#99 Lorenzo kembali ke Yamaha musim 2019?


Pengarah Urusan MotoGP Movistar Yamaha, Lin Jarvis telah ditemuramah oleh Sky Sports Italia menjelang Gran Premio d'Italia Oakley untuk mengulas sedikit tentang masa depan bekas pelumba Yamaha di Kejohanan Dunia, Jorge Lorenzo yang kini bersama Pasukan Ducati.

"Sukar untuk memahami apa yang akan berlaku dengan masa depan Lorenzo, tidak semestinya kerana dia tidak berada dalam situasi yang menyenangkan," jelas Jarvis. "Dia belum meninggalkan Ducati, setidak-tidaknya belum rasmi, walaupun ramai yang mengatakan perpisahan itu (antara Lorenzo dan Ducati) adalah satu kepastian. Jika anda telah bertanya soalan ini empat minggu yang lalu, saya akan memberitahu anda bahawa dia akan menyertai Suzuki, tetapi sekarang ini seolah-olah ianya hipotesis yang mustahil. Saya ulangi, dia berada dalam keadaan yang sangat sukar, kerana dia selalu menjadi penunggang pengeluar, penunggang rasmi dan dianggap asas sesebuah pasukan. "
Lin Jarvis
Jarvis turut membincangkan mengenai kemungkinan Juara Dunia lima kali ini meninggalkan paddock Grand Prix sama sekali. "Kita juga kurang pasti jika Jorge terus berlumba atau tidak. Kita perlu menunggu tapi seikhlasnya dia mungkin berhenti, kerana terdapat kemungkinan musim depan akan ada pengurangan empat atau lima jentera di MotoGP. "

Sesas-desus yang telah mengelilingi paddock baru-baru ini adalah angka 99 ini mungkin kembali ke pengeluar Jepun, tetapi dalam pasukan bebas. Bagaimanapun, oleh kerana tiada Pasukan Bebas rasmi yang diumumkan oleh Yamaha, atau sebarang pengesahan bahawa akan ada satu pasukan bebas pada musim depan, masa depan Lorenzo kekal sebagai salah satu topik perbincangan terbesar pada musim 2018.

Namun, adakah kita akan melihat nombor 99 pada jentera Yamaha pada tahun 2019? Jarvis berkata ia "boleh berlaku."

Dovizioso pecah rekod MotoGP dengan kelajuan 356.4 kmj


Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) menjadi pelumba terpantas dalam sejarah MotoGP ™ apabila dia mencatatkan rekod kelajuan tertinggi baru pada 356.4km/j mengatasi catatan terbaik 354.9km/j yang ditetapkan oleh rakan senegara Andrea Iannone pada tahun 2016.

Azlan, Helmi juara di ARRC Suzuka

Pelumba ngara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan SuperSports 600cc musim 2018 apabila berjaya mengungguli Perlumbaan 1 pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing yang bermula dari petak pertama memulakan aksi dengan baik untuk mendahului perlumbaan namun berjaya di pintas beberapa pelumba lain seawal pusingan kedua perlumbaan.

Azlan bagaimanapun kekal memberikan cabaran di kelompok lima pelumba hadapan sebelum menggunakan peluang untuk memintas dan kembali mendahului kedudukan pada baki tiga pusingan terakhir sebelum berjaya menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’09.539s.
Rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira muncul naib juara dengan masa 29’10.177s diikuti Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) ketiga dengan masa 29’10.656s.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang terbaik kepada saya,” jelas Azlan yang kini naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan 63 mata.

“Perlumbaan seperti biasa berlangsung sengit, dan saya juga bersaing sengit dengan Yudhistira sendiri sebelum memenangi perlumbaan. Saya berharap dapat mengekalkan momentum seperti ini pada perlumbaan kedua esok.”

West yang tidak beraksi dalam pusingan kedua di Australia sebelum ini turun ke tangga kedua keseluruhan dengan 61 mata manakala Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) ketiga dengan 55 mata.

Saingan kelas Asia Production menjadi milik pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) yng menamatkan perlumbaan dengan masa 19'50.478s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM ) kedua, 19'55.777s.

Rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji di kedudukan ketiga dengan masa 19'55.986s manakala Ahmad Afif Amran (CKJ Yamaha Racing) muncul pelumba terbaik negara setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Rheza turut mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 98 mata.


Sementara itu, pentas podium kategori Underbone 150cc menjadi milik pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) yang menamatkan lima pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’25.729s mengatasi rakan senegara, Md Akid Aziz.

Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team itu menamatkan perlumbaan dengan masa 13’25.808s diikuti pelumba Indonesia, Gupita Kresna Wardhana (Yamaha Yamalube SND Factory) ketiga, 13’25.982s.

Kemenangan ini melonjakkan Helmi ke kedudukan teratas dalam senarai keseluruhan dengan 81 mata diikuti Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam di tangga kedua dengan 77 mata. Akid naik ke tangga ketiga dengan mengumpul 61 mata.

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1
SS600
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’09.539s
2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29’10.177s
3 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 29’10.656s
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 29’10.971s
5 Mohd Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 29’11.440s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 63 mata
2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 61 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 55 mata
4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 40 mata
5 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing Asean 37 mata

AP250
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 19'50.478s
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19'55.777s
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 19'55.986s
4 Awhin Sanjaya (INA) Astra Honda Racing Team 19'56.087s
5 Muklada Sarapuech (THA) A.P. Honda Racing Thailand 19'57.385s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 98 mata
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 82 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 82 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 62 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 46 mata

UB150
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 13’25.729s
2 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 13’25.808s
3 Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha Yamalube SND Factory 13’25.982s
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 13’26.325s
5 Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 13’26.402s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 81 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 77 mata
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 61 mata 
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 52 mata
5 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 44 mata


71,315 Kenderaan Honda tidak boleh perbaharui cukai jalan lagi!

Dalam satu langkah yang proaktif dan dipuji, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menghalang pembaharuan cukai jalan bagi pemilik kenderaan dengan beg udara Takata lama. Arahan itu adalah berkuatkuasa dengan serta-merta dan dikeluarkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook.

Kami telah mengupas isu ini dalam artikel semalam (klik sini untuk baca semula)

"Menurut rekod Honda (M) Sdn Bhd, sebanyak 71,315 kereta keluaran dari tahun 2003 hingga 2013 masih tidak menukar beg udara Takata yang rosak.

"Saya telah mengarahkan JPJ supaya tidak membenarkan pemilik kenderaan ini membaharui cukai jalan jika mereka tidak menunjukkan surat pengesahan dari Honda bahawa mereka telah menukar beg udara kenderaan mererka," katanya.

Asia SuperBike 1000 dilancar secara rasmi

Dari kiri: Sadahiko Matsumura, Ron dan Kendy Chan
Kejohanan FIM Asia Road Racing telah melancarkan siri terkini mereka iaitu ASB1000 di Litar Suzuka yang menjadi tuan rumah kepada Pusingan 3 musim 2018. ASB1000 dilihat sebagai langkah untuk 'melengkapkan' siri Asia yang telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan perlumbaan motosikal di Asia. Ia dijadualkan untuk bermula pada musim 2019 kelak.

Pengarah Two Wheels  Motor Racing, Ron Hogg berkata, "Kami amat menyedari bahawa Kejohanan Perlumbaan Asia Road Racing akhirnya mencapai tahap di mana kelas ASB1000 menjadi satu kemestian. Apabila siri ini mula mula diperkenalkan pada tahun 1996 dahulu, misi kami sentiasa mempromosikan dan membangunkan sukan perlumbaan motosikal di rantau ini. Selama beberapa dekad, kami sentiasa berpegang teguh pada arahtuju itu.
Ron Hogg
Kelas ASB1000, sebagai lumba motosikal pengeluaran kelas tertinggi di dunia, akan menjadi pelengkap Kejohanan Asia Road Racing. Ia menawarkan peluang di mana juara dari kejuaraan nasional mereka di rantau ini akan dapat bersaing. Kelas ini akan dijalankan secara besar-besaran dengan format FIM Superstock. Tayar akan dibekalkan oleh Dunlop.


Wakil Dunlop, Sadahiko Matsumura, pula mengatakan bahawa, "Dunlop memberikan kitmen sepenuhnya kepada kelas ASB1000, sama sebagaimana syarikat kami telah menjadi penyokong ARRC sejak tahun 1996. Bagi ASB1000, Dunlop akan menyediakan 8 set tayar setiap hujung minggu perlumbaan dengan pilihan dua sebatian.
Rancangan kami ialah untuk menawarkan lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan pelbagai pasukan. Sekiranya kejohanan memutuskan untuk melaksanakan SuperPole, Dunlop juga akan menyediakan tayar yang sesuai untuk acara tersebut.

Kendy Chan, wakil FIM Asia turut memberi pendapat mengenai siri ini. "FIM Asia menyokong langkah ke kelas 1000cc ini sepenuhnya . Ini akan menyuntik minat dan pertumbuhan baru kepada sukan bermotor Asia dan pasti adalah bagus dari perspektif pembangunan pelumba.