PROTON bina kilang tekan tera badan kereta

PROTON memulakan kerja untuk pembangunan lanjut kilang Tanjung Malimnya pada 22 April 2021 lepas. Upacara memecah tanah untuk pertambahan fasiliti kilang dengan jentera tekan tera (stamping) badan kereta baharu telah disempurnakan oleh pihak pengurusan syarikat.  

Jentera tekan tera “Superlarge” yang akan dipasang ini mampu meningkatkan kebolehan PROTON sebagai sebahagian rancangan syarikat untuk meningkatkan tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang.

Ia melibatkan pelaburan sebanyak RM200 juta ini  akan membolehkan pengeluaran panel badan yang lebih besar. Selain itu, pelaburan sebanyak RM1.2 bilion juga telah dibelanjakan untuk barisan pengeluaran yang baharu pada tahun 2019. 

Ia selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan mereka kerana ia membolehkan pembuatan pelbagai model dengan strategi teknologi PROTON untuk menggunakan alatan dan sistem canggih. 

“Walaupun kami berpuas hati dengan kemajuan syarikat setakat ini, PROTON perlu sentiasa bergerak ke depan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. “Penambahan baharu ini adalah sebahagian dari strategi kami untuk memastikan kami boleh terus berkembang dan pada masa yang sama mampu menambah jumlah model bila perlu. Ini bermakna syarikat akan mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan pelbagai model, namun yang lebih penting lagi, kami akan mengeluarkan produk yang bertaraf tinggi dan mempunyai teknologi baru,” tambah Dr Li Chunrong. 

Kilang tekan tera baharu ini dijangka akan siap pada suku ketiga 2022 kelak. 

-Tamat￾SIARAN AKHBAR