SuperKIP jalani pembedahan kedua

Pelumba PETRONAS Sprinta Khairul Idham Pawi telah menjalani pembedahan ke atas kecederaan tangan kanannya semalam 13 Ogos 2019 di Hospital Universiti Dexeus di Barcelona untuk membantu menstabilkan kecederaan yang dialami di Grand Prix Sepanyol pada bulan Mei lepas. Pembedahan ini adalah yang kedua ya
perlu dilalui pelumba Malaysia tersebut sebagai sebahagian daripada program pemulihannya yang intensif.

Pembedahan itu telah disempurnakan oleh Dr Xavier Mir dan pasukannya dari Jabatan Traumatologi ICATME, memasukkan skru ke tulang belakang jari kecil KIP. Bercakap selepas pembedahan selama dua jam itu, Dr Mir berkata: "KIP telah melalui pemotongan separa pada jari telunjuknya tiga bulan yang lalu, dan setakat ini pemulihannya adalah memberansangkan dan struktur vaskular jari telah sembuh dengan baik. Pembedahan kedua akan membantu pembinaan semula tulang dengan menetapkan phalange di tempatnya. "

KIP kini akan kembali ke Malaysia untuk memulakan pemulihan dan rehabilitasinya, dan akan kembali beraksi semula ke kejohanan Moto2 2019 sebaik sahaja dia layak sepenuhnya.