Honda CB500XA untuk 2017 kini tersedia

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) kini memperkenalkan model 2017 Honda CB500XA yang dilengkapi dengan Muffler dan Warna Baharu
Model 2017 CB500XA akan dilengkapi dengan selongsong muffler baharu akan ditawarkan dalam tiga warna baharu: Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red and Pearl Horizon White (Baharu untuk CB500XA)
Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair dwi selari dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang akan memberi pengalaman yang terbaik untuk penunggang jentera besar ini. Proposi segi tiga ‘crankshaft’, shaft utama dan countershaft adalah serupa dengan Honda empat-cylinder RR enjin dan reka bentuk dalaman dan kejuruteraannya di ambil dari model CBR600RR dan CBR1000RR.
Kuasa ringan yang dibina khas ini yang mengunakan gerek dan lejang 67mm x 66.8mm menawarkan tujahan kuasa 37kW pada 9,000 rpm, manakala daya tork maksimum adalah 44Nm pada 7,500 rpm. Saiz Gerek 67mm adalan seiras dengan model CBR600RR. Reka bentuk piston berasaskan dari CBR1000RR untuk menurunkan bunyi piston semasa rpm tinggi. 3. Selain daripada lampu LED depan dan belakang, ia juga membawa tangki minyak 17.5 liter yang membolehkan penunggang untuk menunggang pada jarak yang lebih jauh.
Model ini boleh didapati di Pegedar Impian Honda mulai 9 August 2017 dan harga bermula daripada RM 31,893.28 (CB500X – Jenis Standard) ke RM 35,391.28 (CB500XA – Jenis ABS). Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Honda CB500X, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   Atau hubungi talian pelanggan1800-88-3993 (Isnin ke Jumaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum)



Mitsubishi panggil balik Pajero dan ASX

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia meminta pemilik 128 unit Mitsubishi Pajero Exceed yang dihasilkan dari 2010-2014 untuk datang bagi melakukan penggantian pengembung beg udara pemandu.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), menjelaskan bahawa langkah proaktif ini adalah sebahagian daripada kempen panggil-balik yang melibatkan beg udara Takata di seluruh dunia. Sesetengah beg udara pemandu tersebut berkemungkinan membebaskan serpihan logam apabila diaktifan, dan mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu.

"Keselamatan adalah keutamaan kami, dan MMM mengambil inisiatif ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan menyesali kesulitan yang dihadapi pelanggan yang terjejas. Usaha ini adalah untuk membolehkan penggantian pengembung beg udara pemandu dengan unit yang lebih baik," katanya
 Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

MMM turut juga akan menjalankan dua pembaikan lain secara berasingan. Pebaikan pertama adalah melibatkan spring pintu ekor untuk kenderaan SUV kompak ASX yang dikeluarkan dalam tahun 2010-2015 dan bagi  dan Pajero Sport yang dikeluarkan pada tahun 2010-2016. Latihan ini adalah perlu untuk menggantikan spring yang rosak akibat salutan anti karat yang tidak memadai.
Kempen pembaikan kedua pula adalah untuk gantian motor pengelap cermin SUV kompak ASX yang mungkin membenarkan resapan air dan mengakibatkan hakisan kepada bahagian dalaman motor pengelap dan menyebabkannya gagal beroperasi.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi yang terjejas dan kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Semua pelanggan terjejas disarankan untuk membuat temujanji di mana-mana Pusat Servis Mitsubishi Motors yang bertauliah untuk penggantian di atas. Senarai pusat perkhidmatan dan maklumat lanjut boleh diapat i di www.mitsubishi-
Motors.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan mereka di 1-800- 18-6611 (Isnin hingga Jumaat)
Jumaat, 9:00 pagi hingga 5.00 petang).

BMW G 310 R akhirnya tiba

 BMW Motorrad Malaysia bakal memperkenalkan BMW G310R serba baharu pada hujung minggu ini, Sabtu, 12 dan Ahad, 13 Ogos 2017 di Sepang Motorcross Track. Lokasi tersebut bkal menyaksikan Pusingan Kelayakan peringkat Malaysia bagi kejohanan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara.

G 310 R serba baharu ini dikatakan sebagai Roadster BMW bawah 500 cc yang dinanti nanti kehadirannya dalam pasaran negara.

BMW G 310 R ini berbekalkan karekter sebuah roadster BMW, namun masih disasarkan sebagai sebuah motosikal premium daripada BMW bagi menawarkan prestasi dinamik dan keselesaan, sama ada ketika ditunggang di bandar atau laluan kampung.

