Voge FR150 telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada 22 Mei lepas di Malaysia Autoshow 2024. Dengan penawaran harga bermula RM8,888.00, pengguna mampu memiliki FR150 yang menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear slipper clutch 6-kelajuan.
Model super moped ini juga dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran yang meningkatkan lagi keselamatan semasa menunggang.
Lebih istimewa, Formica Rossa 150 kini dihadirkan dengan bakul hadapan yang akan memudahkan pengguna untuk meletakkan barang keperluan serta menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli bakul tamabahan.
Terdapat tiga warna yang mampu mengambat hati penggunanya iaitu Canary Yellow, Heat Red dan Bold Blue.
Kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian mana-mana model FR150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.