Perodua
sedang bekerjasama dengan sebuah agensi kerajaan Malaysia bagi
mendidik orang ramai untuk mengekalkan kebersihan persekitaran,
bermula dengan jalan raya.
Pagi
tadi, Perodua telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) – sebuah
agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – pada
Kempen
1:0
'Satu
Kenderaan, Sifar Sampah'
untuk mencegah pembuangan sampah dari kenderaan.
Kempen
tersebut menyaksikan sukarelawan daripada Perodua dan SWCorp
mengagihkan 500 tong mini di sebuah stesen minyak bersebelahan Plaza
Tol Jalan Duta Lebuhraya PLUS menghala KL, untuk mengingatkan mereka
membawa pulang sampah kecil mereka dan buang di tempat sepatutnya
daripada membuangnya dari kenderaan.
Para
sukarelawan juga mempamerkan papan tanda berwarna-warni yang
memaparkan mesej-mesej anti-sampah, manakala sepanduk dan gegantung
telah ditempatkan dengan jelas untuk menarik perhatian para pemandu
yang keluar dari plaza tol tersebut.
“Perodua
berkongsi visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih
bersih dan hijau. Kami percaya kombinasi pendidikan dan
penguatkuasaan akan memberi impak yang berterusan dan berkekalan
kepada masyarakat kita,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Perodua
berharap, pada Hari Merdeka Malaysia yang ke-62 ini, kita semua boleh
memainkan peranan masing-masing dengan membuktikan kematangan minda
kita dengan menjadikan kebersihan sebahagian daripada kehidupan.
“Kami
berharap rakyat Malaysia dapat mengurangkan, mengguna dan mengitar
semula sampah mereka sebaik yang mungkin. Setiap usaha ada
permulaannya. Selepas rumah, kenderaan merupakan tempat yang paling
lama kita luangkan masa dan jika kita boleh memastikan kenderaan kita
bersih, maka secara tidak langsung ianya dapat mengubah kehidupan
kita,” katanya.
Di
kampus Perodua di Sungai Choh, terdapat Laman Hijau (taman rekreasi)
dan ECO Garden seluas 1,500 meter, yang mana kedua-duanya menerapkan
pelbagai unsur mampan. Kebanyakan bangunan di kampusnya juga dipasang
dengan panel solar dan sistem penuaian air hujan.
Perodua
adalah pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Ia
telah menghasilkan dan menjual lebih daripada 680,000 EEV sehingga
kini, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh
tempat duduk, Aruz.