PUSPAKOM perkenalkan urusniaga pembayaran tanpa tunai

PUSPAKOM akan memperkenalkan urusniaga pembayaran tanpa tunai, serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit dan tanpa kertas di pusat-pusat pemeriksaannya.

 Pelaksanaan urusniaga digital ini jalankan secara berperingkat mulai 5 April 2021 di pusat-pusat pemeriksaan PUSPAKOM di Wilayah Tengah sebelum diperluaskan ke pusat-pusat pemeriksaannya di seluruh negara. Ianya merupakan inisiatif PUSPAKOM bagi menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan mesra alam di kaunter-kaunter mereka. Ia juga mempermudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk pemeriksaan mereka tanpa membawa tunai, di samping mengurangkan penggunaan bahan kertas bagi mencetak resit serta laporan pemeriksaan.

 Melalui sistem tanpa tunai, pelanggan tidak perlu lagi menyediakan wang kertas atau syiling, yang menjimatkan masa proses pembayaran selain lebih selamat. Sistem tanpa kertas pula lebih mesra alam kerana mengurangkan penggunaan kertas; resit dan laporan pemeriksaan akan di e-mel kepada pelanggan.