Hong Leong Yamaha Motor kini menawarkan Yamaha MT-09 Tracer yang dipasang tempatan. Motosikal 847cc tiga selinder empat lejang sejukan cecair ini merupakan model keempat yang dipasang di kilang mereka di Sg Buloh selepas siri XJ6, MT-07 dan MT-09 sebelum ini, dan model ketiga dalam siri Master Of Torque ini merupakan model perdana mereka setakat ini.
Seberat hanya 190kg, ia dilengkapi dengan kawalan cengkaman (traction control system) dan brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard. Pada harga asas RM 52,000 (termasuk GST), ia nya akan mula ditawarkan mulai minggu hadapan dalam dua warna iaitu biru dan juga kelabu legap.