PROTON rekod kenaikan jualan cemerlang

PROTON mengakhiri suku pertama tahun 2019 dengan rekod kenaikan jualan cemerlang yang dicapai pada awal tahun ini. Sebanyak 6,145 unit didaftarkan dalam bulan Mac, yang merupakan peningkatan sebanyak 11%  berbanding 2.6% untuk bulan yang sama pada tahun 2018.

Bulan Mac menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8% dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, PROTON sekali lagi telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1%, bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir 4 kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri.

Bagi tiga bulan pertama tahun 2019, angka kumulatif adalah 43.5% atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7%. Kedudukan keseluruhan jualan PROTON adalah yang paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing yang lain bagi bulan ini serta suku pertama 2019. Ini juga bermakna Syarikat telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris di Malaysia, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di
Malaysia.
"Angka yang dicatatkan oleh PROTON pada tahun 2019 merupakan hasil daripada usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja di Syarikat. Pencapaian-pencapaian ini juga adalah disebabkan oleh pembukaan cawangan cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain. Dengan pelancaran pelbagai lagi model oleh Syarikat pada tahun ini, PROTON yakin bahawa pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan pada pertumbuhan jualan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.


Proton X70 adalah SUV paling popular di Malaysia
Meskipun baru dilancarkan, SUV pertama PROTON iaitu Proton X70 telah berjaya mencatatkan angka pendaftaran yang memberangsangkan. Sebanyak 2,979 unit telah didaftarkan pada bulan Mac menjadikan model tersebut bukan sahaja sebagai SUV terlaris untuk bulan ini, tetapi secara kumulatifnya juga merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini secara keseluruhannya. Angka yang direkodkan bagi Mac juga merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif Malaysia bagi segmen SUV dalam masa satu bulan. Pada masa yang sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima justeru menjadikan Proton X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019

Promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019



BARCELONA JADI DESTINASI PROMOSI SHELL RIMULA ULTIMATE STOPOVER TAHUN INI
Shell Rimula menyediakan ganjaran kepada pelanggan setia yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan yang dilakukan dengan membawa mereka ke destinasi hentian yang terunggul di seluruh dunia. Promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019 akan menyaksikan para tetamu dibawa ke kota di Sepanyol yang terkenal dengan seni, budaya, pasukan bola sepak dan makanan yang enak.

Promosi mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2019 ini dibuka untuk para pelanggan yang membeli produk minyak enjin diesel tugas berat dan tugas ringan Shell Rimula dan dengan peluang memenangi percutian eksklusif 5 hari 4 malam ke Barcelona. Percutian ini menggabungkan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Shell Lubricants yang dipacu oleh inovasi sambil menikmati bandar raya Mediterranean yang indah dan menawan.

Pemenang Ultimate Stopover 2018 William Teo dari Sibu yang berpeluang mengunjungi Dubai berkata bahawa pengalaman yang dilaluinya sukar dilupakan, terutama memahami teknologi diesel Shell serta pelincir lain untuk kegunaan tugas berat.

“Kami berpeluang menyaksikan ujian dunia sebenar bagi produk menerusi persekitaran, beban dan suhu yang ekstrem serta aktiviti sebenar yang lain. Saya mendapat pengetahuan, peluang melancong dan juga membina rangkaian!” beliau berkata.

Untuk mandapat maklumat lanjut tentang rangkaian Shell Rimula Light Duty dan promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Promotion 2019, sila layari www.shell.com.my/rimula.