Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.
Jenis Tukar Milik:
-
SUKARELA
-
TIDAK SUKARELA
-
tukar hak milik kenderaan tarik balik
-
kenderaan bagi pemilik yang meninggal dunia
DOKUMEN BAGI PERMOHONAN
Tukar Hak Milik Secara Sukarela
-
Sijil/Perakuan Pendaftaran Asal (JPJK2) asal dan salinan.
-
Borang JPJ K3A (2 salinan).
-
Salinan kad pengenalan bagi pemilik berdaftar/pembeli/saksi/perakuan pendaftar perniagaan syarikat (Borang 9, 44 dan 49).
-
Sijil/Nota Perlindungan Insurans Pemilik baru.
-
Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya baru) jika berkenaan.
-
Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
-
Lesen Kenderaan Perdagangan asal dan salinan bagi pemilik baru (kecuali kenderaan decontrol).
-
Bayaran yang ditetapkan.
Tukar Hak Milik Tidak Sukarela
Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossesedmdi bawah Akta Sewa Beli 1967).
-
Borang JPJK3A (dua salinan).
-
Surat Akuan Berkanun asal dari Syarikat Kewangan.
-
Surat Pelepasan Tanggungan.
-
Satu salinan jadual 1, 4 dan 5 (Akta Sewa Beli 1967 Syarikat Kewangan).
-
Laporan polis asal/Surat perintah Mahkamah asal dan salinan.
-
Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru.
-
Laporan Pemeriksaan Kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
-
Bayaran yang ditetapkan.
Kenderaan motor rampasan, sitaan dan sebagai yang dilelong oleh Agensi Kerajaan.
-
Borang JPJK3A (dua salinan).
-
Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong.
-
Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia.
-
Laporan kimia (jika berkenaa)
-
Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru (jika berkenaan).
-
Notis penarikan balik tuntutan hak pemilik (pemunya berdaftar) dan tuntutan hak milik (pemilik baru).
-
Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
-
Bayaran yang ditetapkan.