GT 128 – TRANSFORMASI GENERASI TERKINI MODENAS


Album gambar GT di sini/view pics here
GT 128 – TRANSFORMASI GENERASI TERKINI MODENAS
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), hari ini melancarkan motosikal model terbaru MODENAS GT 128 yang menampilkan satu transformasi dari segi rekabentuk yang berbeza dari model-model yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Pada bulan September 2006, MODENAS telah memperkenalkan Motosikal X-Cite di pasaran. Motosikal dengan kuasa enjin 130cc ini disokong oleh rakan kongsi Kawasaki Heavy Industries Ltd. dan menepati tahap piawaian EURO 2. Ia telah terbukti sebagai enjin yang tahan lasak, penjimatan petrol yang amat tinggi dan mesra alam. Motosikal ini juga merupakan antara model yang terlaris bagi pasaran eksport Modenas terutamanya di negara Greece dan Iran.
Hari ini, mereka merealisasikan satu lagi model baru yang merupakan satu transformasi dari Modenas untuk generasi terkini dengan penggunaan enjin 130cc yang dilengkapi teknologi Kawasaki. Projek model ini dinamakan P507, telah mula dibangunkan seawal tahun 2006 dan telah melalui ujian-ujian yang getir oleh jurutera-jurutera tempatan Modenas untuk meyakinkan lagi tahap kualiti dan kualiti rekabentuk. Modenas juga telah mendapat ujian khusus dari Kawasaki Thailand dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak mereka.
Model ini mempunyai kadar penjimatan petrol yang amat tinggi iaitu hampir 65km perjalanan untuk setiap liter. Melalui ujian yang telah dijalankan ke atas motosikal ini, setiap tangki penuh mampu mencapai jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Merah (Perak Utara) ataupun dari Kuala Lumpur ke Kluang, Johor dengan purata meter kelajuan 80km/jam.
Model ini juga dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang untuk kuasa membrek yang lebih sempurna dan selamat, rim sport untuk pengendalian motosikal yang lebih cekap dan kelihatan bergaya, panel paparan elektronik dengan penunjuk aras untuk petrol, keupayaan bateri dan minyak enjin. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Meter RPM beranalog dan Pengesan Posisi Pendikit Minyak (Throttle Positioning Sensor) yang berupaya mengoptimumkan penggunaan bahan api serta lampu yang lebih terang dan lebar. Ianya juga menampilkan empat corak warna menarik iaitu oren uranium, hijau kriptonia, silver (perak) titanium dan putih millenia serta grafik yang mampu menepati citarasa golongan sasaran di antara 25 hingga 35 tahun yang mahukan keterampilan sporti, berani dan berevolusikan generasi terkini.
Bagi tahun kewangan 2009/10, MODENAS telah mensasarkan jumlah jualan sebanyak 65 ribu unit dengan peningkatan sebanyak 9% iaitu 60 ribu unit untuk pasaran tempatan dan 5 ribu unit untuk pasaran eksport.
“Sokongan daripada semua pihak terhadap produk keluaran MODENAS dalam membantu kami membina satu imej yang tersendiri bertepatan dengan slogan kami kali ini ‘TRANSFORMASI GENERASI TERKINI’, ujar Encik Abdul Harith bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS dalam ucapan beliau di majlis tersebut.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd. Khamil Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad dan diiringi oleh YBhg Dato’ Syed Mohammad Aidid bin Syed Murtaza, Pengerusi MODENAS. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Pengurus Kanan Kumpulan DRB-HICOM Berhad dan Lembaga Pengarah Modenas / EMOS. Harga jualan model MODENAS GT 128 ini ialah RM4,888.00

13 comments:

Nudinsenin said...

Yeahhh,..
lagi menarik dari previous model..
aq mesti pilih..
smart giler..
nak tau,dari pagi aq tggu web site modenas up date,sampai sekarang x update2..
hampeh..
sib bek ader blog hang nie..
tq2...

N'war said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku ske iklan dia..
memang tiru sebijik mcm trailer transformers 2 revenge of the fall.. haha kewl!

motor pun cantik. mcm design kepala bumblebee pun ada gak

Anonymous said...

laju mana le agaknya moto ni.. kalu pegi 150kmj kete baru je 120kmj.. LC pun xlaju mana pon.. sume meter moto ralat 20-30kmj.huhuu
nampak smart tp customer kena tipu tang laju kmj meter dia..heheee.. elegan pun lagi ok dr ni.. ralat 5kmj je dr kete punye..
overall aku bagi 4 bintang.. walaupun meter dia ralat banyak..
sempoi!
tngki lebih besar dr LC!
brake disk depan belakang!
ade RPM LAGI.HUHUU
nyesal aku beli LC..

P/S; tp kalo nk test gan moto ni pon bule jugak..hehe

Salihin Rahim said...

nanti bila official test-ride, kita uji pakai GPS

Anonymous said...

battery dok bawah seat..cam xkena la plak..

Anonymous said...

apa2 pon seat modenas mmg beso compared to other models..dok mmg selesa.

Anonymous said...

sah aku kena tukar moto baru...huhuuu

Ariyon said...

memang nak tukar motor nie..cun siot
tapi yg sedihnya bila nk tolak moto kriss 2 kedai nak rm1400 jer..brape lagi nak tambah tue...emmm

kamarul said...

aku nk thu top speed motor gt 128 ni la..meter 180..dpt 160 mggu depan gak aku g angkt mtr ni..skrg aku paki kriss 120 sport warne hijau..top speed 140-150..leh cucuk LC kls tgn tu...klu gt 128 ni top speed 140..baik aku pakai motor aku skrg ni je

pcbase said...

harga untuk parit raja, batu pahat, johor. ada satu kedai dari banyak kedai yg murah. lu cari la sendiri kedai mana.

rm4800 otr 3th party
rm5050 otr 1st party all rider

JR Vitug said...

I admire this article for the well-researched content and excellent wording. SlingshotHelmets

Unknown said...

Sokong buatan malaysia