Lorenzo kembali menggegarkan Litar Sepang untuk mendahului sesi ujian pertama MotoGP 2012




Penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo kembali ke persada MotoGP, dengan mencatatkan masa yang terbaik bagi jentera 1000 cc dalam sesi ujian pertama di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.Beliau tidak beraksi dalam tiga pusingan akhir tahun lalu berikutan kecederaan jari di Australia.

Semalam, syarikat minyak Jepun Nippon Oil & Energy JX Corporation telah mengumumkan untuk menjadi penaja pasukan Yamaha bagi musim 2012. Lorenzo mencatatkan masa 2:01.657 dengan jentera YZR-M1 pada pusingan 19, dengan penunggang Repsol Honda Dani mengekori 0.346saat di belakang selepas 44 pusingan. Cal Crutchlow,dari pasukan Yamaha Tech berada di tempat ketiga dengan masa 2:02.221 dengan Ben Spies mendahului Valentino Rossi yang menunggang Ducati Desmosedici GP12.

Andrea Dovizioso yang menunggang Yamaha Tech 3 membuktikan bahawa beliau berada dalam keadaan memberangsangkan untuk pemulihan selepas menjalani pembedahan pemasangan plat tulang selangka nya, apabila menamatkan latihan hari ini di tempat keenam dengan masa terbaik 2:02.751 pada 16 pusingan selepas selesai 20 pusingan.

Cuaca lembap pada waktu pagi telah membuat para pelumba menunggu untuk membuat penampilan pertama di trek sehingga lah lewat pagi. Hanya juara bertahan Casey Stoner yang menanti keadaan cuaca pulih sebelum membuat penampilan nya.

Stoner telah menghabiskan pusingan ke-14 dengan masa 2:07.163. Pelumba Australia itu juga berpuas hati dengan peningkatan yang telah dibuat pada jenteranya sejak ujian pada bulan November lepas. Jenteranya turut diuji pelumba Kousuke Akiyoshi yang membuat 3 pusingan dengan jentera Stoner.

Selepas dua bulan berehat, paddock MotoGP kembali beraksi hari ini dengan Ujian rasmi pertama bagi musim 2012 yang bermula di Litar Antarabangsa Sepang. Kehadiran pasukan pengeluar telah memberi peluang bagi pembangunan jentera baru 1000cc, di samping kehadiran beberapa pasukan baru yang bertanding dengan jentera CRT MotoGP.