Showing posts with label HLYM. Show all posts
Showing posts with label HLYM. Show all posts

Yamaha Tracer 9 GT pada RM71,888

 

Pada tahun 2025, Yamaha masih lagi menguasai pasaran motor biasa mahupun big bike. Hong Leong Yamaha berterima kasih atas kepercayaan terhadap jenama mereka ini. Namun mereka sedar bahawa kepercayaan ini datang dengan tanggungjawab. Hong Leong Yamaha berikrar tidak akan duduk diam dan akan terus menaikkan standard dan khidmat pelanggan mereka.

Masuk tahun 2026 ni, fokus Hong Leong Yamaha sangat jelas: Memberi nilai terbaik dan cipta pengalaman yang takkan dilupakan. Strategi mereka ringkas saja:

• Fokus pada pengguna: servis yang lebih mantap dan hargai komuniti setia Yamaha.

• Servis Lepas Jualan (After-Sales): Hong Leong Yamaha akan revamp rangkaian jualan dan servis supaya pemilik Yamaha rasa selamat kat mana-mana saja. Siap ada aksesori dan merchandise gempak untuk yang nak customize motor.

• Produk yang Relevan: Hong Leong Yamaha akan bawa masuk model-model yang memang kena dengan jiwa rider Malaysia, lengkap dengan teknologi terkini.

Kerjasama dengan PDRM

Satu perkara yang dibanggakan adalah kerjasama kami dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). HLYM baru saja menyerahkan 200 unit big bike untuk kegunaan PDRM. Ini bukan setakat bisnes, tapi bukti yang pihak polis pun yakin dengan kualiti Yamaha untuk jaga keamanan negara.

Memperkenalkan: Yamaha Tracer 9 GT

Harga jualan : RM71,888

Semua strategi dan komitmen Ini akhirnya membawa kepada satu jentera yang sangat istimewa. Hari ni, dengan bangganya nereka memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT. Ia adalah jentera sport-touring untuk yang mahukan prestasi, keselesaan, dan keyakinan dalam satu pakej.

KINI TIBA: YAMAHA TRACER 9 GT! 🚀

Tahun 2026 HLYM dibuka dengan jentera Sport-Touring paling ditunggu-tunggu. Kenapa Tracer 9 GT ni wajib anda teliti dan hargai?

Sebab apa motor ni "Rare"?

• 🔥 Enjin Power: Enjin CP3 890cc yang memang terkenal dengan torque padu. 

• ☁️ Suspensi Kayaba (KYB) Elektronik: Sistem semi-active yang adjust sendiri ikut keadaan jalan. Naik berdua ke, sorang ke, memang bakal mantap habis.

• 🛡️ Teknologi Canggih: Ada IMU 6-axis  (macam otak motor) untuk kawal Traction Control, Slide Control, dan Cornering ABS. Baru la konfiden ambil selekoh!

• 💼 Siapsiaga Touring: Dah tersedia dengan side cases keras, quickshifter (naik turun gear tak payah picit klac!), dan pemanas pemegang hendal (heated grips) untuk korang yang suka layan Genting pagi-pagi.

• 📱 Screen TFT Besar: Navigasi penuh dan senang nak tengok semua info motor.

Kesimpulannya? Sama ada nak buat pergi kerja hari-hari atau nak ride sampai Thailand, Tracer 9 GT ni jawapannya. Selesa, laju, dan paling penting... memang gaya!

"Tracer 9 GT: Performance, Comfort, Confidence."

#YamahaMalaysia #Tracer9GT #RevsYourHeart #HLYM #BigBikeMalaysia #SportTouring








Yamaha NMAX 2020 baharu diperkenal

Generasi baru segmen automatik telah dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dangan Yamaha NMAX 2020. Kini, peminat motosikal akan dapat melihat dan merasa sendiri pengalaman secara langsung dengan Yamaha NMAX yang berprestij. 

Yamaha NMAX terbaharu ini dikatakan dibina berasaskan kualiti MAX DNA yang disertakan dengan gaya reka bentuk keanggunan dan ciri-ciri yang mengambilkira kemudahan dan keselesaan pengendalian, yang digabungkan dengan prestasi enjin yang bertenaga bagi menjadikan setiap perjalanan menyerlah bebanding yang lain dalam kelasnya.

Yamaha NMAX tampak tampan dengan lampu LED 6-mentol baru yang cantik, dengan 4 mentol pencahayaan rendah diletakkan di bahagian atas dan 2 lagi mentol suluhan tinggi di bahagian bawah, ditambah dengan sepasang lampu posisi LED yang memberikan penyebaran cahaya yang lebih luas dan sangat sesuai untuk perjalanan malam. 

