Myvi baharu tawar harga terbaik bagi keselamatan dan cirinya


Perodua Myvi baharu membuat penampilan global pertamanya di Putrajaya hari ini. Myvi yang direkabentuk sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menerima 5,000 tempahan setakat ini, dan sebahagian besarnya iaitu 78% merupakan varian 1.5 liter berbanding varian 1.3 liter. Dianugerahkan penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikannya salah satu kenderaan dengan nilai untuk wang yang terbaik dalam julat harganya.


Myvi serba baharu ini ditawarkan pada harga RM44,300 hingga RM55,300 dan boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.
Kereta terbaharu di dalam pasaran negara ini menawarkan teknologi moden, reka bentuk berjiwa muda, ruang serbaguna yang luas dan sistem keselamatan pintar. Myvi model terdahulu merupakan model terlaris di Malaysia selama 9 tahun berturut-turut.
"Model baharu ini menggunapakai teknologi yang sebelum ini hanya tersedia dalam kereta premium, dan Myvi serba baharu ini juga menetapkan penanda aras bagi kami dari segi kualiti, reka bentuk dan penawaran keseluruhan untuk model masa depan kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Aminar menambah bahawa Perodua berhasrat menjual purata 6,000 unit bulanan.
Antara ciri utama Perodua Myvi serba baharu termasuklah sistem amaran keselamatan berbantu Advanced Safety Assist (A.S.A), yang mempunyai 4 fungsi utama. Pra-Amaran akan memberi amaran kepada pemandu bahawa akan kemungkinan perlanggaran berlaku. Brek Pra-perlanggaran Pre-Collision Braking membantu pemandu dengan mengaktifkan brek jika pemandu masih tidak menyedari perlanggaran yang akan berlaku.
Pemberitahu Depan Berlepas memaklumkan pemandu bahawa kenderaan di depan telah bergerak. Ini amat berguna dalam trafik yang sibuk sekiranya pemndu kurang embei tumpuan kepada keadaan trafik di hadaannya. Akhir sekali, Kawalan Salah-operasi Pedal. Sekiranya pemandu tidak sengaja memilih geaar memandu ke hadapan D (Drive) dan bukannya undur R (Reverse) apabila terdapat halangan di hadapan seperti dinding, ciri ini akan membantu membantutkan enjin jika pedal pendikit ditekan.

"Ciri-ciri ini julung kali ditawarkan untuk segmen harga ini, namun keselamatan masih lagi tanggungjawab pemandu sepenuhnya dan sistem itu hanya hadir untuk membantu," kata Datuk (Dr) Aminar. Ciri-ciri ASA adalah agak terhad kebolehgunaannya kerana kamera stereo yang menghadap ke hadapan hanya akan beroperasi di bawah keadaan yang sesuai. Ciri-ciri mesra-Malaysia yang lain yang terdapat pada Myvi baharu ini termasuklah pembaca tol kereta terbina dalam, yang merupakan yang pertama bagi Perodua dan cangkuk anti-kecurian yang telah membuat kemunculannya di pada Perodua Axia pada tahun 2014. Ciri ASA dan pembaca tol terbina dalam hanya boleh didapati di Versi Advance.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Perodua adalah pembuat kereta kompak terkemuka di Malaysia. Syarikat itu merekabentuk kereta untuk gaya hidup tempatan dan membina mereka untuk memenuhi standard kualiti industri yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman memandu Perodua, sila layari www.perodua.com.my atau hubungi kami di 03 - 6092 8888 sambungan 5777/5392/3046
































