Pemenang Syiling Emas Merdeka BhPetrol diraikan
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah meraikan para pemenang kempen Syiling Emas Merdeka yang diadakan baru-baru ini bersempena perayaan 60 tahun Merdeka pada tahun ini. 60 orang pelanggan BhPetrol bertuah telah menerima hadiah kemenangan mereka iaitu syiling emas tulen seberat 20g edisi terhad BHPetrol Malaysia 60th Merdeka Gold Coins dengan jumlah terkumpul bernilai RM250,000.
Promosi itu telah diadakan untuk menandakan sambutan perayaan BHPetrol dalam memperingati pencapaian tahun ke-60 kemerdekaan negara. BhPetrol memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka dengan BHPetrol Gold Edition Edisi Terhad yang direka khas untuk menghargai sokongan para pelanggan mereka.
Penyampaian syiling emas tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, En KT Tan yang diiringi Pengurus Besar Perbekalan, Peruncitan dan Bekalan Kerajaan, En Azizul Azily Ahmad.
Honda lancar CRF250L dan CRF250 Rally 2017
Model Honda CRF250L, yang dilancarkan pada tahun 2012 di pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia, amat popular di kalangan penunggang berpengalaman yang sering menyimpan nya sebagai motosikal kedua namun pada masa yang sama, turut menarik minat golongan lebih muda sebagai alternatif yang lebih bergaya berbanding sebuah skuter atau kapcai. Bagi pemilik, ia menawarkan peluang untuk menerokai jalan tak berturap dan laluan tanah. Dengan penggayaan yang dimirip jentera CRF250R, model CRF250L bersedia untuk menghadapi apa jua kehendak penunggangnya. Teguh dan praktikal, ia sesuai sama ada di dalam bandar mahupun denai.
CRF250L adalah jentera kecil serba boleh dan dibina agar bentuk dan fungsi terjalin sempurna. Ketirusan bentuk badannya membantu ketika berada di jalan raya dan juga ketika luar jalan memandangkan tempat duduk/tangki membenarkan penunggang beralih berat dengan mudah.
Model yang dikuasai oleh enjin 249cc DOHC silinder tunggal sejukan cecair itu mempunyai daya kilas pada kelajuan enjin rendah dan kuasa RPM tinggi, dengan penyampaian sekata dan linear yang juga mematuhi standard EURO4. Kuasa maksimum 18.2kW disampaikan pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm tiba pada 6,750rpm hasil daripada PGM-FI dirombak dan badan pendikit termasuk kotak udara, tiub penyambung dan ekzos ringan serba baharu.
Aci pengimbang utama meningkatkan keupayaan pengurangan getaran dan kotak gear enam kelajuan serta klac dihasilkan untuk menahan tekanan tambahan ketika menunggang secara off-road. Radiator penyesar haba 10.7kW memaparkan kipas pendingin nipis untuk mengekalkan suhu sekata pada kelajuan rendah. Tangki minyak 7.8L (termasuk simpanan 1.8L) menyediakan julat perjalanan yang mendahului kelasnya disamping penggunaan bahan api pada kadar 33.3km/l (mod WMTC), jarak perjalanan yang melebihi 250km mampu dicapai.
Rangka CRF250L dibina daripada keluli dengan spar bahagian bujur berkembar dan endul separa berganda. Namun demikian, badan baharu motosikal itu memaparkan pengaruh minimalis CRF450R MX untuk penampilan yang lebih kemas dan tirus. Pemuka digital dengan sebuah takometer dan tolok bahan api serta ABS dwi-sistem (2 channel) sebagai standard, dengan pilihan untuk menutupkan ABS brek belakang. CRF250L menampilkan warna perlumbaan Honda, Merah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diinspirasikan daripada mesin-mesin HRC.
CRF250 RALLY
Model CRF250 Rally dengan cogankata “Weekend Adventure (Pengembara Hujung Minggu)” merupakan motosikal dwi-guna 250cc standard EURO4 yang membuka pintu dunia kenderaan dua roda yang baharu, tanpa mengira tahap pengalaman penunggang. Ia bukan sahaja kelihatan bersedia untuk bersaing di padang pasir tetapi juga menyediakan pengalaman pengembaraan sebenar kepada penunggang yang menggemari sebuah mesin ringan dan mudah dijaga.
