audi S dan RS dan barisan A8, dan juga dikongsi oleh Bentley pada model Continental V8 coupe dan Flying Spur V8 mereka.
Lamborghini Urus ini lebih ringan daripada kebanyakan SUV kerana penggunaan polimer bertetulang gentian karbon yang meluas, walaupun ia berdasarkan platform yang sama seperti Audi Q7, Bentley Bentayga, Porsche Cayenne, dan Volkswagen Touareg. Urus akan menampilkan 650 enjin dwi-turbo V8, dan akan ada versi hibrid plug-in. Urus akan mempunyai susun atur enjin di depan, empat tempat duduk dan pacuan semua roda. Urus dianggarkan mampu mencapai kelajuan maksimum 328 kmj, yang menjadikannya sebagai SUV pengeluaran terpantas di dunia, menewaskan Bentley yang berkelajuan 301 kmj.

Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann memberitahu bahawa Urus akan dikeluarkan, mereka menjadikannya SUV pertama jenama sejak LM002. [6] [7] Pengeluaran akan bermula pada bulan Februari 2018 dan Lamborghini merancang untuk membina 1000 unit pada tahun pertama pengeluaran, dan 3500 pada tahun 2019.

Mungkin pemilik kereta pengeluaran terpantas dunia iaitu Honda Civic Type-R juga kan berminat untuk memiliki Urus sebagai sebahagian koleksi mereka.

Confederate Motors dijenama semula, akan keluar motosikal elektrik

Apa ada pada jenama? Banyak. Confederate Motors telah membina reputasi yang menarik sebagai jenama yang bereka bentuk 'avant garde' atau maju bagi jentera dua roda V-twin sejukan udara. Mungkin ramai yang mengenalinya kerana ia menjadi salah satu jenama motosikal yang paling digemari pelakon terkenal Tom Cruise yang membintangi filem aksi seperti Mission Impossible.

Namun begitu model Confederate FA-13 Combat Bomber akan menjadi model terakhir Confederate untuk menggunakan enjin pembakaran dalaman, kerana syarikat itu akan beralih kepada reka bentuk motosikal elektrik selepas ini.
Syarikat itu akan dinamakan semula sebagai penghormatan kepada perintis motosikal dan perintis penerbangan Glenn Curtiss, tetapi kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana motosikal Curtiss baru itu mengembangkan reka bentuk estetika Confederate yang tersendiri.

Bos Confederate Motors, Matthew Chambers, menjelaskan bahawa syarikat itu akan mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja barisan cruiser Combat Bomber yang baharu ini habis dijual.
Curtiss merupakan seorang penunggang motosikal yang mencatat beberapa rekod kelajuan bumi rasmi dan tidak rasmi pada zamannya. Sama ada pesawat terbang atau di atas jentera dua roda, Curtiss dikenali sebagai revolusioner yang tidak takut untuk mencuba perkara-perkara baharu - dan itulah yang akan dilakukan oleh Curtiss Motorcycles. Curtiss telah mengumumkan bahawa model pertama mereka akan dipanggil Hercules, dan ia akan dikuasakan oleh dua motor Zero. Jentera elektrik baharu ini dikatakan akan menjana sekitar 175 hp dan tork kira-kira 290 lb-ft.
Glenn Curtiss dengan motosikal berenjin v-8 dalam tahun 1907
Mengapakah terjadinya perubahan tiba-tiba dalam jenama dan halatuju ini? Mungkin tidak mengejutkan untuk mengandaikan bahawa jenama Confederate bukanlah moniker ideal dalam iklim politik Amerika hari ini. Konotasi negatif yang tidak disenangi sebegitu disedari tidak jualan, dan kerana ini syarikat itu merasakan keperluan untuk penjenamaan semula. Presiden Confederate, Matthew Chambers dilaporkan berkata, "Saya rasa kita kehilangan banyak perniagaan dengan nama itu. Kami juga telah terlepas banyak peluang penjenamaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk mempersarakannya."
"Kami tidak boleh pergi lebih jauh dari ini. Kami telah mencecah had kami. Perkongsian baru dengan Zero Motorcycles akan membolehkan Curtiss Motorcycles menghasilkan jenis motosikal dengan loji kuasa baharu."

Jadi, apa ada pada nama? Banyak, kan?

Seperti MODENAS, hingga kini belum berjaya mengeluarkan enjin secara besar besaran setelah 22 tahun berlalu, walaupun jenama tersebut merupakan singkatan untuk Motosikal Dan Enjin Nasional. Mungkin perlu dijenamakan semula sebagai MONAS sahaja....?