Honda EX5 Edisi Terhad hanya 2,000 unit kan dijual

Motosikal lagenda Honda EX5 telah mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987.  Nyata terbukti ketahanan dan meyakinkan  Honda EX5 menjadi sebahagian daripada kenderaan mobiliti yang telah membanggakan serta menggembirakan lebih 2 juta rakyat Malaysia selama ini.

Bagi meraikan model berstatus legenda ini, Boon Siew Honda kini memperkenalkan edisi terhad Honda EX5 ini. Model edisi terhad ini akan tersedia dalam warna emas sebagai tanda peringatan khas sempena ulang tahun ke-35. Edisi ini mempamerkan imej gaya klasik dengan gabungan gaya retro dan premium.

Honda EX5 Edisi Terhad ini dikuasakan oleh enjin 110cc silinder tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 6.37 Kw pada 7,500 rpm dan tork setinggi 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Honda EX5 ini juga mengunakan Programmed Fuel Injection (PGM-Fi) Honda, yang menyumbang kepada peningkatan tahap kecekapan pembakaran bahanapi yang optimum sambil mengurangkan pelepasan karbon. Pengeluaran Honda EX5 2022 akan dihadkan kepada 2,000 unit sahaja dan akan dijual secara eksklusif dalam roda versi Spoke dan warna Extravagant Gold Metallic.

Ia akan ditawarkan pada harga RM 5,198 iaitu harga yang disyorkan dan  tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu)


Spesifikasi

Model Honda EX5 Edisi Terhad

ENJIN

Jenis Silinder Tungal, Penyejuk Udara, SOHC 4-Strok 2 Valv

Sesaran Enjin (cm³) 109.17

Gerek & Lejang (mm) 50.0 X 55.6

Nisbah Mampatan 9.3 : 1

Kuasa Maksima (kW/rpm) 6.37 @ 7,500

Tork Maksima (rpm) 8.62 @ 5,500

Muatan Minyak

Enjin (ℓ)

Selepas Ditanggalkan 0.8

Selepas Pembuangan 1.0

SISTEM BAHAN API

Sistem Bahan Api PGM-FI (Programmed Fuel Injection)

Muatan Minyak Petrol (ℓ) 4.3

SISTEM ELEKTRIK

Sistem Panghidup Penghidupan Elektrik Auto atau Manual

Kapasiti Bateri (A.h) 3

Keluaran ACG (V) 12

TRANSMISI KUASA

Klac Klac Empar Automatik

Transmisi 4 Transmisi Manual – Jaringan Berterusan

CASIS

Bentuk Kerangka Casis Tulang Belakang

Dimensi (P x L x T) (mm) 1,923 x 696 x 1,046

Jarak Roda (mm) 1,212

Ketinggian Tempat Duduk (mm) 747

Jarak Dari Jalan (mm) 138

Berat Tanpa Muatan (mm) 97

SUSPENSI, RODA & BREK

Suspensi

Depan Fork Teleskopik

Belakang Berkembar

Ukuran Rim

Depan 17 M/C x MT 1.40

Belakang 17 M/C x MT 1.60

Tayar

Depan 70/90 - 17 M/C 38 P (berseta tube)

Belakang 80/90 - 17 M/C 50 P (beserta tube)

Jenis Brek

Depan Gendang Trailing

Belakang Gendang Trailing




Pertamina Grand Prix of Indonesia dari 2022 - 2024

 

Selepas lebih dua dekad, Kejuaraan Dunia FIM MotoGP™ kembali ke Indonesia pada 2022 apabila Litar Pertamina Mandalika kan menjadi tuan rumah.  Indonesia adalah salah satu pasaran terpenting untuk MotoGP™, dengan keghairahan yang luar biasa untuk perlumbaan motosikal di kalangan penduduknya yang lebih daripada 270 juta, dan Grand Prix Pertamina Indonesia pasti dijamin untuk menjadi salah satu lokasi yang paling rancak.  pada kalendar MotoGP™.

Perjanjian penaja utama baharu ini mengukuhkan lagi kehadiran Pertamina dan Indonesia dalam sukan itu, selain penajaan Pasukan Pertamina Mandalika SAG dalam Kejohanan Dunia Moto2™ dan venue baharu Mandalika itu sendiri.  Grand Prix Pertamina Indonesia memastikan Pertamina, Indonesia dan pulau Lombok kekal di hadapan dan tengah di pentas antarabangsa.