Mimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 yang baru menjadi miliknya setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini.
Peraduan
yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 ini, terbuka kepada semua
pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau
minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit
dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.
"Ganjaran
ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak
sintetik sepenuhnya Shell Advance UltrMimpi menjadi kenyataan buat
juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati
Monster 797 yang baru menjadi miliknya setelah diisytihar sebagai
pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini.
Peraduan
yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 ini, terbuka kepada semua
pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau
minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit
dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.
"Ganjaran
ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak
sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer
yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan
motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut
apabila menerima panggilan yang memaklumkan berita baik ini. Saya sangat
teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster
ini," kata Khairil, pemenang Hadiah Utama.
Peraduan
Beli dan Menang Shell Advance bertujuan untuk memberi ganjaran kepada
pelanggan yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell
Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.
Shell
Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih
yang dihasilkan daripada gas asli dan membawakan pembersihan yang unggul
serta perlindungan dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan
yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.
Perkongsian
Teknikal Shell dengan Ducati membolehkan perkembangan produk Shell
Advance yang diuji dalam banyak persekitaran. Minyak enjin motosikal
kami memberi manfaat kepada penunggang motosikal di seluruh dunia dengan
teknologi canggih dan keyakinan untuk meredah segala cabaran.
Ducati
bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga
memilih Shell Advance dan Shell V-Power sebagai bahan api utama untuk
setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali.
Saksikan
aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan
berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 2 November hingga 4
November 2018.