Caj enam minit, kereta bateri Toshiba capai 320 km!

 Toshiba mendakwa telah berjaya membangunkan sebuah bateri pengecasan cepat baharu yang dikatakan akan membolehkan kenderaan elektrik atau EV (electric vehicle) untuk pergi tiga kali ganda lebih jauh dari kemampuannya kini, dan juga mampu dicaj semula diisi semula sepenuhnya dalam masa beberapa minit sahaja.

Toshiba's SCiB (Super Charge ion Battery) telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun 2007, dan banggakan mereka sebagai bateri yang mampu dicaj semula kepada 90 peratus dari kapasiti hanya dalam masa lima minit. Ia juga mempunyai jangka hayat selama 10 tahun dan menepati tahap keselamatan yang tinggi, dan telah banyak digunapakai dalam beberapa kederaan EV utama, termasuk Mitsubishi i-MiEV dan Honda Fit EV.

Bateri Toshiba SCiB semasa menggunakan anod berunsurkan lithium titanium oksida. Toshiba mengatakan ia kini telah menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk SCiB generasi akan datang iaitu dengan menggunakan anod dengan bahan baharu titanium niobium osida, yang boleh disusun dalam bentuk struktur kristal bagi menyimpan ion lithium dengan lebih cekap. Susunan baharu ini membolehkan kepadatan tenaga bertambah sebanyak dua kali ganda.

Toshiba telah menguji bateri baharu 50-Ah dan mendapati bahawa ia juga mempunyai tahap keselamatan yang sangat baik dan kitaran hayat yang panjang. Yang paling pentingnya, ia mengekalkan lebih daripada 90 peratus kapasiti selepas 5,000 kitaran caj. Penggunaannya dalam sebuah kenderaan EV kompak akan membolehkan capaian jarak 320 km selepas hanya enam minit mengecaj secara ultra pantas, iaitu sekitar tiga kali ganda jarak capaian yang ditawarkan oleh bateri lithium-ion standard yang dicaj dengan cara yang sama.

Proton Iriz dinobat Kereta Kompak Terbaik

 Proton Iriz telah dinobatkan sebagai Kereta Kompak Terbaik untuk menerima Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 yang dianjurkan Kumpulan Media The Star. Model Proton Iriz yang diperbaharui ini, yang diperkenalkan di DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, telah dikeluarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada September 2014, sejumlah 45,616 unit Proton Iriz telah terjual, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Kereta dengan penarafan keselamata 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian. Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara. Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diguna pakai oleh PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini menjadikan kereta ini lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik.

Pelanggan berpeluang memandu uji Proton Iriz diperbaharui ini dan membuat tempahan di semua cawangan PROTON Edar dan siri jelajah PROTON di seluruh negara. Iriz yang diperbaharui ini juga didatangkan dalam 4 varian - Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), di samping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih). Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, PROTON turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma*, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi ini turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

PROTON juga sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan. Lawati lokasi yang tercatat di bawah ini untuk menikmati tawaran disediakan.

Tarikh                 Lokasi
7 - 21 Okt           Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 - 27 Okt        Mydin USJ, Subang
17 - 29 Okt        Setapak Central, Kuala Lumpur
24 - 29 Okt        Wangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 Okt        IOI City, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, para pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton Official, yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple App Store.

* Servis percuma sah laku untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) termasuk alat-alat ganti, minyak enjin dan kos pekerja.-

Jonathan Rea juara tiga kali WSBK sulung


Kemenangan kejuaraan WSBK bagi kali ketiga berturut-turut telah dicapai Jonathan Rea dengan kemenangan ke-12nya musim ini, yang juga merupakan kejayaan ke-50 dalam kerjaya WorldSBKnya. Beliau mendahului kejohanan musim 2017 dari pusingan pertama lagi dan memastikan kejayaan kejuaraan utamanya selepas memenangi perlumbaan basah di Magny Cours dengan kelebihan 16 saat dari pesaing terdekatnya. Kemenangan terbaharu Rea dalam keadaan litar basah dan licin yang berubah ubah pusingan demi pusingan apabila langit muncul cerah setelah hujan lebat semalaman, namun gerimis turun secara tiba-tiba dan perlahan-lahan semakin lebat pusingan demi pusingan.
Prestasi kukuh Rea dengan Kawasaki Ninja ZX-10RR menjadikan beliau pelumba pertama dalam sejarah 30 tahun WorldSBK untuk memenangi tiga gelaran juara WSBK secara berturut-turut. Rea membuat permulaan sensasi dari petak utama untuk akhirnya tamat 16.3 saat di hadpan Marco Melandri.
Beliau merayakan kejayaan kejayaan kejayaan terbarunya dengan logo tombak bercabang tiga, melambangkan tiga kejohanan berturut-turut dan reka bentuk topi keledar warna keemasan khas, sebelum kembali ke lorong pit untuk meraikan pencapaian bersejarahnya dengan pasukannya dan kakitangan KHI.