RON95 kekal RM2.20 seliter


Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter. Manakala mulai hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara managed float pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun 2018, dan akan diselaras setiap minggu.

Berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah USD76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara USD87 hingga USD88 setong, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel. Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga
RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing
seliter.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Laluan keluar Lebuhraya Shah Alam arah KL ditutup mulai Sabtu