Peneraju projek kereta nasional diumum MITI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Darell Leiking mengumumkan bahawa DreamEDGE Sdn Bhd sebagai syarikat utama Malaysia untuk meneraju projek kereta nasional baharu. Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat DreamEDGE di Cyberjaya, hari ini.

Kereta nasional baharu ini merupakan model baharu dengan teknologi canggih, dan akan menggunakan seni bina kenderaan sedia ada yang kompetitif dan terbukti. Projek ini merupakan pembangunan berdasarkan kerjasama teknologi dengan rakan teknik global ke arah menzahirkan teknologi kenderaan maju, dan juga perkembangan modal insan. Sebagai permulaan, kereta nasional baharu ini akan disasarkan untuk segmen Sedan C  sebagai sebuah model eksklusif yang memaparkan teknologi canggih, tetapi mampu ditawarkannya kepada orang ramai dengan harga yang menarik.

Prototaip kereta nasional ini akan dipertontonkan kepada umum pada akhir bulan ini.
Dari sudut pandangan Kerajaan, projek kereta nasional ini adalah pemangkin kepada perindustrian negara, untuk merangsang penyertaan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi canggih. Ini akan mewujudkan peluang baru bagi para  vendor dan bakat tempatan untuk menjadi sebahagian daripada rantaian nilai teknologi tinggi. Lebih penting lagi, peniaga tempatan dapat meneroka aktiviti dalam persekitaran yang kondusif, meminimumkan risiko yang berkaitan dengan pelaburan yang tinggi apabila operasi diasaskan secara tempatan pada peringkat awal lagi.
DreamEDGE telah menyediakan kerjasama strategik teknikal dan jangka panjang untuk menyokong pelanggan di dalam dan di luar Jepun, dengan jurutera Malaysia tempatan yang berpusat di Jepun. Sepanjang sejarahnya selama 10 tahun, ia telah membina sebuah pasukan pembangunan dalaman yang mampu memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, dari idea untuk prototaip hinggalah ke pengeluaran besar-besaran.

Syarikat ini juga berkeupayaan dan mempunyai pengalaman dalaman yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan automotif hujung ke hujung, melalui tenaga kerja yang mahir yang mampu menawarkan masa pengeluaran yang lebih singkat dan dipercepatkan dalam menyampaikan projek-projek kejuruteraan. DreamEDGE telah membina pengalaman dalam pelbagai aplikasi melalui penubuhan reka bentuk mekanikal dan kejuruteraan proses berbilang menegak, memotong dan merentas dalam industri Minyak & Gas, Rel, Pertahanan, Bangunan Kapal & Pembaikan dan Pergigian Digital.di samping keupayaannya dalam penyelidikan dan pembangunan motorsport dan kenderaan yang cekap tenaga.

Syarikat itu juga telah membangunkan keupayaan robotik dan meningkatkan keupayaan reka bentuk realiti yang menambah nilai kepada pembuatan pintar bagi industri automotif.

Kereta nasional baharu ini akan direka bentuk dan dibangunkan sepenuhnya oleh para jurutera Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada sistem antara muka dalaman, serta penurunan bunyi bising, getaran & kekasaran (NVH) dan pengendalian penumpang (R & H). Daihatsu Motor Company akan memberikan sokongan teknikal kepada DreamEDGE dalam teknologi canggih.