#55 Pescao tamat keduabelas di GP Le Mans

Hafizh Syahrin muncul dengan prestasi yang mengagumkan di pusingan halaman sendiri bagi pasukan Monster Yamaha Tech3 semalam. Bermula dengan berhati-hati, pendatang baru MotoGP berjaya menamatkan perlumbaan 27 pusingan, menunggang mengatasi para pelumba berpengalaman dengan mengagumkan untuk melintasi bendera penamat di kedudukan ke-12 dan memenangi persaingan melawan rakan rookienya Franco Morbidelli.

"Ketika perlumbaan saya berasa sangat baik, tetapi malang sekali saya bermula kurang baik dan kemudian saya berada di belakang kumpulan yang perlahan, saya terpaksa lolos melalui pelumba lain satu demi satu. Saya tahu bahawa rentak saya sangat baik dan saya fikir saya boleh berada di dalam kumpulan 10 teratas, tetapi sukar untuk memintas di litar ini dan anda juga perlu berani untuk melakukannya di selekoh pertama. Saya mencuba beberapa kali tetapi pada akhirnya, saya ketinggalan dari kumpulan yang lebih cepat di hadapan. Di Mugello kelak saya harap saya dapat memberikan yang terbaik sekali lagi, saya cuba untuk terus fokus dan bekerja keras, dan menumpukan keadaan fizikal saya dan cara menunggang saya. "
Wira tempatan Johann Zarco memulakan perlumbaan dengan luar biasa, menunggang dalam kumpulan terpantas dari peringkat awal dan bertekad untuk meraikan kemenangan sulung kelas perdana pertamanya di hadapan kerumunan peminat halaman sendiri yang bersorak untuknya. Semasa bertarung untuk mendahului, malangnya pelumba Perancis itu tejatuh pada pusingan kelapan dan kini perlu menunggu pusingan seterusnya dalam masa dua minggu di Mugello, Itali, untuk cuba menjadikan impiannya itu menjadi kenyataan.

Hafizh Syahrin
Kedudukan: Ke-12 - Kejuaraan: 17 - Mata keeluruhan: 13

#66 Niki Tuuli selesaikan tugasan pertama Moto2 SIC Racing

 Pelumba baharu SIC Racing Team, Niki Tuuli membuat penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia Moto2, untuk tamat di tempat ke-22.

Niki yang berhadapan dengan cabaran besar pasukan baru, motosikal baru, tayar baru dan litar yang tidak pernah dialaminya, Niki Tuuli berupaya menjalankan tugas itu. Setelah bekerja keras sepanjang hujung minggu, penunggang muda Finland itu telah menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya, dan menunjukkan peningkatan yang konsisten di atas jentera Kalexnya, sebelum mengakhiri hujung minggu di luar lingkungan dua puluh teratas.

"Ini adalah kali pertama untuk Niki untuk menjadi motosikal Moto2 dan juga kali pertama di Le Mans, kali pertama bertemu dengan pasukan, kali pertama pada tayar Dunlop, begitu banyak perkara yang berbeza dan pasti perbezaan antara motosikal Supersport ke motosikal Moto2 sangat besar," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt.

"Saya fikir sepanjang hujung minggu dia telah melakukan kerja yang sangat baik kerana dia telah maju setiap sesi; hanya sesi kelayakan yang sedikit mengecewakan. Dalam perlumbaan dia sangat baik; dia membuat permulaan yang baik dan bersaing dengan penunggang lain. Untuk menyelesaikan perlumbaan dalam 48 saat dari juara di depan dalam perlumbaan pertama, adalah permulaan yang baik. Kami menaruh harapan pada Niki; kita dapat melihat potensi dalam dirinya dan tahu bahawa dia akan maju sepanjang perlumbaan seterusnya. "

"Saya benar-benar gemuruh sebelum perlumbaan kerana kelayakan yang tidak begitu baik dan saya tidak berasa begitu tenang dan selesa," ulas Niki pula. Dalam perlumbaan saya membuat permulaan yang baik, walaupun saya hanya berlatih baru beberapa kali sahaja. Dua pusingan pertama berjalan lancar dan kemudian selepas itu saya hanya cuba menunggang tanpa membuat sebarang kesilapan. Saya gembira kerana saya hanya membuat satu kesilapan, pada pusingan terakhir ketiga, iaitu apabila Kent melepasi saya. Ia perlumbaan yang baik dan setiap masa pusingan adalah serupa tetapi saya perlu belajar bagaimana untuk menjadi lebih pantas. Bagaimanapun, ini hanya perlumbaan pertama saya dan semuanya baru; motosikal, tayar, litar, jadi saya tahu makin banyak pengalaman yang saya dapat pada motosikal ini dan semakin saya belajar, semakin baik saya dapat lakukan. Motosikal ini berfungsi dengan baik, saya hanya perlu memperbaiki tunggangan saya sendiri maka kita boleh membuat satu lagi langkah. Saya sangat gembira mendapat peluang ini. Saya sangat selesa berada di sini dengan pasukan ini, yang luar biasa! "

