Tukar kad MyRapid KL segera

Warga Lembah Kelang yang menggunakan kad MyRapid disarankan segera menukar kad mereka kepada kad MyRapid TnG yang baharu. Penukaran boleh dibuat di mana mana stesen LRT/Monorel/BRT yang berhampiran anda.

Ramai juga pengguna kereta yang menggunakan khidmat parkir berbumbung seperti di stesen LRT Gombak, yang hanya boleh dimasuki dengan menggunakan kad MyRapid sahaja.

Pihak MyRapid memaklumkan orang awam bahawa kad MyRapid yang lama tidak akan diteri.a pakai lagi mulai 16 Julai 2017 ini. Ia merupakan sebahagian dari proses naiktaraf mereka, di mana kad baharu kini turut mempunyai ciri pembayaran melalui Touch-N-Go sekaligus membuatkan penggunaannya kini lebih meluas.
Pengguna kad konsesi walaubagaimanapun perlu mendapatkan kad konsesi baharu mereka di Kaunter Konsesi Hab Bas Pasar Seni, Kuala Lumpur.