Pameran Motor Tokyo ke-46 2019 papar imbasan masa depan


Pameran Motor Tokyo ke-46 2019 akan diadakan dari 24 Oktober (Khamis) hingga 4 November (Isnin) 2019, bertempat di Tokyo Big Sight.
Tema pertunjukan tahun ini adalah  Masa Depan Terbuka, yang merujuk kepada masa depan yang semakin berkembang pesat. Tokyo Motor Show kembali secara lebih besar dan lebih baik tahun ini, untuk merangkumi lebih banyak tempat dan tarikh pameran yang lebih lama bagi peminat kereta dan motosikal serta keluarga untuk menikmatinya.
Skop potensi keterbukaan dapat dilihat dalam visi yang bersesuaian dengan tema " Masa Depan Terbuka" dan bagaimana Tokyo Motor Show merupakan platfom yang amat sesuia untuk memaparkan potensi masa depan yang sentiasa berkembang.

Tiga kisah cinta Mini

MINI telah menjadi sebahagian daripada detik-detik bersejarah yang ikonik sepanjang enam dekad, dan ada antaranya yang telah menyentuh kehidupan warga Malaysia.

Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, MINI Malaysia meraikan tiga warga MINIacs yang mengisarkan kisah cinta pertama mereka bersama MINI. Jenama kenderaan kompak premium yang ikonik ini telah memainkan peranan yang amat bermakna dalam hidup insan-insan tersebut, dan inilah kisah mereka.
Kelvin Kok
Artis pembuat tatu dan seorang suami, Kelvin mengimbau semula detik pertama beliau diperkenalkan kepada jentera MINI selepas mendengar slogan MINI ketika itu yang berbunyi: “Go with Your Gut.” Keesokan harinya, beliau berbuat demikian, beliau mendengar suara hatinya. Tiga tahun telah berlalu dan keluarga Kok merupakan pemilik MINI Clubman serta MINI Kensington tahun 1996 yang dibaik pulih. Kelvin mengaku beliau telah jatuh cinta dengan deruman enjinnya yang berkuasa tinggi, serta keluarga besar yang beliau ketemui dalam komuniti yang terdiri daripada pemilik-pemilik jentera MINI; Kelvin menuntaskan kisahnya dengan mengaitkan salasilah MINI yang berusia berdekad lamanya dengan pepatah Mandarin yang klasik: “Jangan lupakan asal usul anda.”
Wan Muqarram Sidek (Mooq)
Mooq berdiri di hadapan jentera pikap klasik Austin MINI dan beliau menyingkap waktu yang diluangkan bersama mendiang bapanya untuk membaiki kereta itu yang hadir dengan sentuhannya tersendiri. Mendiang bapa Mooq telah berhasrat untuk mewarnakan kereta pertamanya warna Hijau ‘British Racing’ serta bernadikan enjin injeksi bertitik tunggal 1.3, menyusur dengan set roda lebar 13 inci, dan paling penting sekali, hadir dengan gril bermaterialkan kayu yang ‘sporty’. Beliau juga menjadikan kata-kata bapanya sebagai pedoman, “Lelaki yang memiliki kelas akan menjaga kenderaan klasiknya dengan baik.” Mooq menamakan pikapnya, ‘Papa Mooqs’ dan bapanya sentiasa tersemat dalam ingatan beliau setiap kali Mooq memandu kenderaan tersebut.
Lee Siew Hon
Selain daripada elemen keseronokan dan kelincahan, resmi MINI juga menjadikannya sebuah jentera dambaan.  Di mata Hon, itulah definisi kereta MINI GP kepunyaannya. Jentera kesayangan beliau tidak dibiarkan di rumah sahaja, Hon percaya bahawa kenderaan tersebut dicipta untuk dipandu dan beliau meluangkan masa bersama MINI tersebut sebanyak yang mungkin, sama ada untuk bersiar mahupun berulang alik dari tempat kerja. Hon bukan sahaja menyukai prestasi MINI GP yang unik ini, beliau juga memandang tinggi asal usul jenama MINI dan kisah di sebaliknya yang menjadikan hubungan beliau dengan MINI kepunyaannya sebuah hubungan yang istimewa – seperti kisah cinta warga MINIacs yang lain di luar sana.

Tarikan MINI menjadikannya buah mulut, simbol keterujaan, dan sebuah karya abadi dalam sejarah automotif. 60 tahun membuktikan jiwa MINI semakin menebal dengan semangat permotoran yang unik di samping warga MINIacs di seluruh dunia.

Anda ingin mengongsikan kisah cinta MINI anda? Berikan singkapan detik-detik peribadi anda bersama MINI dengan menitip tag laman rasmi Facebook atau Instagram milik MINI Malaysia, berserta tanda pagar #MINILOVESTORIES.

BMW Shorties edisi ke-13 dilancarkan

BMW Group Malaysia mengumumkan penganjuran acara BMW Shorties edisi ke-13. BMW Shorties merupakan  sebuah pertandingan filem pendek yang paling berprestij dengan yang paling lama dianjurkan di Malaysia.

“BMW Shorties telah menemui lebih daripada 900 bakat untuk filem dan industri kandungan digital sejak 12 tahun yang lalu. Sebagai pertandingan filem pendek yang paling tersohor dan diiktiraf di Malaysia, BMW Shorties akan meneruskan ikhtiarnya untuk menyediakan wadah bagi para pembikin filem dan kandungan digital yang ingin menempah nama mereka dengan menterjemahkan kreativiti masing-masing sekali lagi pada tahun ini," ujar  Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia, Sashi Ambi.
Juara 2018 - Colourless
"Kami berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pencapaian yang digarap oleh para alumni yang dilahirkan oleh BMW Shorties sejak tahun 2006. Dengan nukilan yang berjaya ke layar lebar seperti ‘Jagat’ oleh Shanjey Kumar, ‘Guang’ oleh Quek Shio Chuan, dan ‘Fly By Night’ oleh Zahir Omar, kami berasa teruja untuk menyaksikan bakat-bakat baharu daripada BMW Shorties 2019,”

Tema bagi BMW Shorties edisi ke-13 ialah ‘UNCHARTED’. Meraikan konsep penerokaan dan penjelajahan, ia melambangkan sebuah kombinasi sempurna – sifat ingin tahu serta kecekalan.
Never Was The Shade - Juara 2017

Barisan para juri buat tahun ini terdiri daripada pembikin-pembikin filem dan veteran yang teriktiraf dalam industri perfileman tanah air. Juri-juri tersebut ialah: Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang dan Rise: Ini Kalilah); Indrani Kopal (The Game Changer dan Incarcerated Rhythm), Amanda Nell Eu (Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu), serta panel penasihat bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) – Nadira Ilana (The Silent Riot) dan Adrian Teh (Ice Kacang Puppy Love dan PASKAL The Movie).

BMW Shorties 2019 akan menghadiahkan pemenang utama sebuah geran produksi yang bernilai RM 80,000. Pelbagai faset pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.

Acara BMW Shorties akan dibuka untuk menerima penyertaan bermula 8 Ogos 2019 sehingga 11 Oktober 2019 pada jam 6:00 petang untuk para pembikin filem serta kandungan digital yang beraspirasi menghantar penyertaan masing-masing.

Tahun ini, BMW Shorties juga akan menerajui segmen filem Urbanscapes - pesta seni kreatif yang paling lama di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan cara untuk menyertainya, boleh didapati di laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.