Decha terpantas namun Zaqhwan kekalkan momentum

Pelumba Thailand, Decha Kraisart beraksi cemerlang pada hari pertama saingan Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) setelah muncul pelumba terpantas dengan catatan 1;39.586s sambil pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi turut memperaga aksi konsisten dengan catatan kedua terpantas dalam kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand hari ini.
Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda yang turun ke litar dengan misi merebut gelaran juara keseluruhan melakukan catatan terbaik 1'39.716s diikuti rakan sepasukan Decha dari pasukan Yamaha Thailand Racing, Chalermpol Polamai, 1'39.830s. Pendahulu keseluruhan, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS With WOW turut beraksi cemerlang dengan catatan keempat terpantas, 1'39.889s.
Namun bagi Zaqhwan, dia lebih memberikan tumpuan terhadap Koyama berbanding Decha. "Saya tidak begitu bimbangkan Decha sekalipun dia agak laju pada hari ini sebaliknya saya lebih memberi tumpuan terhadap Koyama kerana kami sama-sama sedang bersaing untuk mengejar gelaran juara keseluruhan," jelas Zaqhwan.

Tambahnya, "Cuaca minggu ini juga agak sejuk dan mungkin memberikan sedikit kesukaran kepada saya pada perlumbaan sebenar nanti. Saya perlu memilih tayar yang sesuai memandangkan dalam cuaca sejuk seperti ini, tayar perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan cengkaman yang baik dan pada masa sama saya perlu kekal konsisten  pada setiap pusingan. Saya jangkakan perlumbaan minggu ini sangat mencabar dan saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan tidak kira strategi, pemilihan tayar atau ketika di litar."
Rakan senegara yang masih mampu memberikan cabaran untuk merangkul gelaran keseluruhan, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeART Racing Kawasaki) mencatat masa kelima terpantas dengan catatan 1'39.898s manakala pelumba Kejuaraan SuperSports Dunia (WSS) negara, Zulfahmi Khairuddin yang beraksi secara wildcard turut memberikan saingan apabila sekadar ketinggalan 0.765s di belakang pendahulu dengan catatan 1'40.351s.
"Saya gembira dengan peluang beraksi di Buriram minggu ini. Saingan hari pertama agak baik untuk saya dan masih banyak ruang untuk diperbaiki memandangkan ini kali pertama saya beraksi dengan jentera pasukan BikeART Racing Kawasaki ini. Pasukan telah bertungkus lumus untuk menyediakan jentera terbaik dan saya jangka dapat memberikan aksi lebih baik pada sesi kelayakan esok," jelas Zulfahmi.


Saingan kelas SuperSports 600cc dikuasai juara keseluruhan, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa 1'53.920s diikuti pelumba Yamaha Racing Indonesia, Galang Hendra Pratama dan Takehiro Yamamoto (TRICKSTAR Racing), masing-masing dengan catatan 1'55.594s dan 1'55.968s.
Pendahulu, Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) muncul pelumba terpantas kelas Underbone 130cc dengan masa 2'09.309s diikuti dua pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham (UMA Racing Yamaha Maju Motor) dan Md Shah Khairil Hisham (FELDA PB Racing) dengan masa 2'10.719s dan 2'11.363s.

Keputusan:

SuperSports 600
1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1'39.586s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1'39.716s
3. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1'39.830s
4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 1'39.889s
5. Azlan Shah Kamruzaman (MAS) Kawasaki 1'39.898s
*10. Zulfahmi Khairuddin (MAS) Kawasaki 1'40.351s
Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 1'53.920s
2. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1'55.594s
3. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 1'55.968s
4. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 1'55.976s
5. Ayumu Tanaka (JPN) Kawasaki 1'56.059s
Underbone 130cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 2'09.309s
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 2'10.719s
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS) 2'11.363s
4. Md Haziq Fairues (MAS) 2'11.679s
5. Md Adib Rosley (MAS) 2'12.016s

Jaguar F-Pace hebat!

Saksikan sendiri beberapa video mengenai Jaguar F-Pace yang baru dilancarkan di Malaysia semalam.







Tanpa tunai masih boleh naik Grab


Kredit GrabPay tentunya memudahkan mereka yang kekurangan tunai, dengan pilihan nilai tersimpan untuk kegunaan dalam aplikasi Grab. Kredit GrabPay membolehkan penumpang menambah-nilai melalui perbankan dalam talian, rangkaian ATM tempatan, kedai-kedai, e-dompet dan kad kredit / debit. Kredit GrabPay membolehkan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Bagi ibu bapa pula kini mudahlah untuk membeli top-up untuk anak-anak mereka untuk menggunakan perkhidmatan Grab tanpa tunai
Penumpang yang mahu menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik boleh memilih untukmenambah-nilai jumlah yang tetap untuk perkhidmatan Grab setiap minggu / bulan
Penumpang kini tidak perlu membawa wang tunai fizikal secara fizikal, terutamanya bagi mereka yang keluar lewat malam. Bagi mereka yang tidak biasa dengan pembayaran tanpa tunai dan amat berhati-hati dalam perkongsian butiran kad kredit pula, ini merupakan satu pilihan yang lebih selamat.


Kredit GrabPay boleh ditambah-nilai secara atas talian atau di beribu-ribu lokasi  pilihan-pilihan berikut:
Perbankan dalam talian: Affin Bank, Am Online, Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, Public Bank dan RHB Now
kedai-kedai: kedai 7-Eleven dan Kedai Mesra Petronas
Kad dan e-Dompet: MasterCard, Visa, American Express dan China Union Pay

Kymco Downtown 250i diedar EMOS




























Modenas Karisma 125

Skuter Modenas terbaharu adalah Karisma 125 dengan enjinsatu silinder 125cc yang menjana 9.4 hp pada 7,500 rpm. Suketr kecil ini mempunyai port USB untuk mengecas peranti elektronik. Sistem kuncinya mengawal pelbagai peralatan seperti kunci utama, pelana dan sebagainya. Modenas Karisma 125 didatangkan dalam dua warna - merah terang dan putih mutiara - dan dijual pada harga  harga asas RM4,980 atau RM5,278 atas jalan termasuk GST.