Yamaha NMAX dilengkapi dengan  panel meter LCD besar yang mudah dibaca, dengan suis yang berada di sebelah kiri hendal memudahkan anda menukar maklumat yang ada. 



Di belakang, lampu ekor / brek LED yang baru direka yang masing-masing menggunakan 4 jalur LED sisi untuk pandangan 3 dimensi yang unik dan juga dilengkapi dengan sepasang lampu amaran bahaya sebagai ciri keselamatan tambahan.

Enjin silinder tunggal SOHC 155cc 4-injap 4-lejang sejukan cecair suntikan bahan api Blue Core  dengan CVT juga dilengkapi dengan penghidup Unit Kawalan Generator yang menyediakan kawalan bersepadu Smart Motor Generator untuk penghidupan enjin yang mudah. Selain itu, soket elektrik 12V disediakan berdekatan dan dalam jangkauan, membolehkan penunggang mengecas telefon bimbit mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Yamaha NMAX baru juga dilengkapi dengan Sistem Henti & Mula, yang mematikan enjin secara automatik apabila skuter dihentikan atau sedang dalam penantian di lampu isyarat untuk mengurangkan pembaziran petrol. Penunggang hanya perlu memutar pendikit untuk memulakan semula perjalanan lancar. Sistem Henti & Mula ini mampu diaktifkan bila dikehendaki hanya dengan suis mudah.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri ini, Yamaha NMAX juga dilengkapi dengan ruang kaki lebar untuk perjalanan yang lebih santai dan selesa, sementara ruang simpanan di bawah pelana berkapasiti 23.3 liter yang mampu memuatkan topi keledar bersaiz XL muka penuh atau barang peribadi lain. Untuk tambah kemudahan, 2 penyangkut helmet dipasang di bahagian luar badan. 

Tangki bahanapi 7.1 liternya yang besar dan dengan enjin jimat bahanapinya mampu membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa hentian isian bahanapi yang terlalu kerap.

Sesuai dengan labelnya Lincah Mempesona, skuter yang lincah dan elegan ini sangat sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya untuk jalan-jalan di bandar. 

Sudah tersedia di semua Dealer Yamaha yang Sah, Yamaha NMAX 2020 baharu ini berharga RM 8,998.00 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran). Ia didatangkan dalam 2 warna elegan yang tersendiri: kelabu Yamaha Grey dan merah Matt Red.








Yamaha NVX Doxou ditawarkan RM10,688


Hong Leong Yamaha Motors telah memperkenalkan barisan siri edisi terhad "Doxou" di Karnival Yamaha GenBlu temoohari, termasuklah untuk skuter sporty premium Yamaha NVX mereka.
Grafik yang direka khas dengan gabungan warna 'Sakura Copper' dan warna Matte Blue yang baharu tersebut mengembangkan jangkauan Yamaha dalam gaya hidup fesyen premium.
Pemilik unit edisi terhad ini juga akan menerima set hadiah eksklusif yang termasuk fon kepala Doxou yang direka khas, rantai utama dan sijil yang ditulis dengan butiran enjin dan casis motosikal kebanggaan mereka tersebut.
Harga Jualan Asas yang disyorkan (tanpa r / cukai, plat tidak & Ins) ialah RM10,688.






YZF-R15 Monster kini ditawarkan

 Untuk memperingati penyertaan Yamaha dalam Kejohanan MotoGP, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kini memperkenalkan keluaran khas YZF-R15 2019 Monster.

Skim grafik terkini telah direplikasi berasaskan Yamaha Factory Racing YZF-M1 sebenar, iaitu dengan warna Biru Perlumbaan dengan skema warna hitam yang ditunggangi oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales pada musim 2019.

Pemilik unit edisi terhad ini juga akan menerima Sijil Kepermilikan yang tertera dengan butiran enjin dan casis motosikal. Harga Jualan Asas yang disyorkan ialah RM 12,618 (tanpa cukai jalan, plat tanpa & Ins) .Motosikal edisi khas ini akan di premis pengedar Yamaha mulai hari ini 24 Sept 2019.








Alif Ashraf Tahiruddin terpilih sertai Yamaha VR46 Mastercamp

Yamaha VR46 Master Camp kali kelapan akan diadakan di Itali selama lima hari dari 4 hingga 8 September. Program ini membekalkan peserta dengan pengalaman para pelumba untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan motivasi mereka. Ia merupakan sebuah program latihan untuk membangunkan bakat muda, hasil kerjasama dengan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP  Valentino Rossi yang telah menubuhkan VR46 Riders Academy.
Wakil dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
Edisi kelapan kem ini merupakan yang kedua tahun ini, turutan kepada yang diadakan pada bulan Mei. Ia akan menampilkan empat penunggang dari Asia Tenggara  iaitu dua dari Thailand, satu dari Malaysia dan buat pertama kalinya satu peserta dari Filipina, dan satu dari Kanada . Dengan penyertaan peserta kali ini, Mastercamp ini telah disertai pelumba-pelumba dari 15 negara berlainan sejak penubuhannya.

