Triumph Tiger Explorer testride

Maju Expressway Bt jalil to Kg Pandan

Harimau lebih ganas

Berita baik untuk peminat Triumph Tiger: ianya telah dinaik taraf secraa menyeluruh 2013, sehinggakan perlu untuk satu nama baru: Tiger Sport, yang telah dilancarkan pada 10 Januari 2013 di Brussels. Tiger Sport ini dikuasakan oleh enjin yang kuat dan menggoda.

Kebanyakan komponen bahagian depan telah diperbaharui, dan bahagian belakang motosikal telah direka semula sepenuhnya.  Enjin tiga silinder 1050cc nya kini menghasilkan tambahan 10PS. Dengan pengendalian mantap dan kedudukan menunggang untuk disesuaikan dengan jenis jalan yang berbeza, Triumph telah mengukuhkan casis dan menaik taraf sistem gantungan untuk membuat Tiger Sport ini lebih praktikal dan selesa daripada model terdahulu.

Dengan ekzos baru dan semakan kepada sistem kemasukan udara, enjin nya kini mengeluarkan 125PS (123bhp, 92kW) dan 104Nm (77lb.ft, 10.6kgm). Malah deruman enjin tiga silinder ini juga telah dipertingkatkan agar lebig merdu, manakala gegancu belakang yang lebih besar telah mampu meningkat pecutan, dan semakan semula nisbah gear menghasilkan penukaran gear yang licin.

Penentukuran semula untikan bahan api telah mampu memperbaiki ekonomi bahan api dan juga prestasi. Tiger Sport ini menggunapakai lengan-ayun sebelah(single-sided swingarm) yang direka khas baginya yang memberikan rekabentuk sporti dan meningkatkan prestasi bahagian belakang motosikal, di samping memberikan lebih banyak ruang untuk ekzos baru dan pannier (kotak sisi) yang lebih besar.

Lampu jenis empat reflektor kini menggantikan unit projektor sebelumnya, dengan ketara meningkatkan prestasi lampu dan mengubah rupa hadapan motosikal. Roda aluminium tetuang adalah unik bagi Tiger Sport ini dan dilengkapi dengan terbaru tayar Pirelli Angel GT.

Tiger Sport datang dalam warna Crystal White dan Diablo Merah. Harga untuk Tiger Sport akan diumumkan pada bulan Februari. Pengedar Tunggal motosikal Triumph ialah di Malaysia. Layari www.fastbikes.com.my untuk maklumat lanjut.