Drivemark mampu bantu kurangkan premium insurans anda

 Pixelated Sdn. Bhd. atau juga dikenali sebagai Katsana telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Axiata Business Services Sdn. Bhd., pada 5 sept lepas untuk melaksanakan usaha sama untuk membantu menggalakkan penerimagunaan insurans berasaskan penggunaan (UBI) di Malaysia.


Dalam usaha sama tersebut, KATSANA akan menggunakan pengalamannya dalam bidang telematik dan data raya untuk menyediakan platform UBI untuk Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad, dan Etiqa Takaful Berhad bagi membangunkan produk-produk UBI untuk pelanggan mereka. Di samping itu, pihak-pihak yang terlibat akan bekerjasama dengan KATSANA untuk mempertingkatkan DriveMark, app telematiknya.

DriveMark yang baru sahaja dilancarkan merupakan satu platform untuk mengumpul data perlakuan ketika memandu, serta untuk meneroka cara-cara yang inovatif tetapi menyeronokkan untuk menggalakkan para pengguna app memperbaiki perlakuan mereka ketika memandu.

DriveMark merupakan pengumpul bebas data profil pemanduan di antara pengguna dan syarikat insurans. Ia adalah app mudah alih keselamatan jalan raya yang merekodkan perlakuan pengguna semasa memandu dan melatih mereka supaya memandu dengan lebih selamat. Ia mengesan sikap semasa memandu secara pintar dan menterjemahkannya kepada skor. Tindakan pemanduan yang tidak selamat seperti membrek dan memecut dengan mengejut dan membelok dengan tajam menyumbangkan skor yang lebih rendah. Lebih tinggi skor seseorang pengguna, lebih baiklah cara
pemanduannya, dan premium insuransnya pun akan dilaras sebegitu rupa. DriveMark dilancarkan pada Julai 2017 dan kini boleh didapati dalam versi iOS dan Android untuk telefon pintar moden.

Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama KATSANA, Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil berkata, “Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada Axiata dan syarikat insurans terkemuka di negara ini, Allianz Malaysia, serta Etiqa Insurance dan Etiqa Takaful. Kerjasama ini penting bagi semua pihak yang terlibat, kerana ia membantu membuka jalan ke arah mempromosikan pendekatan UBI yang progresif dan telus.”

“Di Allianz Malaysia, kami merasakan bahawa KATSANA menawarkan app telematik yang amat menarik, yang mudah digunakan, tanpa perlu membayar dan memasang peranti fizikal dalam kereta anda. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar anda. Kerjasama dengan KATSANA ini akan membolehkan kami melangkah ke arah insurans berasaskan penggunaan dalam menyediakan insentif bagi perlakuan pemanduan yang baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir.

Ahmad Rizlan Azman, Ketua Pegawai Operasi Maybank Ageas Holdings Berhad, yang mewakili Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad berkata, “Kami sedang meneroka cara untuk menjadikan pemanduan selamat lebih memuaskan bagi pemandu dengan mengaplikasikan teknik-teknik gamifikasi. Ciri ini biasanya merekodkan sebarang pengendalian ekstrem seperti memecut, membrek dan membelok dengan mengejut serta kelajuan. Data ini kemudiannya disepadukan dalam bentuk kad skor yang boleh digunakan oleh pemandu untuk merekodkan prestasi pemanduan mereka dan ini akan berfungsi sebagai maklum balas langsung yang memberikan insentif kepada pemandu untuk menandingi diri mereka sendiri untuk mendapatkan skor yang terbaik. Oleh itu, ia juga akan menggalakkan pemandu untuk memperbaiki tabiat pemanduan mereka dan ini berpotensi untuk mengurangkan premium mereka.”

KATSANA menerusi DriveMark membolehkan para pemandu memilih mana-mana syarikat insurans yang dikehendaki ketika mereka ingin membeli insurans. Sementara itu, syarikat insurans yang menjalankan usaha sama dengan KATSANA mendapat gambaran yang wajar mengenai perlakuan pemandu menerusi skor DriveMark untuk membolehkan mereka membangunkan produk-produk insurans UBI yang baru.

Bagi fleet dan individu, mereka boleh menggunakan perkakasan sekiranya mereka ingin mendapatkan pemantauan tabiat pemanduan yang lebih tepat. Pada masa akan datang, DriveMark akan memberi pilihan kepada pemandu untuk mendapatkan perkhidmatan sampingan yang berkaitan dengan kerereta mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.getdrivemark.com.

Menangi Triumph Bobber di Hard Rock Cafe Penang!

 Sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 1200cc bernilai RM74,990 kini boleh anda menangi dengan berbelanja sekurang kurangnya RM250 di Hard Rock Cafe Pulau Pinang.

Tawaran in terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang mengunjungi Hard Rock Cafe Penang sehingga 14 Disember 2017 ini. Ini termasuklah ekspatriat dan juga yang bertaraf penduduk tetap (PR).
Promosi ini dianjurkan dengan kerjasama Fast bikes Sdn Bhd dan hard rock hotel Pulau Pinang. " Promosi bersama ini membolehkan kami menerokai kepelbagaian sinergi di antara Triumph dan Hard Rock Cafe yang sudah sememangnya merupakan jenama jenama tersohor sedunia," kata Ketua Pegawai eksekutif Fast bikes Sdn Bhd Dato' Razak Al-Malique Hussain.

Pengurus Besar Hard rock Hotel Pulau Pinang, John Primmer turut teruja dengan respons pengunjung yang datang untuk melihat sendiri motosikal tersebut yang dipamerkan di kafe mereka. "Kami amat gembira dengan maklumbalas yang ditunjukkan umum walaupun peraduan itu baru dua minggu dilancarkan," katanya.
Motosikal Bonneville Bobber merupakan model Triumph yang mempamerkan rekabentuk kustom dari pengilangnya sendiri. Ia menggabungkan rekabentuk penggayaan minimalistik namun berpenampilan berkuasa dengan rekayasa Bobber sebenar.

Cabutan penenuan pemenang akan diadakan pada 15 Disember kelak di Hard rock Cafe Penang, di mana pemenang utama akan menjadi pemilik baharu motosikal Bobber tersebut, manakala beberapa hadiah lain turut menanti penunjung lain, seperti hadiah kedua yang berbentuk penginapan 3hari 2 malam di Casa Del mar, Langkawi dan juga penginapan 2 hari 1 malam di Hard Rock Cafe Penang sendiri sebagai hadiah ketiga.

Maklumat lanjut boleh anda perolehi dengan melayari http://http://penang.hardrockhotels.net/calendar/rock-n-ride/ dan juga laman http://www.fastbikes.com.my