Model SM Sport 110R ini merupakan hasil kerjasama dan melalui kaedah pemindahan teknologi di antara Syarikat Mforce Bike Holdings dengan syarikat Qian Jiang Motorcycle yang juga merupakan pemilik dan pengilang jenama Benelli. Ia nya dihasilkan dengan menggunakan 30% komponen peralatan buatan tempatan dan selainnya adalah komponen yang diimpot dari luar Negara. Penggunaan komponen dalam penghasilan model jenama motosikal SM Sport selepas ini akan ditingkatkan kepada 60% pada masa yang akan datang. Ia bersesuaian dengan sasaran Mforce Bike Holdings untuk menggalakkan perkembangan industri sampingan motosikal dan juga pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad berkata bahawa “Mforce Bike Holdings merupakan sebuah syarikat yang berdaya saing dan telah mempunyai kedudukan tertentu dalam pasaran motosikal. Kini, Mforce Bike Holdings telah merancang untuk mengeskport SM Sport 110R ke luar negara di rantau Asia seperti Indonesia, Singapura, Sri Langka, dan sebagainya.” Asri turut menyatakan bahawa pelancaran model baru motosikal SM Sport 110R akan dituruti banyak lagi model baharu SM Sport pada masa yang akan datang sesuai dengan matlamat mereka untuk menjadikan menjadikan jenama SM Sport ini sebagai satu jenama yang popular di rantau Asia.
Model tersebut telah menggunakan enjin 109 cc SOHC sejukan udara suapan karburetor yang mampu memenuhi piawaian standard pelepasan EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Enjin ini mampu menghasilkan 6.4 kuasa kuda atau 4.8kW pada 7500RPM. Di antara ciri ciri yang ditawarkan oleh SM Sport 110R adalah perjimatan penggunaan bahanapi untuk capaian perjalanan yang lebih jauh. Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R bertindak untuk menghantar isyarat kedudukan pendikit agar dapat membantu unit kawalan enjin ECU bagi kalibrasi jumlah bahanapi yang tepat bagi menghasilkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, SM Sport 110R mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan grafik sporti bagi penampilan yang menarik.
Di samping itu, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti lampu siang atau day time running light (DRL), signal hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba(KYB), ruang penyimpanan besar 10L, penutup lubang kunci anti-kecurian, tayar tanpa tiub dan port atau lohong USB di dalam ruang simpanan di bawah tempat duduk.
SM Sport 110R ini ditawarkan pada harga RM3,788 (tidak termasuk GST) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih terdahulu. Terdapat tiga pilihan warna yang menarik akan dikeluarkan termasuk Kuning Bumblebee, Biru Ocean dan Merah Ruby.
Spesifikasi:
Enjin & Transmisi:
Jenis Enjin SOHC-4 lejang Euro3
Anjakan(cc) 109
Bore x stroke(mm) Ø50.0 X 55.5
Kuasa maksima 4.8kW/7500 rpm
Tork maksima 7.0Nm/7000 rpm
Nisbah Mampatan 9.5:1
Pencucuhan CDI
Penghidup Elektrik & Tendang
Gear 4-kelajuan, berkitar
Jenis cekam (klac) Plat basah berbilang
Ukuran:
Berat Kering (kg) 105 kg
Ketinggian Pelana (mm) 770
Panjang Keseluruhan(mm) 1960
Pelepasan Tanah (mm) 155
Jarak Roda (mm) 1275
Chasis:
Rim Depan & Belakang Aloi Aluminium
Suspensi Depan Tupang/fork teleskopik
Suspensi Belakang spring peredam minyak
Tayar Depan 70/90-17 (tanpa tiub)
Tayar Belakang 80/90-17 (tanpa tiub)
Brek Depan cakera 220mm
Brek belakang Gelendung/dram
Kapisiti Tangki Minyak (L) 4L
Bateri 12V6Ah Penyelanggaraan Percuma (MF)
No comments:
Post a Comment