Pusingan Cub Prix Temerloh ditangguh

Berikutan pengumuman tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14, atas nasihat dan perbincangan bersama kerajaan negeri dimaklumkan bahawa Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang dijadualkan pada 5 dan 6 Mei 2018 (Sabtu & Ahad) di Temerloh, Pahang akan ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pusingan Kedua MCS hujung minggu ini

MALAYSIA CHAMPIONSHIP SERIES ROUND 2
13th – 15th April 2018
PROGRAM

Jumaat, 13 April 2018
0900 hrs Track Inspection
0910 hrs – 0945 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Drivers’ Briefing
0945 hrs – 1130 hrs Malaysia Championship Series Registration & Scrutineering
0930 hrs – 1000 hrs F4 SEA Free Practice (30 min)
1015 hrs – 1115 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Free Practice 1 (1 hour)
1130 hrs Malaysia Championship Series Drivers’ Briefing
1130 hrs – 1215 hrs Blancpain GT Series Asia Free Practice 1 (45 min)
1230 hrs – 1300 hrs F4 SEA Qualifying (30 min)
1400 hrs – 1430 hrs Malaysia Championship Series Free Practice (30 min)
1445 hrs – 1545 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Free Practice 2 (1 hour)
1600 hrs – 1645 hrs Blancpain GT Series Asia Free Practice 2 (45 min)
1655 hrs – 1725 hrs Malaysia Championship Series Qualifying (30 min)
1745 hrs – 1815 hrs F4 SEA Race 1 (9 laps)

Sabtu, 14 April 2018
0830 hrs Track Inspection
0900 hrs – 0930 hrs Blancpain GT Series Asia Free Practice 3 (30 min)
0955 hrs – 1025 hrs F4 SEA Race 2 (9 laps)
1045 hrs – 1100 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Qualifying 1 (15 min)
1110 hrs – 1125 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Qualifying 2 (15 min)
1155 hrs – 1210 hrs Blancpain GT Series Asia Qualifying 1 (15 min)
1220 hrs – 1235 hrs Blancpain GT Series Asia Qualifying 2 (15 min)
1300 hrs – 1405 hrs Malaysia Championship Series Race 1 (1 hour plus leader)
1445 hrs – 1515 hrs F4 SEA Race 3 (9 laps)
1545 hrs – 1650 hrs Blancpain GT Series Asia Race 1 (1 hour plus leader)
1715 hrs – 1810 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Race 1 (50 minutes plus leader)

Ahad, 15 April 2018
0850 hrs Track Inspection
0925 hrs – 0955 hrs F4 SEA Race 4 (9 laps)
1020 hrs – 1115 hrs Lamborghini Super Trofeo Asia Race 2 (50 minutes plus leader)
1150 hrs – 1255 hrs Blancpain GT Series Asia Race 2 (1 hour plus leader)
1315 hrs – 1345 hrs F4 SEA Race 5 (9 laps)
1430 hrs – 1535 hrs Malaysia Championship Series Race (1 hour plus leader)
1555 hrs – 1625 hrs F4 SEA Race 6 (9 laps)
* These times refer to the start of the formation lap.

WD-40 lantik Bun Seng Hardware jadi pengedar baru

Produk pelbagai-guna WD-40® dari Amerika Syarikat kini telah bersedia untuk menembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia.

Sebagai sebahagian perancangan peluasannya, Bun Seng Hardware Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi produk WD-40 tersebut. Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40® termasuk Produk Pelbagai Guna WD-40®, Specialist WD-40®  dan Bike WD-40®.
“Dengan rangkaian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn Bhd yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40® bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbang kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40®  memasuki rantau Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini,” kata Pengarah Serantau Syarikat WD-40 –Asia, Mr Marcus Chen.
"WD-40® ialah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah di banyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk di Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini. Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40® bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40,” kata Encik Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd.


Inginkan Ducati Monster 797 percuma dari Shell?

Inilah peluang anda untuk memenanginya dengan menyertai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance tahun ini. Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, menawarkan Ducati Monster 797 bernilai RM56,000 tersebut sebagai Hadiah Utama.

Peraduan ini bermula 1 April hingga 31 Mei 2018. Selain itu ia turut menyediakan dua pasang kaca mata hitam berjenama Oakley sebagai hadiah untuk dua orang pemenang pada setiap minggu.

Anda hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 (tidak termasuk GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel berjenama Shell Advance, bengkel-bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau Gedung Rasmi Dalam Talian di Lazada Malaysia. Jawab satu soalan mudah, ambil gambar resit anda dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (018-3791326) atau email ke contest@lubespromo.com.

Keputusan peraduan ini akan diumumkan di Laman Facebook Shell (www.facebook.com/Shell) dan laman web rasmi Shell Malaysia (www.shell.com.my).
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan, promosi tersebut adalah bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para penunggang bijak yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.

“Dengan Shell Advance, anda boleh redah segala yang tidak dapat diduga dan berani mengejar impian anda. Bagi ramai penggemar motosikal dan peminat MotoGP, ianya adalah untuk memiliki sebuah jentera Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya satu realiti,” katanya.

Minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra menampilkan Teknologi PurePlus yang dihasilkan oleh Shell. Teknologi PurePlus oleh Shell adalah proses gas kepada cecair (GTL) yang revolusioner yang menukarkan gas asli kepada minyak asas yang jernih tanpa sebarang bendasing yang terdapat dalam minyak mentah. Minyak asas GTL memberikan tahap pembersihan yang lebih baik serta perlindungan yang unggul daripada kehausan dan kakisan. Hasilnya, minyak enjin motosikal yang pertama dan satu-satunya seumpamanya, iaitu Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus, dapat memberikan penghidupan enjin yang lancar serta kuasa yang lebih dan berterusan pada setiap masa.

Kerjasama Teknikal antara Shell dan Ducati telah membuahkan kejayaan yang besar di dalam dan di luar litar, dan ini membolehkan penunggang di seluruh dunia merasai kehebatan teknologi yang canggih dan keyakinan untuk meredah apa juga cabaran dan perkara yang tidak dapat diduga yang dibawakan oleh minyak enjin motosikal Shell Advance. Kerjasama Teknikal ini adalah sangat bernilai bagi pembangunan produk Shell Advance yang berterusan dalam persekitaran yang paling mencabar.

Ducati bukan hanya menggunakan produk Shell di litar, tetapi juga memilih bahan api Shell Advance dan Shell V-Power sebagai isian pertama bagi setiap buah motosikal Ducati yang dihasilkan untuk kegunaan di jalan yang dikeluarkan oleh kilangnya di Bologna, Italy.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/Advance.