Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu dilancar

Shell Rimula merupakan peneraju pasaran bagi minyak enjin diesel tugas berat di Malaysia dan di peringkat global. Rangkaian Light Duty yang baharu menandakan penyertaan Shell Rimula dalam segmen pelincir pengguna.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan berkata sebahagian besar jualan kenderaan komersil yang baharu di Malaysia terdiri daripada pikap dan trak ringan.

“Pikap sekarang bukan terhad kepada penggunaan komersil sahaja.  Ia menjadi pilihan popular bagi mereka yang menggemari gaya hidup aktif di luar rumah.  Rangkaian Shell Rimula Light Duty yang baharu menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang lebih baik, selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan,” dia berkata.
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan.

Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology. Minyak pelincir ini dirumuskan khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan melahu dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat.

Shell Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil. Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4x4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel bebas yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell. 

Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 disediakan dalam bekas 7.5-litre, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan, sekaligus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak. 

Harga runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120.00 di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak.  Harga Shell Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM196.50 (Sabah dan Sarawak).