Kit Öhlins rasmi untuk Yamaha MT, XSR, Tracer, XV950 dan YZF-R3

 Pemilik Yamaha MT, XSR, Tracer, XV950 dan YZF-R3 kini boleh menaiktaraf gantungan motosikal mereka dengan kit Öhlins rasmi Yamaha.

Kerjasama terkini antara Yamaha dan Öhlins meperkenalkan pelbagai kartrij tupang atau fork hadapan dan kit spring bersesuaian, serta pilihan penyerap kejutan untuk model model Yamaha yang popular dalam segmen Hyper Naked, Sport Heritage dan Sport Touring.

Produk Öhlins khusus untuk model motosikal Yamaha anda kini boleh ditempah dari pengedarnya. Malah, pengguna Yamaha di luar negara lebih beruntung kerana produk Öhlins baharu ini ada dipaparkan pada aplikas My Garage 3D Yamaha, yang membolehkan pembeli untuk membina dan menempah motosikal tersendiri mereka sendiri menggunakan aplikasi tersebut.

Honda RS150R warna 2017

 Boon Siew Honda memperkenalkan Honda RS150R bagi tahun 2017 dengan warna dan jalur baharu untuk pasaran tempatan.

RS150R baharu ini boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu putih Pearl Metalloid (tiga warna), merah Candy Scintillate dan biru Pearl Nightfall, disamping warna liveri Repsol sedia ada. Ia boleh disaksikan sendiri di bilik pameran pengedar Honda mulai 7 Ogos ini,

Warna baharu untuk 2017 ini itawarkan dengan harga RM8,478.94 (merah dan biru) dan RM8,796.94 (untuk putih tiga warna dan Repsol). Harga yang disebutkan adalah termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model ini dilindungi jaminan pembuatan pembuatan dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).






Yamaha 135LC warna baharu 2017

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) mengumumkan warna baru dan grafik bagi Yamaha 135LC yang merupakan motosikal mereka yang mengungguli jualan dalam segmen moped 4-lejang

Reka bentuk warna dan grafik baharu ini bertujuan untuk membawa keterujaan baharu dengan penampilan menawan & sporti.

Warna baharu ini didatangkan dalam empat pilihan berbeza iaitu Biru, Merah, Hitam dan Perak.

Harga jualan asas yang disyorkan termasuk GST = RM 7,167.72 (tanpa cukai jalan, nombor plat & insurans)