Pemilik Yamaha R25 berkumpul meriah

Perhimpunan tahunan para pemilik Yamaha R25 buat kali kedua ini telah merekodkan kehadiran  325 buah motosikal. Acara ini telah diadakan di Restoran Ikan Bakar Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya yang terletak bersebelahan Pusat konvensyen Putrajaya PICC.



Para peserta tahun ini datang dari seluruh pelusuk tanahair semata mata untuk bersama sama menjalin silaturrahim di antara mereka. Selain makanan yang ditaja secara percuma, beberapa acara turut dibariskan seperti sesi bergambar dengan "Rossi Malaysia", pertandingan Tupai Cantik (two-five), pertunjukkan aksi menunggang, dan juga cabutan bertuah barangan mercandis Yamaha yang ditaja Hong Leong Yamaha Motor, helmet KYT, serta dua hadiah utama unit kawalan enjin ECU dari TuneBoss bernilai RM999 yang disampaikan sendiri oleh Ketua pegawai Eksekutif TuneBoss iaitu En Farhan M. Ali dari FSR Technology Sdn Bhd.



Kehadiran region paling ramai telah direkodkan oleh region Selangor, yang telah memenangi hadiah RM300 beserta trofi. Tahniah kepada para penganjur yang telah berjaya menjadikan acara bermanafaat ini sebagai satu kenyataan.