PROTON sembah filem pendek Raya'24

 

Pengeluar kereta nasional PROTON mengadakan tayangan perdana filem pendek Hari Raya terbaharunya semasa majlis berbuka puasa bersama media hari ini. Filem untuk 2024 dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn Bhd, pengedar eksklusif untuk Penyegar Udara Little Joe di Malaysia.

Filem pendek Hari Raya PROTON tahun ini mempamerkan Proton S70, sedan segmen-C popular syarikat, serta cawangan 3S/4S yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan terkemuka. Dengan masa tayangan hampir 22 minit, ia menampilkan pelakon popular Malaysia Shaheizy Sam, Sharifah Amani dan Fauziah Ahmad Daud di bawah arahan pelakon dan pengarah tempatan, Pekin Ibrahim.

“PROTON memutuskan untuk bekerjasama dengan Penyegar Udara Little Joe untuk menghasilkan filem pendek Hari Raya kami tahun ini selepas melakukannya secara persendirian selama dua tahun. Ia juga merupakan satu lanjutan perkongsian semasa kami di mana penyegar udara ditawarkan kepada pelanggan selepas jualan dan syarikat sedang menghasilkan wangian yang khusus untuk kenderaan Proton,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Membuat penampilan sulungnya pada tahun 2022, dua edisi pertama filem pendek Hari Raya PROTON berkisarkan tema yang dikenali peminat Proton. Filem pertama adalah berdasarkan lagu Hari Raya PROTON

lama manakala filem tahun lepas memaparkan kisah Sarjan Ismail Jaafar, pencipta nama Proton Saga sempena

syarikat menyambut ulang tahun ke-40nya.

Untuk tahun 2024, jalan ceritanya berkisar pada tema yang lebih umum mengenai masa bersama keluarga, 

pengorbanan yang dilakukan serta kehilangan semasa sambutan Hari Raya. Pada masa yang sama, terdapat 

rujukan halus terhadap ciri unik Proton S70 serta kemudahan yang boleh didapati di pusat servis 3S/4S Proton.

“Tema untuk filem Hari Raya kami tahun ini lebih universal dan berkaitan kepada situasi dunia sebenar yang 

dihadapi ramai setiap hari. Masih terdapat sudut komersial dengan sorotan untuk produk dan perkhidmatan kami 

tetapi secara keseluruhannya, kami percaya penonton pasti tidak akan ragu ini adalah filem pendek berasaskan 

Proton,” tambah Roslan Abdullah.

Filem Hari Raya PROTON 2024 boleh ditonton di pautan berikut: 

Facebook:

https://www.facebook.com/watch/?v=3576916139292143

Youtube:

https://youtu.be/E-vZrsPEkzU