Jalan Cerita—Ramadan Bersama Toyota


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, UMW Toyota Motor dan semua rangkaian pengedar sahnya akan mengadakan kempen Jalan Cerita—Ramadan Bersama Toyota, di mana pelanggan di tawarkan istimewa termasuk “Duit Raya” bernilai RM500 (bagi model-model terpilih).

Selain itu, pelanggan juga diberi rebat tunai sehingga RM3,500 serta tawaran menarik yang lain
seperti baucar perkhidmatan percuma atau aksesori pakej percuma yang memberikan nilai terbaik
untuk pembelian mereka (tertakluk kepada model dan varian yang terpilih. Rujuk kepada risalah
yang dilampirkan)

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan tawaran promosi Toyota sepanjang bulan ini, sah
sehingga 31 Mei 2018.


Model
Promosi Menarik
Vios Baru
Rebat tunai sehingga RM3,500* + Aksesori Percuma (bernilai sehingga RM4,100)* + Pakej Penyelenggaraan Percuma (bernilai RM2,125)*  + Duit Raya
Innova
Rebat tunai bernilai RM2,000 + Servis Percuma bernilai RM1,000 + Duit Raya
Avanza
Rebat tunai bernilai RM1,000 + Percuma dinaik taraf kepada 16 "rim & tayar bernilai RM3,062* + Duit Raya
Sienta
Rebat tunai bernilai RM1,000 + Duit Raya
Hilux
Rebat tunai (bernilai RM1,000)* + Aksesori Percuma (bernilai sehingga   RM3,485)* 
Fortuner
Rebat tunai (bernilai RM1,000) + Akesori Percuma (bernilai RM2,500)*
Camry
Rebat tunai (bernilai RM3,000) + "Body Coating" (bernilai RM2,700)* atau Aksesori Percuma (bernilai RM2,500)* + Duit Raya
Corolla Altis
Rebat tunai (bernilai RM1,000) + Aksesori Percuma bernilai (RM5,790) + Duit Raya

(Semua tawaran adalah untuk varian terpilih sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada).

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan
perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” atau dwi-peringkat yang menawarkan bayaran ansuran
bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama
seumpamanya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk ketenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa
had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Untuk
meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk
kepada terma dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota serta jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model-model yang disediakan.

Layari juga toyota.com.my untuk butiran selanjutnya.


Perodua MyVi berjaya lagi





Perodua MyVi berjaya lagi

Sebanyak 38,000 MyVi telah diserahkan kepada para pembeli-pembeli pada hujung bulan April lepas. Jumlah pesanan adalah 70,000 unit, yang kesemuanya telah menyumbang pada 41.5% perkongsian pasaran Perodua, menurut laporan Malaysian Automotive Association (MAA). 

Dari bulan Januari ke March, Perodua telah menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 unit dari jumlah TIV, membawa pada 41% perkongsian pasaran. 

Ini ialah pembaikan sebanyak 10.5% dari 50,260 unit yang didaftar di Malaysia pada suku pertama tahun ini.



Dari jumlah 55.560 itu, 24,473 adalah model Myvi, 14,962 Axia, 10,101 Bezza dan 6,032 Alza. 

Waktu menunggu ialah tiga bulan bagi varian 1.5-liter dan varian 1.3-liter boleh dihantar hampir serta-merta. 

Sempena musim pilihanraya, Perodua juga menawarkan kempen Perodua Pilihanku. Ia berlangsung pada 5-6 Mei di semua bilik pameran dan pusat servis Perodua seluruh negara, menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma dan penebusan wang tunai sehingga RM1,800 pada model-model dan varian-varian terpilih.