Akademi Automotif Volkswagen dibuka

Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia telah dibuka secara rasmi oleh Vilkswagen Passenggers Cars Malaysia (VCPM). Akademi ini terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam,  dan berkeluasan 14,117 kaki persegi,serta dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.

Seramai 150 orang pelatih mampu ditempatkan di akademi itu setiap hari bagi menjalani program-program yang intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi. Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.

Terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC) untuk keperluan latihan khidmay selepas jualan. Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pelarasan lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan. Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.   Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan. Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serba guna dan enam bilik belajar.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa Akademi Automotif Volkswagen adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan para pengedarnya.

Kejohanan SuperMoto FIM Asia 2017 buka tirai di Thailand

Kejohanan SuperMoto FIM Asia pada tahun 2016 telah meninggalkan kesan dalam ingatan peminat SuperMoto di seluruh dunia, dengan Muhd ​​Habibullah (Gabit) Malaysia menjuarai gelaran juara musim keseluruhan. Kejohanan ini kembali untuk mencari penunggang terbaik rantau ini dengan pembukaan musim 2017 yang akan berlangsung pada 2 dan 3 September di Kompleks Sukan Motor Litar Thailand, Nakhon Chai Si, Thailand.

FIM Asia SuperMoto Championship 2017 bakal menjadi lebih kompetitif dengan kembalinya pelumba antarabangsa dan pengeluar yang bersaing untuk gelaran utama. Saya yakin peminat akan disaljikan dengan lebih banyak aksi SuperMoto dengan persaingan yang semakin meningkat di antara penunggang.
Pertarungan akhir antara pelumba antarabangsa yang bertanding untuk gelaran musim ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Disember 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia. Penunggang dengan kedudukan tertinggi akan dimahkotakan sebagai juara keseluruhan Kejohanan FIM Asia SuperMoto 2017.

Rakan Kongsi Saluran rasmi OTT, twenty3.tv akan menyediakan siaran langsung HD dan Video-on-Demand (VOD) acara tersebut. Setiap pusingan kejohanan FIM Asia Supermoto tahun ini akan disiarkan secara live melalui twenty3.tv yang juga akan mempunyai VOD dan sorotan menarik acara perlumbaan. twenty3.tv yang dikuasakan oleh E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus), akan memulakan program penyiaran langsungnya dengan pembuka tirai FIM Asia SuperMoto 2017 di Thailand.
19 pelumba SuperMoto antarabangsa dari Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Belanda, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan United Kingdom, akan bersaing dalam musim SuperMoto 2017, bagi mewakili negara mereka. Juara Thailand dan juara musim 2015, Trakarn Thangthong, menyertai perlumbaan dan berikrar untuk mencuri mahkota kejuaraan dari penyandang kejuaraan musim 2016 lepas dari Malaysia, iaitu Gabit.

Perhatian ramai tentunya tertumpu kepada juara 2016 Gabit, yang merasakan bahawa tekanan dan ketegangan yang kian meningkat sebelum permulaan kejuaraan terutama dengan kepulangan Trakarn. "Latihan saya bermula segera selepas penghujung musim lalu. Ini termasuk latihan fizikal, mental dan kemahiran untuk memastikan keadaan optimum untuk perlumbaan. Saya tidak sabar-sabar untuk menaikkan trofi kejohanan untuk negara saya sekali lagi. "

Country Name
Australia Michael Kirkness
China Sun Tong
Hong Kong Tsang Wai Kei
Indonesia Pedro Wuner
Indonesia Farhan Hendro
Japan Takashi Sasaki
Japan Naoto Takayama
Malaysia Muhd Habibullah
Malaysia Khairy Zakaria
Netherlands Marcel Van Drunen
Philippines Kenneth San Andres
Russia Artem Teslenko
Singapore Hasroy Osman
South Korea Jason Park
Sri Lanka Sangeeth Suriyage
Taiwan Lin Chin Pei
Taiwan Lee Wei
Thailand Trakarn Thangthong
United Kingdom Lewis Cornish

Untuk maklumat lanjut, layari http://supermotoasia.com.