Tracer 900GT kini model perdana Hong Leong Yamaha Motor

Hong Leong Yamaha Motor mengorak langkah pertama tahun baharu 2019 dan juga Tahun Baharu Cina dengan pelancaran model perdana terbaharu Yamaha Big Bike iaitu Tracer 900 GT.

Yamaha Tracer 900 GT baharu ini menawarkan kedudukan menunggang yang tegak dan pengendalian ringan, dan direka untuk keupayaan perjalanan jauh yang lebih baik dan juga pengalaman menunggang yang selesa.
Pelancaran itu dilaksanakan oleh Pengarah Urusan HLYM Dato' Jim
Khor,  dan Pemimpin Projek dari Yamaha Motor Europe Encik Maurizio Ghezzi,
yang bertanggungjawab dalam pembangunan jentera sports touring yang baharu ini.

"Pengenalan Tracer 900GT adalah usaha Hong Leong Yamaha untuk terus berinovasi
gaya hidup mobiliti peminat motosikal Malaysia, " kata Dato 'Jim.

Motosikal Tracer 900 GT dilengkapi dengan enjin 3 silinder 847cc dan dibekalkan ciri-ciri baharunya seperti berikut:
1. Pengalih Gear Pantas - Quickshifter
2. Pemanas Pemegang Hendal
3. Penghadang angin (Visor) boleh laras
4. Sistem Kawalan Kruis (Cruise Control)
5. Paparan Instrumen Transistor Nipis (TFT)
6. Sistem gantungan depan  boleh laras sepenuhnya
7. Kawalan jauh prabeban penyerap kejutan belakang
Paling menarik, dengan segala kelengkapan ini, model 900 cc ini ditawarkan dengan harga asas hanya RM58,888!