Pelumba pasukan MotoGP Movistar Yamaha Valentino Rossi sekali lagi
mempersembahkan tunggangan terbaiknya ke perlumbaan Motul TT Assen
semalam. Juara dunia sembilan kali menyempurnakan hujung minggu yang
mencabar dengan kemenangan yang luar biasa, langsung mencatatkan kerjaya
kemenangan terpanjang dalam sejarah untuk semua kelas, yang merangkumi
lebih 20 tahun dan 313 hari.
Rossi memulakan perlumbaan Grand Prix Belanda dari kedudukan keempat apabila langit semakin gelap. Dia tangkas mengambil kedudukan di belakang Johann Zarco dan Marc Marquez untuk berada di tempat ketiga dan cepat bertindak balas ketika pesaingnya cuba menjarakkan diri, dan menetapkan pusingan terpantas sementara perlumbaan di lap tiga dan empat, dengan diekori Danilo Petrucci.

Rakan sepasukannya Maverick Viñales cuba memperbaiki kedudukannya dari tangga kesebelas ke grid dan sedang menuju ke arah kumpulan utama, malangnya usaha beliarakhir selepas terjatuh malang.
The Doktor kemudiannya berusaha untuk mengatasi Marquez dengan 17 pusingan berbaki dan meintasnya di selekoh pertama dengan disahut sorakan para peminatnya. Dia mengulang gerakan ini skali lagi pada pusingan seterusnya untuk mengambil alih pimpinan perlumbaan dari Zarco, malah kedua duanya bersntuhan seketika di selkoh 4, tetapi pelumba Itali itu terus memimpin. Empat pusingan kemudian penunggang pasukan pengilang Yamaha itu mla menjarakkan diri sambil para pengejarnya berjuang untuk tempat kedua.
The Doktor telah berjaya meningkatkan jarak sebanyak kira-kira satu saat, tetapi dengan 8 pusingan berbaki, bendera putih telah dikibarkan apabila hujan mula turun. Rossi terpaksa memperlahankan rentaknya, dan ini membolehkan pesaingnya mula merapatkan diri. Tahap adrenalin mencapai paras paling tinggi untuk para peminat VR46 kerana wira mereka kini berjuang berhabis habisan untuk mengekang saingannya. Petrucci berjaya memintasnya ketika lima pusingan berbaki, namun Juara Dunia sembilan kali tidak akan membiarkan kemenangan itu hilang dengan mudah. Satu pusingan kemudian, dia menggunakan Yamaha YZR-M1 untuk mengecilkan jarak dengan rakan senegaranya mendapatkan semula pimpinan perlumbaan.
Pusingan terakhir dipenuhi dengan drama kerana pasangan itu harus berurusan dengan para pelumba tercorot atau backmarkers, tetapi Rossi terus cekal untuk meraih kemenangan sensasi dengan kelebihan 0,063 saat.

Keputusan hari ini menyaksikan Rossi melangkah ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan berbekalkan jumlah 108 mata. Dia kini tiga mata di belakang rakan sepasukan Viñales yang berada di tempat kedua. Kemenangan sensasi ini juga melihat Yamaha mengekalkan kedudukan teratas dalam kejohanan pengeluar dengan margin 22 mata dan Movistar Yamaha MotoGP kekal sebagai pendahulu dalam kedudukan pasukan dengan 28 mata ketika mereka bersiap sedia untuk ke Jerman bagi pusingan seterusnya di Sachsenring minggu depan.