Pusingan akhir Yamaha Petronas Super Series turut dijangka hebat

 Seperti mana Cabaran NVX, 25 mata maksimum yang ditawarkan di Bandar Penawar kelak masih menjanjikan peluang bagi enam pelumba teratas Kejohanan Yamaha Petronas Super Series Musim 2017 ini. Namun saingan kejohanan ini juga akan tertumpu kepada tiga pelumba teratas iaitu Md Aiman Aziz (No 4) dengan 100 mata kini, Md Usammah Md Narzam (No 14) dengan 95 mata dan Md Adib Md Asri (3) yang akan ke Johor dengan 92 mata.
Aiman mempunyai rekod tanpa kalah dalam empat pusingan terawal musim ini, namun gagal menamatkan perlumbaan dua perlumbaan berikutnya dan tamat tercorot dalam perlumbaan terakhir di Jempol tempohari. Beliau dicabar pelumba yang telah memenangi dua perlumbaan terakhir iaitu Md Usammah yang juga telah empat kali menaiki podium musim ini setanding Aiman. Pun begitu, cabaran dari Adib juga tikdak harus diketepikan mereka, begitu juga dengan Zaifi Zaini yang pernah menjuarai Pusingan 6 tempohari.
Para pelumba muda ini tentunya akan berusaha sebaik mungkin bagi menempah tiket untuk melanjutkan karier mereka dalam sukan bermotor, dan Pusingan 10 di Bandar Penawar pastnya akan menjadi titik tolak penting dalam perhatian pencari bakat dari pasukan lain untuk melamar mereka sebagai pelapis bagi musim yang akan datang.

Apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka, dan berlumbalah dengan penuh semangat kesukanan!

Cabaran NVX akhir dijangka sengit

Berikutan pembatalan Pusingan 9 di Batu Kawan akibat bencana alam yang melanda tempohari, saingan untuk kejuaraan keseluruhan musim 2017 kiniterbuka kepada enam pelumba yang menduduki senarai teratas carta keseluruhan.

25 mata maksimum yang ditawarkan di Bandar Penawar kelak malah mungkin menobat pelumba di tempat keenam, M Fariszul Hasmi yang menunggang jentera bernombor 12 dan juga rakan rakannya Md zairul Kazzreen dan Alim Akmal Md Zumail, walaupun mereka mungkin akan terpaksa mengharapkan para pendahulu teratas gagal mengutip sebarang mata bagi membuka peluang kejuaraan untuk mereka.
Namun begitu, perhatian tentunya akan tertumpu kepada tiga pelumba teratas dalam carta kutipan mata iaitu Md Muazim Shah S. Anuar yang menunggang motosikal nombor 17 dan mewakili NVX Sheng Kong Motor yang akan ke Johor berbekalkan 48 mata. Beliau diikuti Md Shafiq Kamaruzzaman yang menunggang motosikal bernombor 14 untuk pasukan NVX Berjaya Mega yang kini telah mengumpulkan 44 mata, dan diekori Md Harith Rosmaza dengan motosikal nombor 13 juga untuk pasukan NVX Berjaya Mega.

Muazim dan Shafiq tentunya penuh semangat untuk merangkul kejuaraan cabaran yang diadakan julung kalinya ini, dengan hanya empat mata memisahkan mereka, namun akan perlu berhati hati untuk memastikan penamat yang positif agar tidak tersingkir dan gagal menutip mata atas sebab sebab yang tak diingini atau remeh. Bagaimana kesuahannya? Sama sama kita nantikan Ahad ini!




Maju Motor sah terbaik

Menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November ini, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor membuktikan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik negara apabila telahpun mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan berpasukan dan individu.

Kejayaan ini adalah kejayaan tahun kedua berturut-turut mereka menyapu bersih kesemua piala utama selepas turut melakukannya pada musim 2016. Sebaik tamat perlumbaan minggu ini, Kasma Daniel Kasmayuddin akan membawa pulang gelaran keseluruhan kelas perdana yang kedua selepas memenangi gelaran CP130 pada musim 2016 manakala Mohd Akid Aziz berjaya memepertahankan gelaran keseluruhan CP115 buat tahun kedua berturut-turut.
 Pencapaian ini meneruskan tradisi cemerlang pasukan Maju Motor dalam sejarah 24 tahun Kejuaraan Cub Prix dimana pasukan ini telah meraih 22 gelaran individu dan berpasukan termasuk di peringkat Asia.

Pemilik dan pengurus pasukan, Yong Ying Hoe berkata kejayaan mendominasi kedua-dua kategori sejak beberapa tahun kebelakangan ini dicapai atas kerjasama banyak pihak.

“Di atas litar nampak seperti pelumba kami melakukan dengan mudah. Hakikatnya, bukan mudah untuk meraih apa yang kami ada pada hari ini. Kerjasama semua pihak dari segi pengurusan, pelumba, rakan penaja seperti pengeluar Yamaha, rakan teknikal dan pembekal produk alat ganti berprestasi tinggi UMA Racing dan Racing Boy, PETRONAS serta lain-lain banyak membantu kami membangunkan jentera yang terbaik. Gabungan pelumba berpengalaman dan pelumba muda juga menjadi faktor penting,” katanya.
 Pasukan ini mempunyai satu lagi misi penting untuk memenangi gelaran individu kategori Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang akan berlangsung di Thailand, awal Disember nanti manakala telahpun mengesahkan gelaran mereka sebagai pasukan terbaik kategori tersebut.