Sama seperti edisi terdahulu, para pelumba muda ini akan menjalani kurikulum latihan dan arahan selama seminggu di bawah bimbingan kakitangan VR46 Riders Academy dan pelumba MotoGP yang berafiliasi, di Ranch Motor Rossi di kampung halamannya Tavullia, dan Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Biodata peserta dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
Nationality: Malaysian
Umur: 16 (lahir tahun 2002)
Karier perlumbaan
2018: Ketiga dalam Kelas Wira, PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2018: Kelapan dalam Malaysian Superbike Championship Open 250 class
2019: kini menyertai Kelas CP125 dalam PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2019: menyertai Kelas Terbuka 250,  Malaysian Superbike Championship

Azhar Jalil muncul juara sulung di Pontian

Seperti yang dijangka selepas persembahan baiknya dalam ujian masa semalam, Md Azhar Abd Jalil berjaya menawan litar Pontian, Johor selepas muncul juara kelas CP150 pada aksi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas hari ini.

Ia merupakan kemenangan pertama buat Azhar musim ini, sebenarnya hampir terlepas gelaran tersebut apabila dipintas oleh pendahulu kutipan mata keseluruhan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) di lap ke-18, namun Azhar kembali merampas kedudukan gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh pesaingnya itu di lap terakhir.
Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang itu memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa keseluruhan 17:30.022 saat untuk menghadiahkan kemenangan yang amat bermakna buat pasukan yang disertainya sejak tahun 2007 itu. Azhar kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 43 mata.

Afif yang tamat dengan masa  17:30.190s telah menduduki tempat kedua perlumbaan dan kekal mendahului carta keseluruhan dengan 78 mata.

Tempat ketiga berada dalam genggaman pelumba ONEXOX TKKR SAG Team, Fakhrusy Syakirin Rostam dengan masa 17:33.638s.


CP150
Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:30.022s
Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 17:30.190s
Fakhrusy Syakirin Rostam (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) – 17:33.638s
Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 17:36.349s
Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 17:38.608s


Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. tawarkan program Waranti Lanjutan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
("HLYM") kini menawarkan program Waranti Lanjutan bahsru untuk pelanggan di
Malaysia. Program ini membolehkan pelanggan mereka menikmati nilai produk yang lebih baik dan perlindungan yang lebih lama untuk motosikal yang dimiliki mereka.
Pelanggan kini mendapat perlindungan tambahan untuk satu tahun tambahan, iaitu lanjutan dari waranti pengilang selama setahun yang sedia ada, dengan pembelian motosikal Yamaha baru. Program Waranti Lanjutan ini memberikan dua tahun
liputan atau sehingga 20,000km, yang mana terdahulu.

Perlindungan ini meliputi motosikal yang didaftarkan pada atau selepas 1 Julai 2019, dan termasuk semua model Yamaha yang dikeluarkan oleh HLYM Malaysia.

"Dengan ciri baru ini, HLYM berharap dapat meningkatkan keyakinan pengguna,
serta daya saing Yamaha dalam industri automotif Malaysia yang akan membantu membawa kesan positif kepada industri secara keseluruhan," kata Pengarah Urusan HLYM Dato' Jim Khor.

HLYM juga telah menyediakan senarai semak pra-penghantaran untuk faedah pelanggan selepas menerima motosikal baru mereka. Pengesahan dijalankan oleh pengedar sah Yamaha untuk memastikan semua motosikal disampaikan dalam keadaan terbaik, ke arah peningkatan kepuasan pelanggan.

Butiran lanjut boleh anda dapati di sini: http://www.yamaha-
motor.com.my/wp-content/uploads/2019/06/Extended%20Warranty-BM.pdf


Senarai pasukan lumba Yamaha 2019

Pasukan lumba Yamaha 2019
Yamaha mula berlumba ketika ia ditubuhkan pada tahun 1955. Tahun 2019 menandakan permulaan tahun perlumbaan ke-65 mereka, dan sekali lagi, Yamaha akan memajukan usaha maksimumnya untuk bertanding dengan siri perlumbaan utama dunia, agar turut menyumbang untuk memupuk generasi pelumba, mempromosikan budaya sukan permotoran dan menzahirkan slogan jenama "Revs Your Heart" mereka.