Menangi hadiah Aidilfitri bila periksa di Puspakom


Perjalanan yang selamat bermula dari sikap pemanduan yang cermat dan kenderaan yang selamat. Oleh itu bersempena musim perayaan ini, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan melancarkan kempen #drivesafenoregrets dengan menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI) secara PERCUMA mulai 13 Jun 2017 sehingga 23 Jun 2017 di pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

Kempen #drivesafenoregrets ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemanduan berhemah, dan juga menggalakkan pemilik kenderaan menjalankan pemeriksaan VVI di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang selamat sebelum balik ke kampung dimusim perayaan nanti.

PUSPAKOM akan melanjutkan waktu operasi pada 17 Jun 2017 (Sabtu), dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, di beberapa cawangan tertentu, iaitu Wangsa Maju, Padang Jawa, Taman Bukit Maluri, Batu Caves, Petaling Jaya, Cheras, Mak Mandin, Perai,Teluk Kumbar, Alor Setar, Gopeng, Kuatan, Johor Bahru, Alor Gajah, Seremban, Skudai, Taman Daya, Kuching dan Kota Kinabalu, bagi memenuhi permintaan yang
dijangka tinggi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pemeriksaan VVI percuma ini akan dijalankan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM, kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu, yang dikhaskan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, “Pemeriksaan VVI ini merangkumi 25 peringkat ujian secara menyeluruh termasuk ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Suspensi, Ketelusan Cahaya Cermin, Brek serta Lampu. Laporan VVI akan dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan kenderaan dijalankan dan laporan ini boleh digunakan oleh pemilik untuk mengetahui keadaan
kenderaan mereka dan mengesan sebarang kerosakan. Pemilik kenderaan seterusnya seterusnya boleh melakukan pembaikan dan penyelenggaraan yang sewajarnya.”

“Pada musim perayaan yang sama pada tahun lepas, PUSPAKOM telah memeriksa sejumlah 3,000 buah kenderaan. Melalui kempen #drivesafenoregrets ini, PUSPAKOM mensasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus jumlah pemeriksaan kenderaan pada tahun ini. Kami berharap lebih ramai pemandu mengambil inisiatif menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan VVI secara percuma ini bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik dimusim perayaan ini.” sambung Shukor.

Kempen VVI secara percuma ini akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari (tertakluk kepada waktu operasi setiap cawangan di negeri berlainan). Pelanggan VVI akan diberi keutamaan di mana pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan kami tanpa perlu membuat sebarang temujanji.

Sempena kempen ini, PUSPAKOM juga menganjurkan Pertandingan #drivesafenoregrets 'Write Caption & Win', di mana para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Pertandingan #drivesafenoregrets 'Write Caption & Win' ini dibuka kepada semua pemilik kenderaan
persendirian yang hadir menjalani pemeriksaan VVI di PUSPAKOM.

Para pelanggan hanya perlu hadir menjalani pemeriksaan VVI dengan menghantar kapsyen gambar melalui “private message” di Facebook PUSPAKOM. Pemenang Hadiah Super Grand Prize akan ditentukan berdasarkan jumlah 'Like' tertinggi dan juga komen kapsyen yang paling kreatif. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh dimajukan ke laman facebook https://www.facebook.com/puspakomvehicleinspection
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Pemeriksaan VVI ini, para pelanggan boleh
menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang
PUSPAKOM di www.puspakom.com.my untuk mendapatkan senarai cawangan
PUSPAKOM seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Komunikasi & Khidmat Pelanggan
Ibu Pejabat PUSPAKOM Sdn. Bhd.
Tel: +603-2052 7465 / 7322
FB: facebook.com/puspakomvehicleinspection

Yamalube bagai komponen enjin cecair

Yamaha Motor sentiasa berusaha untuk menawarkan nilai dan "Kando" yang melebihi jangkaan pelanggan dan menjadikannya sebagai jenama yang orang selalu melihat kepada sesuatu yang baru. "Kando" adalah satu perkataan Jepun bagi perasaan kepuasan dalaman dan keseronokan yang kita alami serentak apabila menemukan sesuatu yang luar biasa nlainya.

Dengan membina produk kualiti yang tinggi kualiti yang memberikan inspirasi kepada orang ramai, Yamaha sentiasa berusaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan berdasarkan prinsip 3S mereka (Servide, Sales, Spareparts : Perkhidmatan, Jualan, Alat ganti). Ia nya lebih ditekankan bagi produk yang dikuasakan oleh enjin seperti motosikal dan motor sangkut, kerana penyelenggaraan yang kerap adalah penting untuk memastikan ia nya berfungsi dan melaksanakan tugasanya dengan betul.

Sehubungan ini, Yamaha memperkenalkan salah satu komoditi yang paling kerap digunapakai untuk penyelenggaraan yang betul: minyak enjin tulen Yamaha.

Yamaha Motor turut memaparkan video di media sosial yang menggambarkan bagaimana minyak enjin  tulen Yamaha dioptimumkan untuk menghasilkan prestasi enjin Yamaha yang terbaik apabila digunakan dalam semua jenis keadaan dan persekitaran. Video ini telah mendapat lebih 80,000 tontonan dari seluruh dunia dalam pertama bulan sahaja.