Kedai Givi Point kini ada di Johor Bahru

Kedai GIVI Point kini dibuka di selatan tanahair, yang terletak di di Jalan Tampoi Johor Bahru. Kedai rasmi GIVI ini merupakan krdai yang ketiga selepas GIVI Point Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Perasmian di sempurnakan oleh Pengarah Operasi Internasional GIVI, Joseph Perucca bersama Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Outlet terbaharu Givi ini dibuka di Johor , yangmerupakan salah satu pasaran
terpenting bagi GIVI di Malaysia sebagai pusat sehenti yang dapat menempatkan semua produk rasmi GIVI beserta sekaligus dapat melakukan servis pemasangan aksesori secara percuma.

“Sebenarnya kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan kedai rasmi GIVI Point, "  katakata Hai Swee.  "Pada masa depan, pasti kami akan menambah cawangan GIVI Point ke seluruh negara
sesuai dengan permintaan itu."
Joseph Perucca menambah,” Ibu pejabat GIVI di Itali sangat berpuashati dengan pengukuhan pasaran barangan kami di Asia, khususnya di Malaysia ini. Kami memberi sepenuh sokongan kepada pasaran di sini kerana ia merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia, dan banyak jenama terkenal motorsikal dunia juga memandang Asia dan Malaysia sebagai lokasi penting untuk pengembangan jenama dan jualan”.
Di acara sama penyampaian hadiah untuk peraduan GIVI Cielo Yuzy Racing telah diadakan. Pemenang hadiah utama iaitu En Nazeri bin Mohd Isa berjaya membawa pulang sebuah motorsikal Honda RS150R Versi Cub Prix. Hadiah kedua di menangi oleh Mohd Aliff Hakeem yang memenangi sebuah helmet mukapenuh fullface carbon fibre versi Yuzy Racing dan hadiah ketiga di menangi oleh Muhamad Herise Eyzhamsahfiq yang akan menikmati makan malam bersama pasukan Yuzy Racing.

Hadiah hadiah ini telah disampaikan oleh bekas pelumba dunia, Shahrol Yuzy sendiri. Peraduan berkenaan terbuka kepada
pembeli helmet versi terhad Yuzy Racing yang diadakan pada tahun lalu.