CRF250 RALLY diasaskan kepada CRF250L dengan pelbagai perubahan yang menjadikannya satu tawaran unik di pasaran. Inspirasi penampilannya datang daripada jentera perlumbaan CRF450 RALLY. Di bahagian depan, paparan, fairing dan penutup radiator menyediakan perlindungan terhadap angin, dengan bahagian lain pada jentera berkenaan memaparkan gaya MX yang minimum. Lampu depan model berkenaan bersaiz kompak dengan dwi-LED asimetrik sementara lampu belakang, lampu isyarat LED dan braket nombor plat yang tidak menonjol.
Prestasi enjin 250cc DOHC lejang tunggal sejukan cecair CRF250 RALLY tertumpu pada daya kilas pada kelajuan enjin rendah dan kuasa rpm tinggi termasuk penyampaian linear. Kuasa maksimum 18.2kW disampaikan pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm pada 6,750rpm.
Kerangka model tersebut dibina daripada keluli, dengan spar utama bahagian bujur berkembar dan endul separa berkembar. Tangki minyak yang besar iaitu 10.1L (termasuk simpanan 1.6L) membolehkan perjalanan jauh sehingga lebih 320km, disumbangkan oleh penggunaan minyak pada kadar 33.3km/l (mod WMTC), manakala pemuka digital turut merangkumi tolok minyak dan takometer. Jarak roda 1,455mm dipadankan dengan jangkauan 28.1° dan kelegaan tanah sebanyak 270mm (lebih 15mm berbanding CRF250L) untuk jentera seberat 157kg ini.
Suspensi perjalanan jauh dan kelegaan tanah yang tinggi mempertingkatkan keupayaan jarak jauh. Cakera depan yang lebih besar termasuk sistem ABS yang boleh ditutup untuk brek belakang menyediakan kuasa hentian yang meyakinkan. Enjin yang mematuhi piawaian EURO4 menampilkan tork kelajuan enjin rendah bersama kuasa terbaik ekoran perubahan yang dibuat berbanding model CRF250L yang asal. Ia termasuk PGM-FI dan badan pendikit, tiub penyambung kotak udara baharu dan ekzos ringan.
CRF250 RALLY didatangkan dengan sudahan warna perlumbaan Merah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diilhamkan oleh mesin-mesin kilang HRC.
Dibina berdasarkan peningkatan selera terhadap pengembaraan, BSH memutuskan untuk membawakan CRF250 RALLY yang menarik dan direka sebagai sebuah motosikal pengembaraan berkapasiti kecil ke pasaran Malaysia. RALLY merupakan tambahan sempurna rangkaian Honda yang sepadan dengan pasaran khusus, seterusnya menyediakan sebuah motosikal pengembaraan ringan yang sesuai ketika di atas jalan dan off-road.
Model-model baharu CRF250L dan CRF250 Rally akan berada di pengedar Honda dari 28 Ogos 2017 dan masing-masing ditawarkan pada harga RM 24,378.94 dan RM 28,618.94. Harga tersebut termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model-model tersebut juga didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak 20,000km (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut berkenaan CRF250 Rally dan CRF250L 2017, sila rujuk halaman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda atau hubungi talian Bebas Tol 1800-88-3993 (Isnin hinga Jumaat, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada Cuti Umum)
Spesifikasi Technikal 2017 CRF250L
Model CRF250L
Engine Type / Jenis Enjin 250cc Liquid-Cooled Single DOHC/ 250cc Penyejuk Cecair, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 76.0mm x 55.0mm
Frame/ Rangka Steel Twin Tube (Tiub Dwi Besi)
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 10.7:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 18.2kW@8500rpmMax.Torque / Tork Maksimun 22.6Nm@6750rpmClutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate Hydraulic / Multi Plat Basah Hydraulik
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2195 x 815 x 1195mm
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,445
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 146kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ) 7.8Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: 43mm Telescopic / Teleskopik
Rear: Pro-link / Prolink
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 3.00-21 51P
Rear: 120/80-18M/C 62P
Technical Specifications of 2017 CRF250 Rally
Model CRF250 Rally
Engine Type / Jenis Enjin 250cc Liquid-Cooled Single DOHC/ 250cc Penyejuk Cecair, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 76.0mm x 55.0mm
Frame/ Rangka Steel Twin Tube (Tiub Dwi Besi)
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 10.7:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 18.2kW@8500rpm
Max.Torque / Tork Maksimun 22.6Nm@6750rpm
Clutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate Hydraulic / Multi Plat Basah Hydraulik
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2210 x 900 x 1425mm
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,445
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 157kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ) 10.1Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: 43mm Telescopic / Teleskopik
Rear: Pro-link / Prolink
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 3.00-21 51P
Rear: 120/80-18M/C 62P
Subscribe to:
Posts (Atom)