Boon Siew Honda Lancar CBR650R & CB650R

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. menampilkan CB650R di Malaysia Autoshow 2019. Peminat Honda dialu-alukan untuk menyaksikan model baru ini secara dekat dan peribadi di gerai motosikal Honda dari 11hb April 2019 ke 14 April 2019 ini di MAEPS, Serdang.

Pada majlis pelancaran ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Encik Keiichi Yasuda berkata, "Pada tahun 2018, Boon Siew Honda berjaya melancarkan sejumlah tujuh model berprestasi tinggi di Malaysia dan kami gembira kerana menerima banyak tindak balas baik dari pasaran. Kita juga meneliti permintaan segmen menengah oleh pasaran. Oleh itu, hari ini kami melancarkan CBR650R dan CB650R Baru. "
Honda CBR650R baharu ini diilhamkan oleh CBR1000RR Fireblade dengan garis arus agresifnya, ditambah bahagian belakang yang pendek dan lampu LED. CBR650R baharu ini adalah 6kg lebih ringan daripada CBR650F yang digantikannya dan kedudukan menunggangnya lebih sporty berkat hendal yang dipasang 30mm kehadapan, dan penginjak kaki kini lebih tinggi.
  Enjin Honda empat silindernya kini mampu berputar 1,000rpm lebih tinggi bagi menghasilkan 5% lebih kuasa akhir dengan output puncak 70kW datang pada 12,000 rpm bagi memastikan ianya betul-betul layak bagai sebuah jenera 'R'.
CBR650R Baharu datang dengan topang atau Fork SHOWA  terbalik boleh laras 41mm  berasingan Fungsi (SFF), brek depan radial empat angkup, Pilihan Kawalan Tork Honda (HSTC) dan klac berbantu & gelincir (slipper & assist clutch).
 Di samping itu, CBR650R dilengkapi dengan yang lain ciri praktikal seperti lampu LED penuh dan paparan instrumen LCD baru, yang kini memaparkan Kedudukan Gear dan Penunjuk Peralihan, serta Isyarat berhenti kecemasan untuk tujuan keselamatan.

Honda CBR650R akan tersedia dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix ​​Red and Matte Gun Powder Black Metallic.
Honda CB650R Baharu

Setelah pengenalan CB1000R dan CB250R dalam tahun 2018, Boon Siew Honda kini membawa model 'Neo Sports Café' kelas menengah dengan gaya moden dan minimalis, dan diterapkan dengan inspirasi dari cafe racer dan bentuk "trapezoid" yang sangat padat untuk kesan nyata. Enjin empat silinder sebaris dipamerkan, dan lampu depan dan tangki bahan api dibentuk seiring keluarga 'Neo Sports Café'.

CB650R datang dengan spesifikasi yang sama dengan CBR650R. Kemasukan udara dan ekzosnya disemak semula, ditambah nisbah pemasaan dan nisbah mampatan meningkatkan puncak rangsangan kuasa dan tork yang lebih lancar, untuk penghantaran kuasa lebih kuat pada julat pertengahan.

CB650R juga dilengkapi dengan spesifikasi canggih topang atau Fork SHOWA  terbalik boleh laras 41mm  berasingan Fungsi (SFF), brek depan radial empat angkup, Pilihan Kawalan Tork Honda (HSTC) dan klac berbantu & gelincir (slipper & assist clutch). Hasilnya adalah jentera kelas pertengahan dengan gabungan unik tampan, prestasi dan spesifikasi.

Honda CB650R akan tersedia dengan pilihan duawarna iaitu Candy Kromosfera Merah dan Grafit Hitam.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua model, pelanggan boleh melawat Honda BigWing atau menhubungi talian Bebas Tol Honda 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang, kecuali cuti umum), atau log masuk https://hondabigbike.com.my.

Fazrul Sham perlu tuah

Ahmad Fazrul Sham percaya sedikit tuah mampu membawa pasukan mereka, AHM Motorsports Yamaha Racing untuk menjejakkan kaki di atas podium kategori CP150 pada saingan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, 13 dan 14 April ini.
Barisan pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing mempamer aksi memberangsangkan apabila Fazrul berjaya menamatkan saingan di kedudukan kelima manakala pelumba rookie, Md Shahzul Naim Razali di kedudukan ke-11.
Malang buat Md Iqbal Amri Malek yang sebelum itu melakukan kejutan apabila berjaya meraih petak mula di kedudukan pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi kelayakan Superpole apabila terjatuh seawal pusingan kedua perlumbaan akhir yang dimenangi Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.
“Kami mempamer aksi diluar jangkaan sewaktu di Jasin, namun nasib tidak begitu menyebelahi kami setelah Iqbal terjatuh manakala saya pula mengalami sedikit masalah ketika sesi kelayakan,” jelas Fazrul yang pernah memenangi perlumbaan di Batu Kawan pada tahun 2008.
Tambahnya, “Jentera kami sangat baik. Saya berada di kelompok lima pelumba terbaik dalam setiap sesi di Jasin selain sesi kelayakan, jadi saya yakin kami akan kekal memberikan cabaran di Batu Kawan minggu ini.
“Mudah-mudahan sedikit tuah dan nasib lebih baik akan membantu kami untuk menaiki podium minggu ini,” jelas juara CP130 2015 itu.