RC390 siaga lumba




Siri KTM RC390 merupakan motosikal 373,2 cc silinder tunggal yang mula diperkenalkan di pameran EICMA di Milan, Itali  pada tahun 2013. Sebagai versi sports bagi 390 Duke, KTM RC390 dikuasai enjin 373 cc yang sama, mampu menjana 44hp (33 kW) @ 9,500 rpm . Kerangka RC adalah bingkai trellis yang berbeza daripada Duke 390 dan dikatakan KTM sebagai lebih tegar daripada Duke 390. Ianya didatangkan dengan tayar Metzeler 110 / 70ZR17 depan dan 150 / 60ZR17 belakang. RC mempunyai kecuraman kepala (head angle) 66.5° dan 23.5° sudut capai(rake), yang lebih curam dari sudut kepala Duke sebanyak 65° dengan sudut capai 25°. Jarak tapak roda nya adalah1,340 mm iaitu 27 mm lebih pendek daripada Duke, dan kesemua ini menyumbang kepada kemampuan pengendalian jentera yang tepat. Brek cakera nya kekal menggunakan sitem ByBre dengan ABS (ByBre = By Brembo), tupang hadapan WP 43 mm mengapung bahagian depan dan diimbang di belakang oleh penyerap kejutan mono.

Jika anda mencari sesuatu yang sudah lahir siap siaga untuk peminat sportbikes ringan, RC390 ini akan membuatkan anda mengorak senyuman. Ia merupakan satu lagi model menarik yang perlu dipertimbangkan lanjutan pengenalan Kawasaki Ninja 300 dan Honda CBR300R yang mungkin tidak akan dibawa masuk ke negara ini.

RC390 ini telah direka dan dibangunkan di ibupejabat KTM di Mattighofen, Austria dan dikeluarkan di India. RC390 merupakan model perdana KTM satu silinder bersesaran kecil yang terdiri daripada model model 125, 200 dan 373cc. Enjin sejukan cecair, DOHC empat lejang, suntikan bahan api ini juga merukapan sebagaian tegasan kerangka tiub trellis RC ini.

Jarak perjalanan gantungan juga dipendekkan kepada 4.9-inci di depan dan pergerakan belakang 5.9-inci bekerja dengan ciri-ciri redaman yang lebih mantap. Unit tupang penyerah hentakan depan WP 43mm itu juga turut dihasilkan di India. Malah, hampir setiap komponen motosikal, termasuk roda aloi rekaan  Brembo dan angkup brek (juga oleh Brembo mem]lalui ByBre seperti yang telah diperkatakan di atas), sistem ABS Bosch dan badan pendikit 46mm Dell'Orto kesemuanya dibekalkan oleh sumber dari India. Begitu maju teknologi mIndia masa kini, membuatkan kita mula tertanya tanya: di manakah kedudukan kita....?

RC ini terbukti lincah dan sangat mudah untuk dihidupkan, dan sekali sudah dimulakan, memecut motosikal ini melalui ke enam enam kelajuan kotak gear nya merupakan satu proses peralihan yang super mudah dan mengujakan. Hantaran kuasa adalah linear merentasi keseluruhan julat rpm dengan banyak kuasa menanti anda di pusingan rendah enjin, dan ia terus mengujakan sehingga memuncak di garismerah 10,000 rpm. Kuasa maksima dinyatakan sebagai 44hp pada 9,500 rpm, namun ia tidak langsung terasa tidak selesa atau kasar seperti sesetengah enjin selinder tunggal yang lain. Alihan gear tepat masa mampu dilakukan dengan adanya lampu petunjuk peralihan, dan mampu memacu jentera ini ke kelajuan 160kmj sewaktu memasukkan gear teratas, dengan banyak lagi bekalan rpm yang menanti.

Kedudukan menunggang adalah lebih sporti berbanding Duke 390, dengan klip hendal sama paras dengan pengapit tupang atas (triple-clamp). Ruangan untuk kaki juga mencukupi antara kerusi dan pemijak kaki agar selesa menempatkan penunggang. Pandangan cermin sisi juga sangat baik, dan operasi suis suis kawalan adalah mudah, dan brek ternyata berkesan dengan prestasi memuaskan speprtimana yang kita inginkan. Sistem ABS brek nya mampu dinyah-aktif jika diinginkan.

Kawalan penunggangan jentera ini mungkin mampu melangkaui jangkaan anda, kerana terbukti luar biasa di jalan, dan akan membuatkan anda gembira dengan pilihan yang anda buat, kenrana ianya nyata berbaloi. Malah, pemilik Ninja dan CBR kini harus berhati-hati, kerana ada satu senjata baru di litar, dengan harga yang mengancam.

KTM ada menawarkan versi perlumbaan RC390 Cup untuk digunakan dalam Piala Junior ADAC yang merupakan salah satu acara MotoGP oleh pelumba berumur 13 hingga 21. RC390 Cup tidak mempunyai lampu atau cermin, dan tiada ABS untuk pengurangan berat, dengan gantungan WP dinaik taraf bolehlaras sepenuhnya depan dan belakang. Enjin RC Cup ini walaubagaimanapun dijinakkan sedikit dengan plat penghadang kepada 38hp(28 kW), dan meenggunapakai ekzos Akrapovič.

Jentera terkini tawaran KTM CKD ini nyata mampu memberikan kepuasan kepada pemiliknya yang tidak akang mengambil kisah menunggang nya walaupun hanya berbekalkan satu dapur berbandingkan dua, mahupun empat dapur. Ynag pastinya, jentera yang mantap akan pastinya menghasilkan tunggangan yang baik dan mampu menzahirkan segala kuasa yang ada pada jentera tersebut, segalanya dalam kawalan si penunggang, pada harga asas RM27,500.

Enjin: 373,2cc selinder tunggal DOHC
Gerek/lejang: ahmar 89 mm × 60 mm (3.5 × 2.4 di dalam)
Kuasa: 44 hp) (32kW)
Kerangka: Trellis keluli
Suspensi: WP
Brek depan: cakera 300mm dengan angkup 4-pot ByBre jejari, ABS
Brek belakang: cakera 230mm dengan angkup ByBre, ABS
Tayar: 110/70ZR17 & 150/60ZR17
Jarak tapak roda 1,340 mm
Ketinggian pelana 820 mm
Berat tanpa bahanapi: 147 kg
Kapasiti bahan api 10 liter