Musim 2017 seolah seperti MotoGP terhebat setakat ini


Empat pendahulu teratas, lima pemenang pusingan  dan sepuluh pernah menaiki podium: itulah kedudukan kejohanan MotoGP musim 2017 setakat ini.

Sjak pusingan pembukaan musim di Qatar , setiap hujung perlumbaan pada tahun 2017 ini telah mencatat bab baharu dalam satu musim yang pastinya bersejarah. Kini berehat untuk cuti musim panas, kejohanan musim ini seph melepasi tahap separuh jalan, dengan sembilan lagi Grand Prix mendatang bagi tahun 2017, dan nampaknya berada dalam rentak yang baik untuk diakhiri perlumbaan yang luar biasa menjelang pusingan terakhir di Valencia kelak.

Belum pernah lagi kita menyaksikan persaingan yang begitu hebat di kalangan pendahulu kejohanan. Empat pemimpin kejohanan iaitu Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda), Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP), Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) hanya dibezakan dengan sepuluh mata selepas sembilan perlumbaan. Kemenangan Marquez di GP Jerman telah menjadi pemangkin baginya untuk menyertai senarai teratas. Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) juga agak dekat dengan pendahulu dan terpisah dengan hanya 26 mata, cukup memberikan harapan baginya.


Rahsia untuk musim yang mengagumkan ini bukan sahaja disebabkan oleh kedudukan kejuaraan dan aksi tunggangan yang hebat, malah persaingan di belakang pendahulu kejuaraan turut membuatkannya sebagai salah sebuah perlumbaan terhebat di dunia. Kemenangan Dani Pedrosa di Jerez bererti dia menyertai pemimpin Kejohanan sebagai pemenang kelima setakat ini, dan terdapat lima lagi pelumba lain yang telah berpeluang menaiki podium dalam separuh pertama musim 2017 ini iaitu Cal Crutchlow (LCR Honda), Jorge Lorenzo ( Pasukan Ducati), Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3), Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3). Bertarung untuk mengejar kemenangan, persaingan diantara kelima lima mereka ini dengan taktik kelajuan tinggi menumbang kepada pembikinan mencipta salah satu Kejohanan yang paling luar biasa dalam sejarah dari minggu ke minggu.


 23 penunggang dan enam pengeluar yang berbeza bersaing dalam Kejohanan Dunia MotoGP™, dan setiap pelumba kini menjadi protagonis dalam satu musim yang akan diperkatakan untuk tahun tahun yang mendatang. Padok motoGP kini sepi sehinggalah Brno kelak, apabila api kemeriahan aka dinyalakan sekali lagi sebagai pembuka tirai separuh kedua musim, dengan menjanjikan sembilan perlumbaan luar biasa.

Satu era baru kini bermula, dan apa yang sebelum ini tidak dijangkakan kini mampu dijangka. Musim perlumbaan yang paling baik pernah dipersembahkan MotoGP™ boleh dijangkakan dengan saingan kini semakin sengit dan lebih hebat. GP Czech di Brno akan berlangsung pada 6 Ogos ini dan akan diikuti pusingan Red Bull Ring di Austria pada hujung minggu berikutnya apabila kehangatan kejohanan MotoGP™ kembali marak selepas cuti musim panas. Pastikan anda mengikutinya!

1
Marc Marquez, 93, Repsol Honda Team
129 mata

2
Maverick Viñales, 25, Movistar Yamaha MotoGP
124 mata

3
Andrea Dovizioso, 4, Ducati Team
123 mata

4
Valentino Rossi, 46, Movistar Yamaha MotoGP
119 mata