Tidak lama kemudian, Dovizioso memintas Lorenzo dan kumpulan itu mula menjarakkan diri. Percaturan berkelajuan tinggi berterusan di antara keempat mereka yang masih mampu menggugat Rossi, sehingga tiba-tiba kepulan asap memaksa Marquez keluar dari perlumbaan.
Baki empat pelumba mula mendesak Rossi dan akhirnya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, Dovizioso melepasi rakan senegaranya, dengan diikuti pantas oleh Viñales. 'Doktor' berupaya mengejar tetapi mendapati kedua-duanya agak tak mampu dicabar lagi dengan pusingan akhir kian menghampiri.
Persaingan rapat disaksika ketika kedua-duanya mengepalai pusingan akhir Silverstone dan setelah mempamerkan tunggangan yang hampir sempurna, Dovizioso telah mampu mengekalkan kelebihannya untuk meraih kemenangannya yang keempat tahun ini. Viñales mengambil tempat kedua, dengan Rossi melengkapkan podium.
Cal Crutchlow mengekori, dan Lorenzo mempamerkan aksi perlumbaan yang hebat untuk melepasi garisan di tempat kelima - dan hanya 3.5 saat dari masa pemenang perlumbaan yang merupakan rakan sepasukannya. 'Spartan' mengatasi Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di peringkat akhir untuk membuka jurang yang cukup besar dengan pelumba Perancis itu. Zarco menduduki P6, jauh di hadapan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team).
Kini Misano menanti: litar halaman sendiri bagi ramai pelumba, termasuk Valentino Rossi dan pemimpin kedudukan keseluruhan baharu Andrea Dovizioso.
Keputusan MotoGP British
1 - Andrea Dovizioso (ITA - Ducati) 40'45.496
2 - Maverick Viñales (SPA - Yamaha) +0.114
3 - Valentino Rossi (ITA - Yamaha) + 0.749
Pelumba Pasukan Bebas 1:
P 4 Cal Crutchlow (GBR - Honda) + 1.679