Dikuasakan oleh enjin 313cc satu silinder sejukan cecair, empat injap, DOHC suapan sutikan bahanapi elektronik bersesaran . Gerek 80 milimeter dan lejang 62.1 milimeter menghasilkan sebuah enjin 'oversquare' yang diletakkan dalam kedudukan terbalik dalam reka bentuk dek terbuka dengan kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah. Ini membolehkan  salur kemasukan diposisikan menghadap ke depan, ke arah pergerakan motosikal. Ia menjanjikan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7 500rpm, bagi memacu jentera seberat 158.5 kilogram basah ini. Pemetaan enjin BMW G 310 R serba baharu telah ditala semula untuk memenuhi piawaian pencemaran EU4. Kadar penggunaan bahan api kekal pada 3.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

Suspensi roda hadapan menggunakan tupang atau fork jenis terbalik (upside-down) manakala roda belakang diapung lengan ayun aluminium bersama tupang berspring gegelung yang dipasang terus di atas. Kerangka tiub besi utamanya dipadankan dengan kerangka belakang jenis diikat skru (bolt-on).

Sistem brek ABS merupakan ciri standard kesemua motosikal BMW. ABS dua saluran ini mengawal roda hadapan dengan brek cakera tunggal 300mm bersama angkup empat omboh, dan diimbang oleh angkup terapung 2 omboh bersama cakera brek bersaiz 240 milimeter di roda belakang. Kluster instrumen G 310 R terdiri daripada paparan cecair kristal yang menawarkan bacaan yang jelas untuk pelbagai jenis maklumat. 

BMW G 310 R akan dilancarkan secara rasmi hujung minggu ini dan bakal berada di semua bilik pameran sah BMW Motorrad mulai minggu depan.





Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST) bagi motosikal baharu BMW Motorrad ini ialah:

            BMW G 310 R                                    -                       RM 26,900.00

Lightning LS-2 Motosikal pengeluaran terpantas di dunia

Siapa yang membuat motosikal pengeluaran yang terpantas? Persoalan ini sering dijadikan modal untuk meningkatkan penjualan motosikal selama beberapa dekad. Walaupun sejak kelajuan motosikal mencapai 300 kmj pada akhir tahun 1990-an, ia telah lama hilang kaitannya dengan dunia sebenar menunggang. Namun begitu ia tidak bermakna orang tidak lagi peduli. Jauh sekali dari itu.
Kawasaki H2R memang merupakan sebuah motosikal pengeluaran. Tetapi ia tidak diluluskan untuk kegunaan di jalan raya. Motosikal elektrik Lightning  LS-218 kekal hingga ke hari ini sebagai motosikal pengeluaran kegunaan jalanraya yang paling pantas di bumi. Namun setelah sering disebut sebut telah dikalahkan Kawasaki H2R sebanyak 3.2kmh di Bonneville, Lightning ini telah membuatkannya menjadi jauh lebih laju.

Kita boleh saksikan sendiri video kelajuan 400 kmj dalam iklan yang persembahkan oleh Kawasaki dalam ujian terkawal. Di lapangan bergaram di Bonneville, di mana semua jentera ujian menghadapi keadaan yang  sama dengan peralatan yang sama, 310 kuasa kuda Kawasaki H2R mampu memacunya selaju 354 kmj di ujian Speed Week minggu lepas.

Walaupun H2R tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya, ia masih menjadi motosikal yang disebut sebut sebagai jentera terpantas dalam dunia enjin pembakaran dalaman. Kini, Lightning tampil untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dominasi enjin pembakaa dalaman pembakaran sudah berakhir.

Pengasas dan CEO Lightning, Richard Hatfield telah memutuskan untuk membina versi "R" mereka sendiri iaitu LS-218. Walaupun hanya berbekalkan 200 kuasa kuda, motosikal elektrik ini terasa jauh lebih kuat daripada menunggang sebuah motosikal konvensional dengan enjin pembakaran dalaman, kerana motorsikal elektrik menghasilkan tork maksimum secara segera sejak mula pendikit dikilas lagi. Motosikal versi "R" Lightining baru-baru ini berjaya menghasilkan sekitar 250 hp ata kuasa kuda, tetapi Hatfield percaya ia akan mampu menghampiri angka 300 dalam seminggu lagi, apabila Lightning membawanya ke Bonneville untuk mengetahui betapa pantasnya ia, sebelum menamakannya.

Pada masa ini dirujuk sebagai LS-2??R, jentera ini telah berjaya mencapai 341kmj di litar tanah di El Mirage. Oleh itu, pasukan Lightning nampaknya mempunyai peluang yang baik di litar rata bergaram Bonneville untuk mencipta rekod motosikal pengeluaran baharu dalam beberapa minggu akan datang yang akan memadamkan semua keraguan siapa yang leih pantas.