Percutian Mewah dengan VW Passat

  •   Pelanggan varian Passat akan menerima percutian 3 hari 2 malam di Pangkor Laut Resort 
  •  Insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 ditawarkan bagi pembelian Passat Elegance
  • Petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500 untuk Passat R-Line 
 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan pengalaman percutian mewah di Pangkor Laut Resort bagi setiap pembelian model Passat. 

Bermula sekarang hingga 30 April 2021, pelanggan yang membeli Passat Elegance dan R-Line akan menerima penginapan percuma secara eksklusif Pangkor Laut Resort. Bukan itu sahaja, pembelian Passat Elegance dihadiahkan insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 manakala Passat R-Line pula diberikan  petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500.

Pengalaman percutian di Pangkor Laut Resort merangkumi penginapan selama dua malam untuk dua orang di Hill Villa yang menawarkan pemandangan laut dan taman tropika yang indah. Ia termasuk tiga hidangan setiap hari dan tetamu akan menerima satu sesi selama 50 minit di Spa Village Pangkor Laut yang memenangi anugerah. Pakej itu turut merangkumi perjalanan pergi balik menaiki bot laju dari Marina Island Pangkor ke tanah besar. 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pakej tersebut memberi peluang kepada pelanggan Volkswagen untuk menikmati keindahan Malaysia. 

“Sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan buat masa sekarang membuatkan kita tidak boleh bercuti dan lari daripada kehidupan kota yang sibuk. Menerusi kempen ini, kami gembira untuk menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati dua pemenang anugerah secara sekali gus. 

Passat merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia, manakala Pangkor Island Resort sebelum ini dipilih sebagai ‘Nombor Satu di Dunia’ oleh Condé Nast Traveller.”  

Passat Elegance dan varian yang lebih sporty, Passat R-Line merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia. Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan DSG untuk menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm. Varian tertinggi R-Line juga dilengkapi dengan Dynamic Chassis Control (DCC) dan pelbagai ciri termaju untuk memberi pengalaman pemanduan dinamik yang sebenar. 

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala R-Line berharga RM203,411.  

Pada 10 dan 11 April, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara The Passat Escape untuk menunjukkan ciri-ciri terbaik varian Elegance dan R-Line, di samping pelbagai tawaran serta promosi menarik. Pelanggan dijemput untuk mengikuti saluran media sosial pengedar yang mengambil bahagian atau mengunjungi mana-mana bilik pameran sah Volkswagen. 

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun. Selain bantuan tepi jalan dan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my




Big Bike Warehouse Kembali menjelang Ramadan

 Program Big Bike Warehouse yang pertama kali dimulakan oleh Goh Brothers Group pada tahun 2020 di The Gasket Alley Petaling Jaya yang menyaksikan tawaran hebat dengan jualan berjumlah RM4.5 juta dari motosikal hingga aksesori dan lebih dari 50 unit dari pelbagai jenis motosikal yang dijual semasa acara tersebut.

 Tahun ini, penganjur telah bergabung dengan Route 77 dan akan membawa program menarik yang sama di pusat bandar KL, yang mempunyai lebih daripada 100 unit Harley-Davidson baru dengan jaminan antarabangsa 2 tahun. Acara ini akan berlangsung dari 2 hingga 4 April di pusat bandar Kuala Lumpur di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur.

 Datang dan nikmati sendiri skuter, motosikal, aksesori, produk penyelenggaraan basikal dan am barang niaga untuk disambar.


 Jenama lain yang dipaparkan di pameran itu termasuk Aprilia, Vespa, Moto Guzzi, HJC, Zeus, Givi, Shima, Vite, Ipone, Hypergear & Cardo

 Tempat: Route 77 Harley-Davidson Kuala Lumpur, No. 316, Jalan Ampang,  50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 Tarikh: 2 - 4 April 2021

 Masa: 10 pagi - 7 malam