# 7 Adam Norrodin gagal tamatkan Le Mans GP

Malang bagi Adam yang telah mengalami pengalaman pahit di hujung minggu yang sukar baginya. Selepas layak bermula di petak ke-26, Adam terus berjuang untuk mencari rentak di litar Perancis itu namun tidak mampu membuat sebarang kemajuan bagi memperbaiki kedudukannya. Dengan satu pusingan berbaki di akhir perlumbaan Adam bertembung dengan pelumba lain dan terjatuh ketika begitu hampir dengan bendera penamat.

"Saya berasa kecewa. Sesi kelayakan semalam tidak begitu baik dan kemalangan tersebut nyata mengecewakan, tetapi ini semua bukanlah alasan dari saya. Saya sepatutnya melakukan yang lebih baik pada hujung minggu ini. Permulaan biasanya merupakan kekuatan saya, namun dalam perlumbaan itu ianya tidak begitu baik. Saya bersaing beberapa kali dengan Lopez tetapi saya tidak cukup kuat dan tidak mempunyai tahap untuk kembali ke kumpulan hadapan. Saya berakhir dengan hanya satu pelumba lain di belakang. Di pusingan akhir saya cuba mengejar Lopez ke selekoh terakhir tetapi saya rasa kami bersentuh dan saya kehilangan cengkaman tayar belakang. Saya minta maaf kepada pasukan saya. Saya sepatutnya menjadi lebih baik dari ini. Kini saya perlu tahu dan memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki diri saya," ujar Adam selepas tamat perlumbaan semalam.

# 71 Ayumu Sasaki terlepas mata di Le Mans GP

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki bermula dari petak kelapan untuk menamatkan Grand Prix Perancis semalam di tempat ke-16, hanya selangkah lagi untuk mengutip mata.

Walaupun mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika sesi latihan bebas pertama, penunggang Jepun itu mengenepikan sesi kelayakan sukar yang menyebabkan dia bermula dari tempat ke-24, untuk bertarung merentasi kumpulan belakang dan berusaha untuk kutipan mata.

Ayumu berlumba baik dan mara dalam persaingan  kumpulan kedua ke kedudukan kesebelas. Malang sekali pada akhirnya kedudukan beliau menyusut hanya satu kedudukan di belakang kutipan mata, namun masih dianggap agak baik.

"Sesi pemanas hari ini benar-benar baik dan saya berusaha untuk mendapat rentak perlumbaan. Kaki saya tidak mengalami kesakitan seperti pada hari Jumaat dan Sabtu dan masa pusingan saya sudah lebih baik dari segi kelayakan, jadi saya berasa yakin akan berlumba. Pada permulaan perlumbaan, saya berusaha keras untuk ke depan sebanyak mungkin, tetapi selepas pusingan pertama kumpulan depan telah mula menjauh dan kumpulan kedua adalah sekitar empat saat di hadapan saya. Saya fokuskan pada perkara ini; Saya dapat rentak saya dan bekerja dengan cara saya. Masa pusingan saya adalah baik dan saya hampir satu saat lebih cepat daripada kelayakan. Sayang sekali saya melakukan kesilapan ketika sesi kelayakan, jika tidak tentunya saya akan bermula dari kedudukan yang lebih baik, saya boleh jadi lebih cemerlang hari ini. Waktu pusingan purata hari ini adalah sama dengan kumpulan teratas, jadi kami tidak kalah terlalu banyak dari segi konsistensi semasa perlumbaan, jadi saya perlu memperbaiki kelayakan saya. Motosikal saya berfungsi dengan baik hari ini juga, jadi terima kasih kepada pasukan saya, dan maaf atas hasil saya. Saya kini perlu pulih sepenuhnya supaya saya boleh mendesak keras dan bertarung untuk mata di Mugello. "