KTM RC 390 2017 serupa tapi tak sama

Seperti mana KTM RC 250 2017 (klik sini untuk baca semula), KTM RC 390 2017 adalah juga serba baharu dalam pelbagai aspek walaupun kelihatan serupa dengan pendahulunya.
Bingkainya dikongsi dengan RC 250 dan kini mempunyai sudut raih 23.5 darjah. Dengan bingkai yang dikemas kini, KTM RC 390 kini mempunyai jejak yang lebih pendek, jarak roda yang lebih pendek dan kelegaan bumi yang lebih banyak. Pengubahsuaian memastikan bahawa RC 390 adalah lebih berciri lumba berbanding sebelumnya.
KTM RC 390 juga berkongsi reka bentuk yang sama dengan KTM RC 250, berkongsi tupang terbalik 43mm dan penyerap kejutan belakang tunggal yang diikat terus ke lenganayun tetuang. Brek depannya  bagaimanapun berbeza dari KTM RC 250, kerana model 390 ini menggunakan sistem brek yang dibangnunkan bersama Brembo iaitu cakera brek 320mm yang diapit angkup empat piston yang dipasang secara radial. ABS adalah standard untuk kedua-dua roda.
Perbezaan terbesar pada KTM RC 390 ialah enjin canggihnya. Lojikuasa 375cc satu silinder, DOHC ini adalah contoh perdana bagaimana KTM menetapkan piawaian dari segi keluaran dan kecekapan kuasa secara khusus. Enjin KTM RC390 mempunyai transmisi tersusun (stacked), omboh atau piston tempaan, silinder bersalut Nikasil, pelincir paksa, dan sistem ekzos baru yang menghasilkan 44 hp yang mantap. KTM RC 390 kini dilengkapi dengan klac gelincir-dan-berbantu (slip-and-assist clutch). Penambahan baharu pada KTM RC 390 2017 adalah penggunaan pendikit tunggang dengan wayar (Ride-by-Wire RbW), untuk memastikan penghasilan tork lancar apabila diperlukan. Isyarat dari pendikit ditafsirkan oleh unit kawalan enjin ECU untuk mengawal injap pendikit mengikut kehendak penunggang dan keadaan menunggang. Ciri-ciri baharu untuk model 2017 ini termasuklah ketebalan pelana penunggang sebanyak 12 mm, selain tuil brek dan klac bolehlaras dari segi capaian (reach-adjustable). Kini tiba masanya untuk ke litar!
KTM RC 390 SPESIFIKASI TEKNIKAL
ENJIN
Jenis: satu silinder sejukan cecair 4-lejang, DOHC, 4-injap
Gerek X lejang: 72.0 mm X 61.1 mm
Sesaran: 373.2 cc
Sistem suapan: Suntikan bahan api elektronik
Kuasa maksimum: 44 bhp @ 9000 RPM
Tork maksimum: 36 Nm @ 7000 RPM

TRANSMISI
Klac: PASC klac gelincir berbantu
Kotak gear: 6-kelajuan

CHASIS
Suspensi depan: WP 43mm tupang terbalik, gerakan 125 mm
Suspensi belakang: penyerap kejutan WP, pramuatan boleh laras, gerakan 150 mm
Brek depan: cakera tunggal 300 mm angkup lonjong tunggal dipasang secara radial
Brek belakang: cakera tunggal 230 mm disc, angkup tunggal terapung
Sistem brek anti kunci: ABS Bosch MB9 .1 dwi saluran
Tayar: Depan 110/70-ZR17
Belakang: 150/60-ZR17

KERANGKA & DIMENSI
Kerangka: trellis keluli
Lenganayun: Dwi sisi aluminium tetuang
Sudut capai: 23.5 darjah
Tapak roda: 1340 mm
Tinggi: 820 mm
Bera: 163.5 kg
Kapasiti bahanapi: 10 liter








KTM RC 250 dan RC 390 baharu diperkenal

• KTM RC 250 dan KTM RC 390 telah dikemas kini
• Model kelihatan serupa dengan yang terdahulunya tetapi
terdapat kemas kini untuk menjadikannya lebih baik
• 2017 KTM RC 250 berharga RM 21,081.28, manakala KTM RC 390 2017 berharga
dari RM 27,200.00

KTM Malaysia mengumumkan pengenalan KTM RC 250 dan RC 390 model 2017 bagi mengiringi barisan model KTM 2017 yang baharu diperkenalkan iaitu KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke. Sejak pelancaran siri RC pada tahun 2014 dan RC 250 pada tahun 2015, peminat motosikal telah memberikan perhatian terhadap model sporti ini. Ringan, tangkas, cepat, RC merupakan lambang semangat lumba READY TO RACE kepada pencari motosikal prestasi. Model RC sering dikatakan sebagai motosikal paling hampir dengan pelumba Moto3 di litar dunia.

