Givi perkenal 15 produk baharu

GIVI Asia telah melancarkan lebih daripada 15 produk baharu bersempena dengan Ulang Tahun 25nya. Kekal dengan komitmennya dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam setiap
keluaran produk terbaru mereka, penelitian secara menyeluruh dalam setiap aspek pembuatan
dijadikan perkara utama bagi mendapatkan produk aksesori motorsikal yang berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan penunggang motorsikal di Asia.
Antara Koleksi terbaru GIVI 2019 adalah MONOLOCK B32N-ADVANCE BOLD TOPCASE, MONOLOCK B270N TOPCASE, MONOKEY E23N SIDE CASE dan G12N FIXED SYSTEM CENTER CASE. Rangkaian produk baru ini telah diperbaharui dan diinovasikan dengan teknologi tinggi bagi menjamin mesra pengguna, kebolehpercayaan, dan ketahanan produk ini.

GIVI telah memperkenalkan kotak simpanan terbaru B32N-ADVANCE BOLD yang merupakan adaptasi daripada B32 BOLD. Ia dilengkapi dengan empat komponen tambahan iaitu sepasang pemegang rod “stainless-steel” di atas kotak simpanan, jaringan elastik serbaguna, penyandar belakang dan turut didatangkan dengan
pelapik dalaman.
 B270N MONOLOCK TOPCASE pula merupakan kotak simpanan yang mempunyai ukuran isipadu 27 liter, dengan kemasan logo GIVI berwarna perak. Kotak simpanan B270N ini menggunakan sistem kekunci Monolock terbaharu yang mampu ditutup
tanpa memerlukan kunci. Kemasan karbon fiber di atas kotak simpanan ini menambahkan rupa premium dan sportynya.
Di samping dua kotak simpanan topcase terbaharu ini, Givi Asia juga memperkenalkan kotak simpanan sisi terbaru E23 Monokey Side. Kotak simpanan berkapasiti 23 liter ini mampu memnyimpan beban maksimum sehingga 5kg, dan turut didatangkan bersama lampu isyarat bersepadu tambahan dan jalur reflektif prisma. Ciri keselamatan ini mampu memberi kesan keterlihatan anda di atas jalan raya.
 Selain itu, G12 Fixed Sistem Center Case juga turut diperkenalkan, dimana ianya telah diinovasikan daripada produk G10 Center Case. Berbanding dengan Case Center G10 sebelumnya, G12 ini mempunyai kapasiti beban maksimum 12 liter dan lebih padat.

GIVI Asia juga turut melancarkan rangkaian produk baru dalam 3 segmen lain iaitu:
RIDER TECH RANGE
RBP03 RIDER TECH CAMO Backpack 15 litre
RWB05 RIDER TECH CAMO Waist Bag 3 litre
RSB01 RIDER TECH Saddle Bag 15 litre
HPS NEW GRAPHIC HELMET M30.1 CIELO
Mod Ice White, Mod Black & Slide Titanium



SAFETY AND COMFORT (WATERPROOF GARMENT)
PRS04.AX PRIME Rainsuit
CAM01.AH CAMO Rainsuit
CRT01.AX COMFORT Rain Trousers