Sebagai rekod, Chia Tuck Cheong merupakan pelumba pertama yang memenangi gelaran keseluruhan buat pasukan Maju Motor apabila muncul juara Expert pada tahun 1997 diikuti Md Faisal Yahya pada tahun berikutnya. Chia sekali lagi memenangi gelaran keseluruhan pada tahun 2001 manakala K. Sivanesan muncul juara pada tahun 2004.

Gelaran juara keseluruhan berpasukan pertama dimenangi pada tahun 2006 bersama-sama Md Suhadi Ali Rahmat yang turut memenangi gelaran Expert. Ahmad Fazli Sham membantu pasukan Maju Motor meraih gelaran hatrik individu dan berpasukan pada tahun 2007 dan 2008 ketika bergandingan bersama Ahmad Fazrul Sham.
 Selepas perlumbaan memasuki era empat lejang, persaingan diantara pasukan bertanding semakin sengit menyaksikan Maju Motor tidak memenangi gelaran keseluruhan dari tahun 2009 sehinggalah Kasma muncul juara keseluruhan CP115 pada tahun 2015 diikuti gelaran keseluruhan CP130 dan CP150 pada tahun berikutnya.

Cabaran Teraju Superb MOD dilancar

Saingan "SUPERB MOD Challenge" telah diwujudkan asil permintaan dari peserta MotoNation SUPERB "Walk-In Biz Pitch" yang menimbulkan minat untuk bersaing dalam pembinaan auto.

Enam usahawan bengkel bumiputera telah dipilih untuk menampilkan kreativiti dan bakat dalam Cabaran MOD SUPERB ini untuk peluang memenangi wang tunai RM80,000. Sebelum itu, kumpulan usahawan Bumiputera yang mengendalikan bengkel kenderaan telah menghadiri sesi penganjuran di mana tiga usahawan dipilih untuk membina sebuah kereta kustom dan tiga peserta lain dipilih untuk membina motosikal kustom dalam tempoh satu bulan. Mereka adalah dari kalangan lebih daripada 30 orang yang telah menyatakan keinginan untuk bersaing dalam membina kereta kustom.

Md. Fathi Hazwan Md. Ayub dari Grenade Autoworks, Mohd. Muzill Abdul Rahim (Goms Auto Services) dan Adriana Zuleika Azmi (ProDRAG Motor Sport) akan bertanding dalam kategori kereta manakala Mohamad Khairi Zainal Abidin (Eastern Bobber Custom Cycle), Mohamad Irwan Mohd. Azlan (FNG Works) dan Muhammad Khalid Musa (Rusty Factory / Arlip Motor Work) dalam kategori motosikal.

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh TERAJU dan Procara Entertainment Sdn Bhd. Pesaing masing-masing akan diberikan kereta atau motosikal yang sama untuk dikerjakan, diberi anggaran RM10,000, dan diperlukan untuk mendokumenkan keseluruhan proses binaan dalam video. Semasa pembinaan, peserta juga akan memastikan mereka mematuhi undang-undang yang sedia ada sebelum semua kenderaan diperiksa untuk kesesuaian jalannya. Mereka juga diminta untuk mempromosikan keselamatan jalanraya.

Pemenang akan dipilih pada 3 Disember semasa karnival automotif dan gaya hidup MotoNation yang akan diadakan dari 1-3 Disember di Putrajaya. Peserta akan diadili melalui pengundian dalam talian, pengundian oleh pelawat ke pameran, dan oleh panel hakim bebas dari industri automotif.

Pemenang setiap kategori akan menerima RM30,000, manakala tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah sebanyak RM10,000 dan trofi. Semua peserta juga akan diserap untuk program bimbingan perniagaan selama tiga bulan.

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera atau SUPERB TERAJU yang pertama diperkenalkan pada tahun 2014 untuk mencapai ekonomi Bumiputera yang bermakna, berdaya tahan dan mampan penyertaan dengan cara mengenal pasti dan memupuk individu dan syarikat dengan berdaya maju dan penemuan perniagaan, idea dan penemuan perniagaan dari berbagai sektor dan kategori.