Turutan itu, kemunculan siri RC juga telah melahirkan pelbagai kejohanan dan siri perlumbaan seluruh dunia. Untuk tahun 2017, RC 250 dan RC 390 telah dikemas kini untuk ke hadapan lebih jauh dari pesaingnya.

Di sini kami paparkan ciri ciri KTM RC 250 2017, dan RC 390 2017 akan dipaparkan dalam artikel selepas ini. (Klik sini untuk baca tentang KTM RC 390 2017)

Walaupun KTM RC 250 2017 kelihatan sama dengan pendahulunya, model 2017 telah dikemas kini dalam banyak cara. Bingkai rangka keluli ringan telah diubahsuai agar sesuai dengan ergonomik dan dinamik supersport motosikal RC 250. Sudut capai (rake) kepala stereng telah ditala ke 23.5 darjah, bagi menghasilkan jejak yang lebih pendek, jarak roda yang lebih pendek dan meningkatkan kelegaan bumi, untuk menghasilkan sebuah motosikal yang sedia tangkas agar menjadi lebih tangkas.
Tupang atau fork hadapannya kini dari WP jenis terbalik berdiameter 43mm yang berdiameter sama dengan RC8 R, untuk ketepatan stereng dan kestabilan yang lebih tinggi di bawah keadaan membrek keras. Penyerap kejutan belakang dihubungkan secara terus kepada lenganayun aloi aluminium tetuang untuk kekukuhan kilasan yang optimum dan meningkatkan kestabilan pengesanan. Penggunaan lenganayun tetuang adalah untuk mengenepikan keperluan kimpalan, yang berpotensi mewujudkan titik lemah.
Enjin  silinder tunggal 248.8 cc DOHC, 4 injap, sejukan cecair suntikan secara elektronik
pelinciran paksaan, pengalihan gas ekzos, dan ekzos baru ini menghasilkan 31 hp yang padu. Penggunaan bahan ringan, sambil mengenepikan komponen luaran  menghasilkan berat enjin hanya 36kg. Kuasa dan tork enjin dihantar melalui klac gelincir dan berbantu kepada transmisi enam kelajuan bernisbah rapat.
Fungsi gelincirnya menghapuskan getaran roda belakang dan mengunci semasa peralihan menurun gear yang agresif, manakala fungsi bantuan bertindak sebagai tindakan servo untuk menekan plat klac bersama untuk memastikan pemindahan kuasa optimum; sebagai tambahan kepada daya tuil klac yang lebih ringan dan mudah ditarik serta dikawal.

Brek RC 250 telah dibangunkan bersama dengan Brembo menggunakan cakera depan 300mm yang diapit oleh angkup empat piston, manakala cakera 230mm belakang diapit oleh angkup terapung. ABS adalah standard di kedua-dua roda bagi memastikan prestasi brek.

Walaupun kerja badan kelihatan seperti pendahulunya, ia sebenarnya dikemaskinikan. Panel badannya telah dikerjakan semula untuk disesuaikan dengan pemijak kaki baharu dan pedal kaki baru. RC 250 baharu memberikan sudut yang lebih mendalam untuk menyerang selekoh. Grafik menyerlah baharu memberikan sentuhan akhir pada sebuah motosikal yang hebat.
Kesimpulannya, RC 250 2017 adalah READY TO RACE.

SPESIFIKASI TEKNIKAL KTM RC 250
ENJIN
Jenis: silinder tunggal sejukan cecair 4-lejang DOHC 4 injap
Nisbah mampatan: 12.6: 1
Gerek X lejang: 72.0 mm X 61.1 mm
Sesaran: 248.8 cc
Sistem bahan api: suntikan bahan api elektronik Bosch
Kuasa maksimum: 30 bhp (23 kW) @ 9000 RPM
Tork maksimum: 24 Nm @ 7250 RPM

PENGHANTARAN
Klac: klac gelincir berbantu PASC
Kotak gear: 6 kelajuan

CHASIS
Suspensi depan WP 43mm USD, jarak gerakan 125 mm
Suspensi belakang WP kejutan tunggal, prabeban bolehlaras, gerakan 150 mm
Brek depan: cakera tunggal 300 mm satu angkup radial
Brek belakang: cakera tunggal 230 mm angkup tunggal terapung
Sistem brek antikunci: ABS Bosch MB9.1 Dua saluran
Tayar depan: 110/70-ZR17
Tayar belakang: 150/60-ZR17

KERANGKA & DIMENSI
Kerangka: keluli
Lenganayun: Aluminium tetuang
Jejak (trail): 95 mm
Capaian (Rake): 23.5 darjah
Tapak roda: 1340 mm
Ketinggian pelana: 820 mm
Berat kering 147 kg
Kapasiti bahan api: 10 liter